Malasnya kan nak update blog ni kan...ekceli memang banyak citer sebab last weekend aku balik KB attend wedding & engagement anak sedara hubby. Nasib baik kali ni dorang buat wedding anak abang pertama dekat-dekat aje tarikhnya dengan pertunangan anak abang hubby yang kedua. So ambil cuti lebih sikit untuk attend wedding dan engagement dorang. Balik dari KB ikut KT terus ke Kuantan. Walau jauh sikit tapi seronok sebab perjalanan sebelah dengan laut. Seronok sangat. Plak tu singgah pulak Cherating semalaman. Kiranya adalah jugak aktiviti budak-budak ni sempena cuti sekolah kan. Tapi aku tak bercadang nk masukkan cerita tu pada entry kali ni.
Hari ni Sabtu, since hubby dapat cuti maka apa lagi, balik rumah mak di Bentong. Berkumpul adik beradik, memang menyeronokkan. Kerana excited, long beli 3 ekor ikan siakap dan dimasak sweet sour, mmmm mmg bes. Kira tunjuk skill lah ni. Kena plak dengan kailan ikan masin and goreng ikan masin plak lagi. Mak punya menu long masakkan ikan kerisi masak taucu sebab mak kurang berminat dengan sweet sour tu.... Macam biasa, bila balik Bentong, aku lepak2 aje, jarang benar aku memasak kecuali kalau long tiada di rumah. Adik-adik ipar pulak rajin-rajin belaka. Biasanya lepas makan dorang yang mengemas dan membasuh pinggan. Pendek kata, aku memang dimanjakanlah..hik hik...tu pasal bila balik rumah mertua aku jadi malas dan tak reti nak buat kerja dapur. Nasib la yer!...tapi for sure, kalau korang dapat rumah aku, juz rehat-rehat dan tak perlu ke dapur....insya-Allah, aku akan layan ngan sebaik mungkin. Ok ler arios...tengok gambar lunch kitaorang hari ni.........Tata..
No comments:
Post a Comment