May 18, 2010

Hari Belia Negara @ Putrajaya


Minggu lepas ada big event di Putrajaya. Sambutan Hari Belia Negara 2010 dan Karnival Jom Heboh....memang besar event kali ni. Gerai-gerai sepanjang Presint 2 mengunjur hingga sampai betul-betul depan bangunan ofis aku ni ha!!!...Punya lah hectic..... Macam-macam acara ada sepanjang dua hari 15 - 16 Mei tu.....siang dan malam. Pentas aje ada beberapa buah dan masing-masing menjalankan aktiviti masing-masing. Dah tak tau mana satu nak pergi. Panasnya jangan cerita la.... Namun pergi-pergi jugak tu....Seronok sambil jalan-jalan bawak anak-anak. Memang banyak pameran dan gerai-gerai perniagaan. Yang best nya siap ada helicopter ride lagi. Bawak dekat-dekat Putrajaya aje. Aku tak naik ler, takut la.... dgar cerita, bayaran RM50 seorang dikenakan untuk naik heli tu...mahal jugak kan!!!...dah lah menakutkan....
Ada pameran pelbagai ular...Pilih untuk bergambar dengan sawa albino sebab terang dan mudah dilihat dalam gambar. Kitaorang bertiga cuak aje takut ular tu merayap-rayap pulak. Sungguh aktif. Di sebelah kanan kaki kitaorang tu ada 1 tong yang dipenuhi 3 ekor lagi ular yang saiznya yang telan aku pun boleh.......Oh ye!..nak bergambar dengan ular-ular disitu dikenakan RM10.00 siap dengan sekeping gambar yang diambil oleh kameraman yang ada standby disitu. Selebihnya boleh menggunakan kamera sendiri.


Si dia ni memang suka dekat ular. Budak sebelah tu cuak aje.....
Tengah relex di bawah pokok....Cuaca sangat panas....

Tak habis jalan pun. Panas dan penat. Bila tengahari tu pergi ke Taman Warisan. Pekena nasi ayam. Hmmmm....perut tengah lapar...tak pandang kiri kanan dah......i like...sedappppp...


Taman Warisan. Nyaman dengan fresh air. Walau pun panas terik tapi banyak pokok2 botani disini. Pada yang belum datang cuba lah...Taman Warisan terletak di Presint 16..... cari lah sendiri sapa-sapa yang pergi tu...cerita kang belit-belit aje.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...