Dec 24, 2010

Lots Of Love..............





Dulu berempat, sekarang dah berlima. (Sorang takde kena keluar cari duit). Hidup bertambah indah sebab anggota bertambah ramai. Mohon pada Allah, dikurniakan rezeki yang murah dan melimpah ruah rahmat dariNya...

Dec 20, 2010

Luka Pembedahan Terbuka.....

Kali pertama dan kedua melakukan pembedahan ceaserean tak pernah pun ada apa-apa malang yang berlaku. Semuaya ok. Memang betul kedua-duanya dilakukan di hospital swasta. deal dengan specialist. Jadi kesan pembedahan tu sangat cantik dan sangat berpuashati. Proses penyembuhan pun sangat-sangat cepat. Kurang dari 3 minggu luka dah sembuh sepenuhnya. Kesakitan dari dalam pun sudah tidak terasa selepas dari 3 minggu.

Berbeza dengan pembedahan ceaserean kali ini. Bersekali dengan BTL (Ikan peranakan), dalaman perut terasa sangat-sangat sakit bagai dihenyak-henyak lebih-lebih lagi bila ubat bius penahan kebas tu semakin hilang. Kali ni aku buat di hospital kerajaan. Pertamanya, hospital sangat dekat dengan rumah, kurang dari 5 minit. Kedua, dulu aku kerja swasta, skang aku dah dok ngan gomen, biar lah merasa Hak Kerajaan pulak. Ketiga, Hosp. Putrajaya ni kategori hospital pakar (walau pakar mmg tak cukup pun!!)...Keempat, TIADA - tu aje alasannya.

Bukan nak menyalahkan hosp kerajaan tapi mungkin kebetulan kot luka aku kali ni terbuka lebih kurang 2 inci dan ada 3 tempat yang terbuka. Mak aiii...aku punya lah takut. Plak tu luka tu terbuka bila dah 10 hari. Itu pun aku terperasan seperti ada lendir terlekat di kain batik. Mulalah jantuk dup dap dup dap....Ye lah dah ada diabetik dan luka adakala menggerunkan.

Gambar ni diambil diwaktu pagi. Sebenarnya luka ni ternganga dan kelihatan merah putih isi daging. Mak tak berani nak tengok, long pulak ngeri aje. Nak tak nak aku terpaksa buat sendiri. Aku pergi klinik swasta minta ubat cuci dan minta sekali antibiotik. Masa discharge, hospital tak bekalkan apa-apa pun pada aku, tak sama dengan swasta yang bekalkan dengan ubat tahan sakit dan antibiotik serta appointment post natal. Kat sini, dah keluar, lantak ko la, pandai-pandai ler ko cari ubat sendiri..huhu!!!...pengalaman yang berbeza betol...

Mulai dari hari tu jugak aku terpaksa ambil buah oren. Kalau ikut orang tua-tua buah oren ni kategori buah masam dan orang dalam pantang tak boleh makan benda-benda masam. Tapi this time mak terpaksalah pejam mata sebab dari apa yang aku baca buah oren tinggi vitamin C dan cepat menyembuhkan luka. Aku ambil 2-3 biji buah oren sehari. Makan jugak ikan haruan masak bening ngan celur sawi. Ni ler menu aku hari-hari selepas luka tu ternganga. Aku sangat berfikiran positif. Ada diabetik dan luka sungguh menakutkan. Apa-apa pun kawal gula pada paras paling minimum.

Alhamdullillah, luka yang besar tu kembali bertaut selepas 6 hari. 2 tempat yang kecil tu 3-4 hari dah tertutup. Paras gula aku pun sangat terkawal dan cantik bacaannya sepanjang aku berpantang ni.

Tapi scar kali ni memang kurang cantik. Senget-benget. Mujur ini yang terakhir. Aku tak mempengaruhi sesapa. Swasta o Kerajaan tu semua nasib masing-masing. Tapi aku memang ada 2 pengalaman yang cukup berbeza bermula dari dalam appointment antenatal, dalam OT hingga proses penyembuhan. Tapi dari segi layanan, sama saja. Dua-dua aku kira pun tip-top.

Dec 18, 2010

Permata Hati Kami.........Nur Aqeisa

Nur Aqeisa...lahir 19/11/2010....Dilahirkan di Hospital Putrajaya melalui elektif ceaserean. Pada hari Jumaat 9.52 pagi. Kehadirannya disambut dengan penuh kegembiraan oleh ayah ibu abang dan kakak. Semoga menjadi anak yang solehah....






Dec 14, 2010

Aidil Adha Nan Lalu....

Tak kira, nak gak tepek gambar masa raya haji baru ni. Buat julung-julung kalinya beraya di rumah sendiri. Bukan apa, besoknya kan aku nak kena admit dah dan ceaserean akan dibuat pada Jumaat tu. Well, mak, abah dan long sekeluarga akan datang dari Bentong untuk sama-sama meraikan Aidil Adha bersama-sama aku di Putrajaya. Walau pun tak berapa larat aku buat jugak nasi dagang dan nasi impit untuk jamuan sepanjang hari tu. Ekceli aku arah aje, selebihnya Mr Hubby yang buat....sama la tu...hehehhe



Set Nasi Dagang of the day....



Sebenarnya aku lebih suka nasi dagang kelantan yang warna perang tu, tapi tak de dijual di Putrajaya ni, kalau ada pun mungkin di KL dan aku sendiri pun tak tahu dimana adanya kedai tersebut. So yang putih ni jadi ler..Meh check resepi ni yang aku cilok dari internet ni. Ni kali ketiga buat nasi dagang dan aku & famili suka........


Nasi Dagang - 5 put beras wangi/siam, 1 put beras pulut. Rendam dengan halba lebih kurang 4 jam. Santan 2 mangkuk besar. Mayang bawang merah, bawang putih dan halia. Masak dengan api perlahan atas dapur. Tambah garam sikit. Kukus beras kali pertama lebih kurang 15 minit, angkat dan gaulkan dengan santan tadi. Bila dah sebati kukus semula beras sampai masak. Senangkan.


Jelatah timun - Ni semua orang reti...heheheh senang aje...potong timun ngan karot. Hiris bawang dan lada besar warna merah (hijau pon boleh - ikut suka la). Tambahkan garam dan gula sesedap rasa. Curah cuka sket lebih kurang 2 sudu makan. Done...


Hari tu aku buat dua lauk. Kari ayam dan kari ikan tongkol. Dah tentu anak-anak aku suka makan ayam. Moh cek it out my resepi...


Kari Ikan Tongkol - Ikan tongkol 3 ekor kecil. Malam sebelumnya rebus dengan asam keping berkeping-keping (banyak) dan garam. Rebus sampai hampir kering k. Biar sejuk dan bermalam untuk menambah kesebatian dan kelazatannya. Tumis bahan kisar ni - bawang putih, bawang merah, halia dan lengkuas dengan minyak panas dalam periuk. Bila bahan tumis dah garing masukkan rempah kari ikan. Lepas tu masukkan ikan, santan 1 magkuk dan kerisik lebih kurang 3 sudu besar. Tambah garam dan gula sesedap rasa. Bila dah mendidih masukkan lebih kurang 10 batang cili padi warna hijau. Siap....
Kari ayam pun lebih kurang resepi di atas. Cuba la....feveret tu....


Untuk menyemarakkan hari raya, yang ni mesti lah ada, kalau tak rasa raya.....
Hari tu penat rasanya menunggu mak & long datang. Hadoi!!!!....memang tak best beraya tak balik kampung. Cukup ler tahun ni aje!!...Tahun depan MESTI BALIK KAMPUNG!!!.....








Dec 7, 2010

Satu Perjalanan Part III

Pergi ambil result rasa macam tak percaya, bacaan TSBnya 364umol/l bersamaan dengan 21mg/dl. Alamak punyalah aku terkejut. Itu dah sangat tinggi. Masa Aqeila dulu pun dalam 18mg/dl ada doktor kata dah dekat nak kena tukar darah. Aku mula berbelah bagi antara nak duduk di wad atau refuse admission. Jam 6 petang aku jumpa doktor, seorang doktor cina. Punyalah sombong, tau lah kau banyak keje tapi please la senyum sket....rasa nak campak aje ke muka dia poster-poster yang soh senyum yang bertampalan kat dinding dinding hospital tu. Tak cakap banyak. Dia kata kena tahan wad. Itu procedure...lebih dari 280 mesti kena tahan wad. Aku kata no doktor, I refuse admission, but tommorrow i will come again to repeat test. if the result still high, i will admit. So doktor tu kata boleh juga tapi kena sign surat. Alamak, ngeri jugak nak sain surat tu. yang berbunyi, penerangan telah diberikan tetapi pesakit tidak mahu rawatan lanjut. Nak tak ndak aku sign aje lah tapi aku masih lagi minta surat dari doktor untuk dapatkan test for the next day.

Bawa balik anak aku dengan rasa yang lemah dan berbelah bahagi. Betul ke tindakan aku ni????.... Well, pengalaman dulu mengajar aku kan!!!!...aku akan cuba buat seperti masa Aqeila kena demam kuning dulu. Terus singgah kedai sensei, beli herba untuk budak kuning, beli jugak halwa kundur. Balik rumah terus masak herba tu dan mandikan Aqeisa, basuh jugak halwa kundur tu dan rendam dengan air panas bagi dia sejuk. 2 jam sekali aku sudukan Aqeisa. Sepanjang malam 2 jam sekali aku kunci jam dan kejutkan dia untuk breastfeed. Pendek kata malam tu Aqeisa memberikan kerjasama yang baik. Senang betul aku kejutkan dia. 2 jam sekali jugak dia terberak-berak yang berwarna kuning. Aku senang dengann keadaan tu. Lagi banyak dia menyusu lagi banyak dia berak. Kata doktor dan nurse, kuning akan keluar dari najis dan air kencing. Esok paginya, bangun pagi aku terus letak Aqeisa di tepi tingkap bagi kena matahari pagi. Jangan letak dia terus secara lansung kepada matahari. Sekarang cuaca pun dah tak ok, katanya lapisan ozon pon dan menipis tak bagus untuk kulit bayi. Continue susukan dia dan bagi air halwa kundur tu.

25 November 2010 - Petang pergi semula ke hospital untuk buat repeat test. Menunggu pulak lagi sejam dengan penuh debaran. Menjadi ke tidak usaha aku ni. Aku tak ingat mana aku dapat petua ni tapi benda ni aku dah amalkan masa Aqeila kena kuning 8 tahun dulu. Bukan aku tak mahu bawa Aqeisa masuk wad tapi keadaan di wad sungguh tak selesa. Dengan aku yang baru aje ceaser ni, dengan hypertension yang aku ada ni ha!!!.....plak tu sure baby meragam duduk dalam lampu biru tu. parah aku nanti. Tapi sekiranya usaha aku ni tak berjaya, aku terpaksa lah masuk jugak wad sebab semalam doktor tu ada pesan, kalau kuning terlampau tinggi, boleh menyebabkan kecacatan otak pada bayi.

Lepas sejam ambil result. You know what?????......test tu turun dari 21mg/dl ke 12 mg/dl. Bermakna usaha aku ni berjaya. So kat luar sana yang gusar anak-anak kena demam kuning tu cuba amalkan petua yang macam aku buat ini. Insya-Allah tak payah dok ward dok bawah lampu.

Tapi 12 tu doktor masih tak puas hati. Aqeisa kena repeat test di Klinik Kesihatan sehinggalah resut nya turun bawah 10. Setelah turun naik bacaan SB dia antara 12 - 14 mg/dl...akhirnya hari ke 17 result nya benar-benar turun ke bawah 10. Alhamdullillah. Sekarang ni satu part dah selamat. Aqeisa dah bebas dari kuning. Syukur......Lepas sudah satu azab.

TAMAT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...