Mar 7, 2011

Hari Pertama Aqeisa Ke Taska

Ye!...hari ni hari pertama Aqeisa ke Taska. Taska Impian Ceria Jalan di Presint 11A. Aku skang ni senak perut dok terkenang-kenang ke baby aku tu. Pagi tadi semasa hantar dia ke sana, dia diam dan cool aje. Bila ambil di pengasuhnya di situ siap senyum lagi..... Ohh gusarnya hati ibu ni nak meninggalkan kamu di situ.

Masa dirumah macam-macam benda ku fikir nak diberitahu perihal Aqeisa kepada pengasuh itu. Tapi setibanya di Taska terkunci pulak mulut aku ni. Tak terkata apa. Plak tu macam orang kelam kabut aje lah pulak. Walhal hari masih awal. Kenapa ek?.... Aku mohon benar-benar pada Allah agar selamatkanlah semuanya. Permudahkan segala urusan. Lindungi lah anak-anak dari malapetaka.

K lah entry ni aku pendekkan aje lah. Tak berapa nak tenteram ni. Kejap lagi nak talipon budak itu nak tahu jugak, macam mana progress aqeisa pada pagi ni.....

5 comments:

Mine said...
This comment has been removed by the author.
Sham said...

amacam sis...?boleh la tu ye...

Sham said...
This comment has been removed by the author.
Mine said...

terima kasih ler bebanyok ye bro!!!.....meh tolong masyhurkan blog ni ek.....

~ayusleeping~ said...

ada no fon taska tu x?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...