Yea, yea...hari ni dah Jumaat. Seronoknya Jumaat sebab besok hujung minggu. Tak perlu bangun bersiap pagi-pagi.... tapi masih kena bangun awal pagi untuk sembahyang subuh.... Memang dari kecik-kecik gitu tak biasa bangun lewat-lewat pagi. Orang tua aku marah wo!!... Ingat lagi dulu, time kecik-kecik masa sekolah rendah lagi, mesti bangun pagi-pagi. Mesti terus pergi mandi. Mesti sembahyang. Mesti ada sarapan pagi. Seawal 7.30 pagi. Reti. Kecik-kecik lagi dah kena train tau basuh pinggan, mengemas, memasak bagai. Bukan macam budak-budak sekarang. Umur 18 pun belum tentu pandai masak nasi guna dapur gas. Periuk nasi elektrik tu toksah cakap la. Walau kadang-kadang guna elektrik pon tak reti.
Kalau dulu, abah selalunya pagi-pagi time ada kuliah subuh akan ke surau. Kalau dia takde, arrggghhhh..... seronoknya, tak de sapa nak bebel soh bangun pagi-pagi . Lepak jap. Kalau dia balik, dengar bunyi tapak kaki dia je dah berterabur memasing pergi mandi atau buat benda yang patut. Punya lah takut tu kat bapak ni. Tapi sekarang, keluar anak tekak pon selamba aje buat derk. Anak-anak aku ler.
Kalau dulu, mak dan abah aku selalu pesan, kalau orang tua sedang berbual jangan sesekali melampam - jangan menyampuk ler kekdahnya. Tak berani wo!...dok menyenyebok kat dorang pon tak berani. Tapi sekarang, walau pesan benda yang sama, time tu ler nak tanya, ni sapa?...kawan ibu/ayah ke?..silap-silap dia pulak yang menyoal balik kawan aku tu, itu ini...dia pulak yang terlebih peramah.....Issyy....
Kalau dulu, abah aku bagi isyarat renungan mata aje tanda dia tak setuju dengan apa yang kitaorang buat. Paham bah!!!...Walau pun dengan renungan aje kitaorang tahu abah tak suka. Baik. Kitaorang akur. dan sekarang, aku renung sampai nak terkeluar biji mata sekali pon dia boleh soal plak aku "kenapa ibu"..."ibu nak apa?"
Kalau dulu, balik sekolah, abah pesan SEKALI je kasut mesti letak kat rak kasut, special made oleh abah sendiri - abah memang rajin bertukang masa mudanya dulu. Buat rahai mengaji, rak kasut, para pinggang mangkuk, pendek kata rumah pon dia tukang sendiri. Nak jimat. Kalau tak patuh atau kasut letak rata-rata, ha!...pas ni kau cari kasut ko dalam tong sampah. Kalau lori sampah dah sampai, maka mulai esok kome pakai ler kaki ayam ke sekolah sampai hujung tahun tu..... Tapi sekarang, aku memang tak berani buat gitu, silap-silap kang, aku plak kena usung dorang ke Alamanda beli kasut baru...hu hu.....
Kalau dulu. Abah selalu pesan kalau dia marah memang PANTANG kalau anak dia lari keliling rumah. Yang ni adik aku UDA selalu kena, ce citer, ce citer. Memang cukup-cukup dia bagi ngko. Sebabnya dia dah penat kejar ko keliling umah dan keduanya hati dia sakit sebab kitaorang lari laju dari dia kot!!!!... hehhe... Kalau dia dapat memang power dia bagi ler. Kalau korang tak lari, dapat lah markah kesian sket. Tapi sekarang, aku BARU aje pegang rotan anak aku dah menjerit-jerit terlolong-lolong, sampai satu flat boleh tahu. Silap-silap aku pulak kena caj dera anak. Tak ke haru!
Kalau diikutkan banyak lagi kisah-kisah disiplin kitaorang adik-beradik dulu-dulu ni. Bezanya budak dulu ngan budak sekarang. Time aku dibesarkan dan time aku membesarkan anak-anak. Budak sekarang cukup bertuah sebab parent especially bapak sekarang tak segarang bapak oldtimer. Bapak dulu memang garang I tell U.....Bapak sekarang lebih sporting lebih toleransi dan lebih memanjakan lebih-lebih lagi dengan anak perempuan.
Hmmm...rasa rindunya zaman kanak-kanak dulu.
No comments:
Post a Comment