May 15, 2011

Ahad - 15/5/2011 & kereta rosak

Huarrgghhh......letehnya tidor...hehehhe...... Punya lah asek membuta sampai yang best jadi penat. Biasa what cuti-cuti gini. Kitaorang walau cuti memang jarang bangun lewat-lewat pagi. Awal-awal pagi selepas solat subuh kitaorang anak beranak dah pun keluar rumah. Bila balik tengahari, apa lagi mengholoh ler. Pagi ni keluar berjogging menikmati udara pagi. Masih banyak udara yang menyegarkan sekitar Putrajaya ni. Pagi ni beriadah di Taman Saujana Hijau, Presint 11. Ala depan rumah aje!! Malas nak pergi jauh-jauh.





Berada di kawasan atas bukit. Memang cantik lah pemandangan di sini. Boleh nampak perumahan sekitar presint 11 ni. Ekceli bukan takat berjogging, malah nak berkelah bersama keluarga pon ok. Banyak wakaf yang didirikan disini. Berangin. Cuma kalau petang, cuaca sangat panas.





Pemandangan nampak ala-ala di tanah tinggi kan. Macam sedang berada di Cameron Highland. Pokok pine banyak ditanam disini. Boleh la berangan berada disitu. Cumanya cuaca tidak la sejuk.




Hangin aje mamat ni bila soh posing. He he....kita suka amek gambo orang tapi kita tak suka sangat bergambo...ahaks...Alah jangan lah mare!!!....Suka-suka aje. Esok-esok boleh tengok dan baca balik bila time kita free-free. Ha!...nanti tau ler, ke mana kita pergi time-time cuti-cuti pendek gini.



Ha!.yai memang nak kena tulis dalam blog. Supaya ingat bila peristiwa ini berlaku. Dua tiga hari lepas kereta rosak beb!.. Mujur terjadi di parking basement di opis. Kalau lah di tengah jalan, senak gak perut akak dik non.



Kali pertama kena, enjiin tak boleh start, bateri kong ler tu. Panggil member. Tolong buat jump start. Selamat. Kereta boleh gerak dan balik. Dalam hati tertanya-tanya, biasanya kalau bateri kong, alarm keretab unyi bising. Tapi kali ini tidak pulak. Alarm ok. Tak rosak pon. Oder bateri dengan member hubby. Kononnya boleh dapat harga kilang. So tak beli di kedai.



Esoknya, pagi-pagi abang dah keluar. Ye la. Nak mintak tolong orang buat jump start lagi. Selamat. Boleh hidup dan jalan. Tunaikan kewajipan harian macam biasa. Kata abang, nanti dah dapat bateri kang dia datang opis dan pasang.



Bila petang tetiba aje dia call bagitau tak boleh balik cepat so mintak lah sapa-sapa buat jumpstart. Dah janji dengan kawan. Mintak tolong.







Ni ler membernya. Tolong.


Tapi entah macamana, kereta ni dah tak boleh buat jumpstart. Memang gagal. Ntah binatang benda yang tak kena.




2 biji kereta tu tolong buat jump start tapi masih tak ok-ok lagi. Ha sudah. Tel abang gtau dia situasi. Kepala otak ni dok terpikir macam mana nak memunggah anak ni bagai. Dari kena balik lambat, abang terpaksa jugak balik cepat. Nak kena rescue. Member aku kesian kat aku, maka dia offer tolong hantar balik rumah. Tolong ambil Aqeisa dari Taska. Terima kasih Bad sebab ko terpaksa balik lambat sebab kena hantar aku balik rumah.



So, abang pun pergi ler tukar bateri. Ha! ngko, dah tukar bateri, tak mboh hidup2 jugak. Sah ler. Bukan sebab bateri. Call mekanik merangkap kawan. Tolong tengokkan. Rupa-rupanya fuel pump rosak beb!. Minyak dah bertakung kat bawah seat belakang. Minyak tak mboh naik. Padanlah dua tiga hari ni dok terbau petrol dalam kereta. Nak kata ada petrol tumpah tak de pulak kesan dalam kereta tapi bau memang kuat. Mujur ada kawan yang boleh bantu malam-malam gitew. Kalau tak sekian ler....



Terbang jugak ler ratus-ratusan malam tu. Esoknya bayar. Mana nak cekau malam-malam tu beb. Mujur dengan kawan. Maka dengan ini dalam ingatan Fuel Pump satu set telah bertukar bersama mileage 103500 km. Baru 4 tahun dah kena tukar binatang ni. Dan baru 4 tahun, keter aku dah cam ni punya jauh.

May 11, 2011

Selamat Beribadah buat Bonda dan Ayahanda

Semalam ke KLIA dengan adik beradik. Hantar ayah bonda tercinta untuk mengerjakan umrah. Bersama pakej travel agent, Andalusia. Ini kali kedua ayah bonda ke Makkah mengerjakan umrah. Kedua ayahanda dan bonda sangat teringin menunaikan haji namun belum kesampaian. Menurut Q Tabung Haji, ayah bonda hanya akan ke haji pada tahun 2032 nanti. Tak tahu lah sempat dengan nyawa atau tidak. Itu kata emak aku. Ye la, tahun 2032 tu Muhammad Aqel pon dah 32 tahun. Aku masa tu dah dekat 60 tahun. Emak Abah????....

Lambat lagi tu. Boleh aje kalau nak ikut pakej haji yang lain selain dari Tabung Haji tapi mahal la. Insya Allah lah kalau ada rezeki boleh lah menunaikan haji nanti. Buat masa ini biarlah mereka merasa ke Makkah walau hanya mengerjakan umrah.




Kami doakan emak dan abah sihat selama berada di sana. Maklumlah bila dah tua ni macam-macam masalah kesihatan. Pun begitu, semangat mereka sangat kuat. Kitaorang doakan emak dan abah dapat menyempurnakan ibadah dengan baik.



Kali ni emak dan abah pergi bersama-sama dengan pakteh, makteh dan makngah. Kiranya ada 5 orang. Riuh KLIA semalam dengan keluarga kami aje. Namapk riak-riak gembira di wajah masing-masing. Teruja sangat rasa. Kalau ikut plan asal, memang kami sekeluarga akan turut serta. Namun kita merancang Allah yang menentukan. Dengan kehadiran baby tersayang, rancangan itu turut ditunda ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian..(mcm bahasa memo plak ye!!!)...

Bukan baby kami menghalang. Tapi biarlah dia besar sedikit sekurang-kurangnya dia ingat momen-momen indah di Tanah Suci. Sekarang ni kalau pergi pun tidak mendatangkan apa-apa pada dirinya dan kedua ibu bapanya.
Ada rezeki 3 4 tahun lagi, Insya-Allah kami kesana.




Bergambar kenangan dengan adik beradik. Ini lah saudara ku dunia dan akhirat. Moga berkekalan kasih sayang kami selagi nyawa dikandung badan.




E eh!!...tersesat plak gambar ni. Ramai yang menolak stoller semalam. Maklumlah bayi-bayi pun nak turut serta menghantar nenek masing-masing walaupun mereka datang hanya untuk tidor...heheh

Selamat pergi ayah bonda.
Doa kami mengiringi kalian.
Jangan lupa doakan kami ketika di sana nanti.
Semoga kami dipercepatkan menjadi tetamuNya ke Tanah Suci Makkah.

May 8, 2011

Ye, dia pon mak aku jugerk.....



he he....saja respon tulisan adik aku di blog dia kat sini..



Bersempena Hari Ibu kan. Ekceli hari-hari pon hari ibu. Cuma hari ni di jadikan penghulu hari-hari ibu itu. Jadi let's celebrate.


Tak terucap sayang pada mak. Baaanyaakkkk....banyak sangat sayang itu. Pengorbanan mak pada kami adik beradik. Kata adik aku kitorang miskin dulu. Sebenarnya tidak la kategori 'miskin' tapi susah sikitlah. Namun begitu, makan pakai tetap cukup. Tak pernah kurang. Kitaorang dulu adik beradik rapat. Maknanya kitaorang sekali kecil sekali lah membesar. So masa kecik2 tu agak sukarlahh emak dan abah untuk membesarkan kami. Ye lah, semua sekolah kan. Tengah membesar, makan pun kuat. Walau pun begitu, emak sangat rajin membantu abah dalam menambah pendapatan keluarga. Emak rajin memasak, maka dia akan berjual kueh mueh. Emak pandai menjahit maka segala jenis baju emak jahitkan untuk kami adik beradik. Segala macam fesyen tak pernah kami ketinggalan. Minta fesyen apa saja pasti emak aku buat demi untuk anak-anak. Itu lah namanya pengorbanan kan......


Kalau dulu memang lah emak dan abah kurang mampu bagi kami makan lauk ayam hari-hari. Sebab dulu lauk ayam adalah mewah. Walau sesekali emak beli tulang ayam dari jiran sebelah yang menjual sate (yang dagingnya dibuat sate) tapi bagi kami itulah yang paling best. Masak lemak cili padi. Walaupun adik-adik aku yang masih kecil masa tu tak paham apa-apa selalu tanya mak kenapa ayam itu cuma tulang. He he.....tak sanggup pulak nak flashback sebab waktu tu macam payah sket kan.... But once in a blue moon, naik jugak ayam solid sekor tu dalam rumah. hmmmm..... walau jarang makan ayam, makanan tak pernah kurang di rumah tu. Pendek kata, kerja kami makan main, makan main. Badan pun boleh gak tahan debab-debab jugak. Mak rajin masak. Pagi-pagi dah makan nasi. Tengahari makan nasi. Petang makan kueh. Malam nasi lagi. PEndek kata mak memang rajin bagi kitaorang makan, so tak hairan lah anak-anak mak tetap merindui masakan mak hingga kini. Maka itu jugak anak-anak mak sangat sayangkan mak sebab kami sangat jarang dapat makan masakan kedai ke atau orang lain punya masakan.


Kini kami semua telah dewasa, semua pun sudah mendirikan rumahtangga. Namun satu yang sama, kami tetap menyanjung emak dan abah dan masih letakkan mereka di tempat yang teratas. Syukur Alhamdullillah, berkat doa emak dan abah, kami menjadi orang. Berkat ketabahan emak mengharungi segala kepayahan, emak dan abah sekarang boleh berbangga sebab kami semua berjaya menjadi manusia dan berjaya dalam hidup. Semua penat lelah mak berbaloi. Segala pahit manis pasti tersemat dihati kami anak-anak emak. Ampun dan maaf segala kesalahan kami. Banyak dosa kami pada emak. Dari zaman bayi bawa ke kanak-kanak malah zaman remaja kami yang penuh dugaan dan cabaran yang besar (mmm....malas nak cter part ni......) bagi emak dan abah menghadapinya.



Kini tiba giliran aku pula membesarkan anak-anak dengan segala dugaan masa kini. Semoga aku sekuat dan setabah emak.


Kami sayang emak.

May 4, 2011

She's on nebulizer

Dah dua minggu Aqeisa kena batuk tak elok-elok. Payah nak elok kalau kena batuk kan?. Lebih kesian kalau baby yang kena batuk. Pergi klinik swasta dapat ubat batuk hitam, merah, kuning semua kaler ada. Siap antibiotik lagi. Tapi biasalah pergi aje klinik, tapi rasa macam takut-takut pulak nak bagi ubat-ubat tu semua lebih-lebih lagi antibiotik.

Sampai satu tahap, dada Aqeisa dah macam penuh dengan kahak. Nafas pun turun naik. Laju-laju. Jantung pun dup dap dupdap. Laju-laju. Risau sangat kan. Klinik dah tiga kali pergi. Kali ni kena bawa Aqeisa ke klinik kerajaan jugak. See apa doktor sana nak kata kali ni.



Aqeisa dah terkena demam virus. Suhu 38C semalam. Terus doktor soh ambil ubat masuk ikut bontot. Dan kena buat nebulizer sebab kahak dah penuh. Mula-mula buat Aqeisa tak mahu juga. Menangis-nangis. Meronta-ronta. Sebab berasap bagaikan. Mungkin dia takut. Tapi lama-lama dia ok. Mungkin juga sebab penafasan dia jadi baik lepas sedut gas tu. Sampai habis Aqeisa dok diam aje. Baik aje budak ni, kata orang yang tengok dia semalam.



Sedut gas dalam 10 minit aje.



Lepas tu jumpa doktor balik, doktor kata dah kurang sikit. Bukan takde lansung tapi dah kurang sikit dari yang mula tadi. Katanya lagi, kanak-kanak yang tinggal di nurseri memang selalu macam ni. Senang dapat jangkitan dan alahan. Faham. Katanya lagi, dia akan bekalkan ubat demam dan titik hidung sahaja. Faham. Segala macam ubat tu dia tidak akan bekalkan. Tak faham. Kenapa?. Kan kalau pergi private klinik seme ubat kaler-kaler tu dia akan bagi. Dengan ubat batuk, selsema, alahan. Malah ventolin pun dia bagi.

Ok. Menurut doktor tadi, bayi tidak akan dibekalkan dengan sebarang ubat kecuali ubat demam. Tak elok katanya. Lebih-lebih lagi ubat yang dimakan lalu mengantuk. Sebab ubat batuk yang berbagai-bagai itu ada side effect yang mana sangat tak elok untuk bayi. Dia masih kecil. Bayangkan ubat itu boleh buatkan jantung dia tak stabil. Laju. Berdebar-debar. Hidung akan makin tersumbat. Kahak terkumpul. Malah akan berulang-ulang. Ubat pelbagai itu juga akan membuatkan buah pinggang bayi yang terlalu muda itu bekerja pada kadar tidak sepatutnya.

Aku tanya. Habis tu apa saya nak buat?. Kata doktor. Badan dia akan bantu sendiri. Saya bagi ubat demam aje untuk elak demam berlarutan dan ubat titik hidung untuk cairkan kahak. Selebihnya tiada ubat. Akan sembuh sendiri. Samada dia akan muntahkan atau dia telan kahak yang sudah cair itu.

Habis tu doktor, kenapa private klinik senang-senang bagi ubat untuk bayi? Kata doktor lagi. Sebab diaorang ambil mudah. Orang datang, Consult, ambil ubat, bayar dan balik. Sakit lebih-lebih nanti buat surat refer pergi hospital.

mmmm... betul tu kan?.... boleh pergi private klinik ni sekali aje, kalau tak sembuh jugak, pergi ler hospital. Kerajaan atau swasta. Boleh belaka. Kalau ke swasta make sure kome banyak duit atau ada insuran sebab kalau tidak maka kena tolak ke gomen jugak penyudahnya.

# Sikit-sikit kena simpan juga ilmu pengetahuan medical ni. Kena banyak baca jugak. Takut tersalah pulak nanti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...