May 4, 2011

She's on nebulizer

Dah dua minggu Aqeisa kena batuk tak elok-elok. Payah nak elok kalau kena batuk kan?. Lebih kesian kalau baby yang kena batuk. Pergi klinik swasta dapat ubat batuk hitam, merah, kuning semua kaler ada. Siap antibiotik lagi. Tapi biasalah pergi aje klinik, tapi rasa macam takut-takut pulak nak bagi ubat-ubat tu semua lebih-lebih lagi antibiotik.

Sampai satu tahap, dada Aqeisa dah macam penuh dengan kahak. Nafas pun turun naik. Laju-laju. Jantung pun dup dap dupdap. Laju-laju. Risau sangat kan. Klinik dah tiga kali pergi. Kali ni kena bawa Aqeisa ke klinik kerajaan jugak. See apa doktor sana nak kata kali ni.



Aqeisa dah terkena demam virus. Suhu 38C semalam. Terus doktor soh ambil ubat masuk ikut bontot. Dan kena buat nebulizer sebab kahak dah penuh. Mula-mula buat Aqeisa tak mahu juga. Menangis-nangis. Meronta-ronta. Sebab berasap bagaikan. Mungkin dia takut. Tapi lama-lama dia ok. Mungkin juga sebab penafasan dia jadi baik lepas sedut gas tu. Sampai habis Aqeisa dok diam aje. Baik aje budak ni, kata orang yang tengok dia semalam.



Sedut gas dalam 10 minit aje.



Lepas tu jumpa doktor balik, doktor kata dah kurang sikit. Bukan takde lansung tapi dah kurang sikit dari yang mula tadi. Katanya lagi, kanak-kanak yang tinggal di nurseri memang selalu macam ni. Senang dapat jangkitan dan alahan. Faham. Katanya lagi, dia akan bekalkan ubat demam dan titik hidung sahaja. Faham. Segala macam ubat tu dia tidak akan bekalkan. Tak faham. Kenapa?. Kan kalau pergi private klinik seme ubat kaler-kaler tu dia akan bagi. Dengan ubat batuk, selsema, alahan. Malah ventolin pun dia bagi.

Ok. Menurut doktor tadi, bayi tidak akan dibekalkan dengan sebarang ubat kecuali ubat demam. Tak elok katanya. Lebih-lebih lagi ubat yang dimakan lalu mengantuk. Sebab ubat batuk yang berbagai-bagai itu ada side effect yang mana sangat tak elok untuk bayi. Dia masih kecil. Bayangkan ubat itu boleh buatkan jantung dia tak stabil. Laju. Berdebar-debar. Hidung akan makin tersumbat. Kahak terkumpul. Malah akan berulang-ulang. Ubat pelbagai itu juga akan membuatkan buah pinggang bayi yang terlalu muda itu bekerja pada kadar tidak sepatutnya.

Aku tanya. Habis tu apa saya nak buat?. Kata doktor. Badan dia akan bantu sendiri. Saya bagi ubat demam aje untuk elak demam berlarutan dan ubat titik hidung untuk cairkan kahak. Selebihnya tiada ubat. Akan sembuh sendiri. Samada dia akan muntahkan atau dia telan kahak yang sudah cair itu.

Habis tu doktor, kenapa private klinik senang-senang bagi ubat untuk bayi? Kata doktor lagi. Sebab diaorang ambil mudah. Orang datang, Consult, ambil ubat, bayar dan balik. Sakit lebih-lebih nanti buat surat refer pergi hospital.

mmmm... betul tu kan?.... boleh pergi private klinik ni sekali aje, kalau tak sembuh jugak, pergi ler hospital. Kerajaan atau swasta. Boleh belaka. Kalau ke swasta make sure kome banyak duit atau ada insuran sebab kalau tidak maka kena tolak ke gomen jugak penyudahnya.

# Sikit-sikit kena simpan juga ilmu pengetahuan medical ni. Kena banyak baca jugak. Takut tersalah pulak nanti.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...