May 15, 2011

Ahad - 15/5/2011 & kereta rosak

Huarrgghhh......letehnya tidor...hehehhe...... Punya lah asek membuta sampai yang best jadi penat. Biasa what cuti-cuti gini. Kitaorang walau cuti memang jarang bangun lewat-lewat pagi. Awal-awal pagi selepas solat subuh kitaorang anak beranak dah pun keluar rumah. Bila balik tengahari, apa lagi mengholoh ler. Pagi ni keluar berjogging menikmati udara pagi. Masih banyak udara yang menyegarkan sekitar Putrajaya ni. Pagi ni beriadah di Taman Saujana Hijau, Presint 11. Ala depan rumah aje!! Malas nak pergi jauh-jauh.





Berada di kawasan atas bukit. Memang cantik lah pemandangan di sini. Boleh nampak perumahan sekitar presint 11 ni. Ekceli bukan takat berjogging, malah nak berkelah bersama keluarga pon ok. Banyak wakaf yang didirikan disini. Berangin. Cuma kalau petang, cuaca sangat panas.





Pemandangan nampak ala-ala di tanah tinggi kan. Macam sedang berada di Cameron Highland. Pokok pine banyak ditanam disini. Boleh la berangan berada disitu. Cumanya cuaca tidak la sejuk.




Hangin aje mamat ni bila soh posing. He he....kita suka amek gambo orang tapi kita tak suka sangat bergambo...ahaks...Alah jangan lah mare!!!....Suka-suka aje. Esok-esok boleh tengok dan baca balik bila time kita free-free. Ha!...nanti tau ler, ke mana kita pergi time-time cuti-cuti pendek gini.



Ha!.yai memang nak kena tulis dalam blog. Supaya ingat bila peristiwa ini berlaku. Dua tiga hari lepas kereta rosak beb!.. Mujur terjadi di parking basement di opis. Kalau lah di tengah jalan, senak gak perut akak dik non.



Kali pertama kena, enjiin tak boleh start, bateri kong ler tu. Panggil member. Tolong buat jump start. Selamat. Kereta boleh gerak dan balik. Dalam hati tertanya-tanya, biasanya kalau bateri kong, alarm keretab unyi bising. Tapi kali ini tidak pulak. Alarm ok. Tak rosak pon. Oder bateri dengan member hubby. Kononnya boleh dapat harga kilang. So tak beli di kedai.



Esoknya, pagi-pagi abang dah keluar. Ye la. Nak mintak tolong orang buat jump start lagi. Selamat. Boleh hidup dan jalan. Tunaikan kewajipan harian macam biasa. Kata abang, nanti dah dapat bateri kang dia datang opis dan pasang.



Bila petang tetiba aje dia call bagitau tak boleh balik cepat so mintak lah sapa-sapa buat jumpstart. Dah janji dengan kawan. Mintak tolong.







Ni ler membernya. Tolong.


Tapi entah macamana, kereta ni dah tak boleh buat jumpstart. Memang gagal. Ntah binatang benda yang tak kena.




2 biji kereta tu tolong buat jump start tapi masih tak ok-ok lagi. Ha sudah. Tel abang gtau dia situasi. Kepala otak ni dok terpikir macam mana nak memunggah anak ni bagai. Dari kena balik lambat, abang terpaksa jugak balik cepat. Nak kena rescue. Member aku kesian kat aku, maka dia offer tolong hantar balik rumah. Tolong ambil Aqeisa dari Taska. Terima kasih Bad sebab ko terpaksa balik lambat sebab kena hantar aku balik rumah.



So, abang pun pergi ler tukar bateri. Ha! ngko, dah tukar bateri, tak mboh hidup2 jugak. Sah ler. Bukan sebab bateri. Call mekanik merangkap kawan. Tolong tengokkan. Rupa-rupanya fuel pump rosak beb!. Minyak dah bertakung kat bawah seat belakang. Minyak tak mboh naik. Padanlah dua tiga hari ni dok terbau petrol dalam kereta. Nak kata ada petrol tumpah tak de pulak kesan dalam kereta tapi bau memang kuat. Mujur ada kawan yang boleh bantu malam-malam gitew. Kalau tak sekian ler....



Terbang jugak ler ratus-ratusan malam tu. Esoknya bayar. Mana nak cekau malam-malam tu beb. Mujur dengan kawan. Maka dengan ini dalam ingatan Fuel Pump satu set telah bertukar bersama mileage 103500 km. Baru 4 tahun dah kena tukar binatang ni. Dan baru 4 tahun, keter aku dah cam ni punya jauh.

1 comment:

Anonymous said...

slm..camne ek nk hilang bau petrol yg kuat 2 dlm kete?..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...