Jun 22, 2011

Kematian.....

Semenjak dua menjak ni, aku diserang secara psikologi tentang mati. asek terpikir tentang mati. sejak arwah kak yah pergi meninggalkan dunia ini (kakak ipar) secara mengejut aku selalu jadi cemas dan diasak oleh pikiran sendiri tentang mati. mati diserang sakit jantung. mati tiba-tiba. mati mengejut. baru semalam berjumpa, hari ni dah mati. mati tanpa penyakit kronik. mati tanpa pesan. pendek kata mati. mati. mati. Oh sungguh aku terbawa-bawa.

Mati tak tunggu bila tua aje. time-time muda pun boleh mati. dah bersedia ke nak mati. kalau lah mati ketika ini, kesian anak-anak masih kecil kan. laki pun kesian jugak. walau pun masih merah tanah kubur MUNGKIN dah sebok cari ganti. so laki boleh keluarkan dari list orang yang patut dikasihani.

Kesian anak-anak kalau aku mati ketika ini. Kesian??...kesian kenapa?...Allah kan ada membantu mereka. tak percaya laki ke?... ntah. sebab dok terpikir laki confirm cari pengganti. Pe hal dok sengsorang tanpa teman kan?. itu aku pikir. dia pikir?. memang nampak mata kasar dia sangat mencintaiku. tapi mampu kah dia dok berseorangan. tanpa teman. katanya ke akhir hayat akan duduk bertemankan anak-anak aje tanpa pengganti. Piiirrrraaahhhhhh. boleh percaya ke? kalau itu benar? Oh syukur pada Allah.


Ye benar!!!...benar sekali. ajal tu telah ditentukan Allah. tiada daya upaya nak tolaknya. maka dengan itu bersedia lah senantiasa kamu wahai anak adam!!!!....

Mohon aku pada kamu wahai suami,

andai aku pergi dulu sebelummu
janganlah kau bersedih hati
andainya aku tiada lagi disisimu
jangan lah kau memencil diri
bayangkanlah masa-masa bahagia......

dah!. dah!. dah!.

wahai diri!!!...

mengingati mati itu adalah patut dan mesti.
tiap yang hidup pasti mati. yang mati tetap mati. yang hidup harus teruskan hidup.
aku patut pikir untuk hidup lebih lama demi anak-anak. demi suami yang mencintai. mohon pada Allah, panjangkan usiaku Ya Allah. berikanlah aku kesihatan yang baik. agar dapat aku membesarkan anak-anakku. dapat aku memperbanyakkan ibadahku. berkatilah aku Ya Allah. sekiranya ajalku tiba. ringankanlah aku berhadapan dengan sakaratul maut dan matikanlah aku dalam iman.

Amin.
Amin.
Amin ya rabbal alamin.


Jun 20, 2011

Ahad, 19hb

Kisah bayi ini...



Hari ini genap bayi ini berusia 7 bulan. Wah!!!...cepat kan!!!....
laju-laju hari berlari. Pejam celik, pejam-pejam celik...dah 7 bulan.
Aqeisa dah mula makan. Semua benda dia nak makan. Eskrem. Kek.
Huh!!!...kecik-kecik dah tak reti control diet. Tak dibagi kang bukan main jerit dia.




Dia juga sudah semakin lasak. Semua benda nak dicapainya. Dan masuk dalam mulut.
Heheh..... Kena xtra care sekarang. Takut-takut tercapai benda panas ke. Atau memasukkan benda-benda tajam ke dalam mulut ke. Memang kena hati-hati.

Semoga anak-anak ibu membesar dengan selamat dan menjadi anak yang berguna di dunia dan akhirat. Menjadi anak yang cerdik pandai ok. Ibu ayah doakan yang terbaik.




Hari ini juga hari konvokesyen abang ipar aku. Abang Zaidi. Di PWTC. Gembira kami seisi keluarga atas kejayaannya. Dia cikgu. Sambung belajar. Kini bergelar guru berijazah. Long pun dah tamat belajar. Insya-Allah, giliran dia akan tiba untuk ambil skroll tidak lama lagi. Tahniah buat kalian.

Gambar sekeluarga diambil di Tasik Titiwangsa. Sambil berkelah di situ. Seronok.




Ini Aqeila yang adventure. Suka sangat ular. Kegemarannya. Berdepan dengan padang tempat kami berkelah di Tasik Titiwang ada Car Boot Bazaar. Ada ular. Tak pasti untuk jualan atau sekadar pameran. Aku tak turut dorang pergi ke sana.



Satu lagi dari Aqeila. Kebanyakan kanak-kanak tidak berani nak buat macam Aqeila. Waima abang Aqel pun tak berani. Cakap berani lah... Nak buat jangan harap la.....

Ini lah aktiviti kami semalam. Satu keluarga turun KL bagi memeriahkan majlis ambil skroll abang zaidi.

Jun 14, 2011

Perginya Satu Kejutan

9/6 baru ni baru aje balik dari kampung Kota Bharu, Kelantan.
Cuti sekolah kan. Balik dari 4hb hingga 7hb.
Seronok lah jumpa sedara mara kan. Jarang balik. Sesekali balik tu berkumpul sesama mesti banyak cerita. Sambil-sambil menziarah mak mertua yang dah uzur. Pendek kata sementara orang tua ada, kena lah selalu-selalu jenguk. Yelah! kata akal manusia, yang 'tua'..lebih-lebih lagi yang dah 'sakit' akan pergi dulu. Itu kata akal manusia lah....

Kata Allah tiada siapa yang dapat menyangkal.

11/6/2011, kakak hubby yang tercinta (kakak ipar kita) telah kembali ke Rahmatullah jam lebih kurang 2 -4 pagi (tak berapa pasti). Berumur 47 tahun. Mati mengejut akibat sesak nafas.

Dalam keadaan arwah yang sihat walafiat, tiada sebarang penyakit kronik. Sangat aktif beraerobik, berpesatuan. Sedara mara sahabat handai yang mendengar sungguh terkejut. Ketika menghembuskan nafas terakhir, suami arwah tiada bersama kerana mengikut rakan-rakan berkonvoi ke Kuala Lumpur bagi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara Kelantan dan Terengganu.

Sungguh sedih dan terkilan pada riak wajah suami arwah. Terkilan kerana tidak bersama arwah ketika akhir hayatnya. Malah ketika beliau meningglkan arwah, tiada sebarang tanda yang memungkinkan arwah akan pergi meninggalkanya buat selama-lamanya. Malah arwah lah yang menghantar beliau ke stadium tempat dimana berkumpulnya konvoi penyokong kelantan yang suami arwah sertai.
Namun ajal tidak terlewat walau sesaat.




Ciuman terakhir dari bonda tersayang.
Mak yang sakit, anak yang pergi dulu. Jenazah arwah sungguh segar. Wajahnya seperti sedang tidur. Perginya arwah sekelip mata. Pandangan mata manusia, pemergiannya sungguh mudah. Tidak sedikit pun menyusahkan sesiapa.




Selamat tinggal pada semua...
berpisah kita selamanya.....
kita tak sama nasib di sana....
baikkah atau sebaliknya....

Sedih. Aku sebagai orang yang ditinggalkan merasa sangat-sangat sedih. Sempat bertemu minggu lepas. Makan, bergurau bersama. Hubby memang rapat dengan kakak yang ini. Ini satu-satu kakaknya yang ada. Seorang lagi dah merantau ke Johor berpuluh tahun sudah. 5 tahun sekali baru balik untuk 1 malam.

Masa hari kami nak balik, sempat bermaaf-maafan dengan arwah. Beritahu arwah yang kami akan balik raya nanti. Ipar-ipar pun baik hanya dengan arawah Dah jadi macam 'mak mertua' kami. Apa-apa semua dengan arwah. Kalau hari raya memang berjalan 'pukul habis' dengan arwah lah. Nampaknya raya akan datang arwah tiada. Tak tahu lah keadaan tu macam mana.

Lumrahnya manusia begitu lah kan. Bila sudah tiada, segala yang baik tu ada. Serba serbi perkara baik keluar.

Apa-apa pun aku mohon doa dari Allah semoga roh arwah dicucuri rahmat.
Diampunkan dosa-dosanya.
Ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Amin.



Kali pertama bertemu sepupu. Sekali pandang wajah mereka seiras. Lahir tahun yang sama. 2010. Seorang 7 bulan seorang 12 bulan. Seorang perempuan, seroang lelaki. 'Sound' dorang pun sama. Tak syak lagi, mereka ini mewarisi wajah keturunan bapa masing-masing. Keturunan kelantan.

Jun 10, 2011

Hai hai...hoi hoi

Salam...
ho! ho! ho!.....

Lama dowh!...tak hupdate....hehehhe....
sibok giler. sebok aje tapi tak sampai tahap giler.
macam-macam benda buat nih
dalam paler pon macam-macam benda pending nak buat
sabau aje ler....hehehheheh....

Hari ni kasi panas enjen lu
sok-sok baru masuk entry

kita dah masuk Rejap ni noks
apa pojek????...
manyakkkkkkk.........

K lah..
nanti kita citer-citer heh!...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...