9/6 baru ni baru aje balik dari kampung Kota Bharu, Kelantan.
Cuti sekolah kan. Balik dari 4hb hingga 7hb.
Seronok lah jumpa sedara mara kan. Jarang balik. Sesekali balik tu berkumpul sesama mesti banyak cerita. Sambil-sambil menziarah mak mertua yang dah uzur. Pendek kata sementara orang tua ada, kena lah selalu-selalu jenguk. Yelah! kata akal manusia, yang 'tua'..lebih-lebih lagi yang dah 'sakit' akan pergi dulu. Itu kata akal manusia lah....
Kata Allah tiada siapa yang dapat menyangkal.
11/6/2011, kakak hubby yang tercinta (kakak ipar kita) telah kembali ke Rahmatullah jam lebih kurang 2 -4 pagi (tak berapa pasti). Berumur 47 tahun. Mati mengejut akibat sesak nafas.
Dalam keadaan arwah yang sihat walafiat, tiada sebarang penyakit kronik. Sangat aktif beraerobik, berpesatuan. Sedara mara sahabat handai yang mendengar sungguh terkejut. Ketika menghembuskan nafas terakhir, suami arwah tiada bersama kerana mengikut rakan-rakan berkonvoi ke Kuala Lumpur bagi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara Kelantan dan Terengganu.
Sungguh sedih dan terkilan pada riak wajah suami arwah. Terkilan kerana tidak bersama arwah ketika akhir hayatnya. Malah ketika beliau meningglkan arwah, tiada sebarang tanda yang memungkinkan arwah akan pergi meninggalkanya buat selama-lamanya. Malah arwah lah yang menghantar beliau ke stadium tempat dimana berkumpulnya konvoi penyokong kelantan yang suami arwah sertai.
Namun ajal tidak terlewat walau sesaat.

Ciuman terakhir dari bonda tersayang.
Mak yang sakit, anak yang pergi dulu. Jenazah arwah sungguh segar. Wajahnya seperti sedang tidur. Perginya arwah sekelip mata. Pandangan mata manusia, pemergiannya sungguh mudah. Tidak sedikit pun menyusahkan sesiapa.
Selamat tinggal pada semua...
berpisah kita selamanya.....
kita tak sama nasib di sana....
baikkah atau sebaliknya....
Sedih. Aku sebagai orang yang ditinggalkan merasa sangat-sangat sedih. Sempat bertemu minggu lepas. Makan, bergurau bersama. Hubby memang rapat dengan kakak yang ini. Ini satu-satu kakaknya yang ada. Seorang lagi dah merantau ke Johor berpuluh tahun sudah. 5 tahun sekali baru balik untuk 1 malam.
Masa hari kami nak balik, sempat bermaaf-maafan dengan arwah. Beritahu arwah yang kami akan balik raya nanti. Ipar-ipar pun baik hanya dengan arawah Dah jadi macam 'mak mertua' kami. Apa-apa semua dengan arwah. Kalau hari raya memang berjalan 'pukul habis' dengan arwah lah. Nampaknya raya akan datang arwah tiada. Tak tahu lah keadaan tu macam mana.
Lumrahnya manusia begitu lah kan. Bila sudah tiada, segala yang baik tu ada. Serba serbi perkara baik keluar.
Apa-apa pun aku mohon doa dari Allah semoga roh arwah dicucuri rahmat.
Diampunkan dosa-dosanya.
Ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Amin.
Kali pertama bertemu sepupu. Sekali pandang wajah mereka seiras. Lahir tahun yang sama. 2010. Seorang 7 bulan seorang 12 bulan. Seorang perempuan, seroang lelaki. 'Sound' dorang pun sama. Tak syak lagi, mereka ini mewarisi wajah keturunan bapa masing-masing. Keturunan kelantan.
No comments:
Post a Comment