Kisah bayi ini...
Hari ini genap bayi ini berusia 7 bulan. Wah!!!...cepat kan!!!....
laju-laju hari berlari. Pejam celik, pejam-pejam celik...dah 7 bulan.
Aqeisa dah mula makan. Semua benda dia nak makan. Eskrem. Kek.
Huh!!!...kecik-kecik dah tak reti control diet. Tak dibagi kang bukan main jerit dia.
Dia juga sudah semakin lasak. Semua benda nak dicapainya. Dan masuk dalam mulut.
Heheh..... Kena xtra care sekarang. Takut-takut tercapai benda panas ke. Atau memasukkan benda-benda tajam ke dalam mulut ke. Memang kena hati-hati.
Semoga anak-anak ibu membesar dengan selamat dan menjadi anak yang berguna di dunia dan akhirat. Menjadi anak yang cerdik pandai ok. Ibu ayah doakan yang terbaik.
Hari ini juga hari konvokesyen abang ipar aku. Abang Zaidi. Di PWTC. Gembira kami seisi keluarga atas kejayaannya. Dia cikgu. Sambung belajar. Kini bergelar guru berijazah. Long pun dah tamat belajar. Insya-Allah, giliran dia akan tiba untuk ambil skroll tidak lama lagi. Tahniah buat kalian.
Gambar sekeluarga diambil di Tasik Titiwangsa. Sambil berkelah di situ. Seronok.
Ini Aqeila yang adventure. Suka sangat ular. Kegemarannya. Berdepan dengan padang tempat kami berkelah di Tasik Titiwang ada Car Boot Bazaar. Ada ular. Tak pasti untuk jualan atau sekadar pameran. Aku tak turut dorang pergi ke sana.
Satu lagi dari Aqeila. Kebanyakan kanak-kanak tidak berani nak buat macam Aqeila. Waima abang Aqel pun tak berani. Cakap berani lah... Nak buat jangan harap la.....
Ini lah aktiviti kami semalam. Satu keluarga turun KL bagi memeriahkan majlis ambil skroll abang zaidi.
No comments:
Post a Comment