Dec 23, 2011

Tiup Lilin Ke Satu

Assalammualaikum.


Ini kisah 2 minggu lepas. Sambut birthday Aqeisa. Tak bes r kalau takde entry untuk itu kan, kan? ha....memang jadi keinginan aku nak sambut birthday aqeisa kat taman secara berkelah. ngan adik beradik sambil2 jemput sedara mara sorang berdua. tapi takdenya. berangan aje boleh la. dapat buat kecil-kecilan macam ni pon jadi ler. yang penting adik beradik aku semuanya ado....



Ekceli sambutan ni lewat 2 minggu. birthday aqeisa 19/11. bz kan. lagi pon memang plan nk buat sekali dengan cousins aqeisa. amin & iffa. senang. 1 kali celebrate. Beli kek pon yang sempoi2 aje. kek disponsor oleh Mama Ija. ekceli aku pesan soh beli kek di bakers cottage ke secret recepe ke. malangnya adik aku ni tak tau jalan kat putrajaya ni. yg dorang tau cuma pergi ke alamanda. dapat lah kek carrefour made. jadi ler hek!.




Acara berkelah di persisiran tasik presint 4 putrajaya. putrajaya ni banyakkkk tempat-tempat menarik nak buat lepak-lepak sambil main-main di taman permaianan atau main sepak-sepak bola atau main2 badminton dan sebagainya. persisiran tasik yang panjang, tenang dan damai. Korang cuma bentang tikar dan buat aktiviti memasing. tapi lepas tu jangan lupalah kemas balik kan.....



Acara bermula dengan meniup lilin oleh Amin, Iffa dan Aqiesa. Amin yang ke 4 (bulan 12), iffa ke 1 (bulan 10) dan aqeisa ke satu juga (bulan 11). Seronok dapat sambut ramai-ramai. Riuh adik beradik aku aje kat situ. takde orang beb boleh ler buat bising-bising kat situ. Ekceli kalau buat besar-besaran sikit pon bes. ajak kengkawan, sedara-mara. mesti havoc. next time rrr....



Berebut-rebut. orang ni colek, orang tu colek. penyudahnya kek tu jadi comot. dah lah kek krim. hari panas plakk tu...melepek aje la kek tu. kek tu settle kat situ juga. lepas makan2 ada balance setengah biji, kebetulan ada cik indon tukang sapu taman tu ada buat kerja. bagi kat dorang. rezeki dorang la tu. kitaorang pon senang tak payah bawak balik dah sebab lepas tu nak merayau ke alamanda. mmmm....putrajaya ni mana mau pigi. Alamanda aje yg ada.....




Ini iffa dengan hadiah ikan dari umi. biasalah tetiap tahun, kami adik beradik aje lah yang bagi hadiah untuk anak-anak buah ni. tak payah ajak orang pon tak pe. rai kami-kami aje.


Aqeisa dapat ikan warna purple. suka dia. foto ni diambil masa dia nak terbersin. hehehe...lucu nampak mukanya....


Belah petangnya, bawa semua kanak-kanak ke kolah mandi. oh! seronok sangat le deme ni seme. ok enjoy the pics yo!....


















Dec 17, 2011

Nasi tomato and the geng...



Ini menu tengahari tadi. first time cuba. menjadi dan sedap walah!. heheh. budak2 ni memang tersangat suka. terbaek dowh!. paling sedap dalam dunia. kenapa ibu tak masuk master chef. macam2 la. budak-budak ni memang over. kalau sedap memang ke langit memuji. isyy!.. kita pon gitew kan!. masakan mak lah yang paling sedap dalam dunia. walau mak masak cuma sambal bilis kering. uissyyy. memang the best.



resepi ni korek-korek kat tenet tadi. semua resepi lebih kurang sama aje. semua letak susu cair. isyyy, aku ni tak minat susu. ndak2 plak letak dalam nasik. tak suka la. so aku adjust sendiri. my own style. no susu. meh cekidaut d resepi.


4 ulas bawang merah. 2 ulas bawang putih. 1 inci halia. hiris semuanya. 3 biji tomato dadu-dadukan. tumis bahan-bahan ni dengan alat penumis (bunga lawang, kayu manis, cengkih n the geng la) beli yang jual dalam pek kecik 50 sen kot. tumis sampai naik bau.


Sementara tu basuh beras 5 put. basuh dan standby dalam periuk nasik (rice cooker). bila dah garing benda-benda tumis tu curah aje terus dalam periuk nasik tadi. letak jugak 1/2 cawan sos tomato. garam sket. kalau korang suka letak ler susu tu 1/2 cawan. kata orang letak susu nanti nasik jadi lembut. Ntah ler. nasik aku tadi lembut aje. mungkin nak lebih sedap kot. Hmm jangan lupa letak daun pandan nak kasik wangi. So tanak ler.


~SIAP PART NASIK~




Ayam masak merah plak. Goreng ayam cam biasa. Tumiskan alat penumis ngan 2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih ngan 1 inci halia. bila dah naik bau letak cili boh. letak jugak 3 sudu sos tomato. masukkan juga 2 biji bawang besar yang dimayang bulat-bulat. renehkan dia sampai pekat. letak garam gula sesedap rasa. masukkan ayam. gaul rata. tunggu 5 minit boleh angkat.


Bes juga makan dengan jelatah timun. hiris-hiris timun n karot. 1 bji bawang merah potong kecil-kecil. 1 batang cili besar hiris nipis. gaul ngan garam dan gula ikut suka korang. mmm dah siap. sedapnya.


Simple kan. sangat sesuai untuk orang yang tak suka lelama kat dapur cam aku. ...


mmmm...skang ni sedang kekenyangan.

Dec 7, 2011

Wordless Wednesday #01




Semalam Ada Kesah...

Assalammualaikum.

Cewahh tajuk tak bleh blah. ye r semalam, punya la siap cantik-cantik (cantik ke?). biasa la pagi-pagi nak pegi keje. baru mandi kan. musti r shantek. turun bawah menuju ke kereta. alih-alih pintu keter tak boleh buka. ntahapaapakan. boleh lak pintu tak boleh bukak. guna manual pon tak mboh. siap kunci keter sangkut kat pintu keter. sungguh la menguji kesabaran. sure nak RM ler keter ni. boring sungguh. maka dengan itu ambil keputusan cuti kecemasan. ye r nak menguruskan keter tu. bila pintu dah boleh bukak tak boleh nak lock la pulak. kang kat tempat keje kang cam ner nak lock pintu. takkan nak biar pintu tidak berkunci di parking. oh no!.

budak berdua tu punya la suka sebab ayah n ibu tak jadi pergi keje. mana tak suka nya. sepanjang cuti sekolah ni dorang dok berdua aje kat umah. bila tau mak pak cuti tak ke melompat ke langit.

So pagi tu berarak ke kedai keter. tak bukak lagi beb. dah siap makan-makan kat kedai mamak maulana terus tunggu kat depan kedai keter tu. igt bukak kol 9 tapi kol 10. mak ai. abeh petrol dok tunggu kat depai kedai tu aje.

Sepanjang menunggu kebetulan ada saloon rambut. apa lagi. terkebetulan plak aku memang nak gunting rambut. memang tepat la. takkan nak dok kat kedai keter tu sampai lebam.

Lama dowh tak bela-bela rambut nih. ada 3 4 tahun dah. sekali aku bukan tudung. terkejut beruk cina tu tengok rambut aku serupa orang giler kata cina tu...kuwang ajau tol. aku baru basuh ambut. tak sikat. dah main sarung aje tudung. tak ke bila bukak ada sket-sket macam antu dlm utan. hehehe. aku memang tak ska rambut panjang beb. tapi aku gagahkan jugak menyimpan sebab cantik kan bila pakai tudung. idak ler lepeor je. tpi nampak gaya ku sudah tidak tertahan dengan rambut panjang yang sentiasa gugur dan perlu perhatian lebih. banyak keje lain lagi nak kerebek. kalau awak tu bujang, buat keje untuk diri sendiri lain la. so cut the craps. potong pendek ler jawabnya. dah siap potong, lagi cina tu kata, ha baru la muda sket, abang pon sayang... piraahhh. walau macam gajah bunting pon laki aku sayang tau!!!...heheh.





Biasalah bila rambut dah macam singa jantan, haruslah dilembutkan dengan stim, vitamin segala bagai r. Masa ni jugak lah rasa cam syok2 je aje kena syampu. kena tonyoh-tonyoh kepala ngan hair dresser tu. Ahhhh...memang terbaik la..




Dia ni memang sungguh-sungguh la menyebok. Memang lari bajet semalam. Nak jugak. Minta rebonding lagi. Yang tu tunggu dulu na. kang tak cukup duit plak. Trim je. Stim juga.



Sungguh la mengada. zaman kamu nasib baik anak. sbb mak kamu kerja dan ada duit. zaman aku kecik-kecik dulu, banyak benda mak aku buat sendiri tau. dari makan, baju, potong rambut dan lain-lain hal banyak benda mak kena buat sendiri yang no cost. takdenya nak makan kat restoran selalu. nak beli baju selalu-selalu. Apa tah lagi nak menyetim-yetim rambut ghoper ini. bertuah ler kamu.
harus bersyukur lebih ok.

Semalam siap beli vitamin rambut dengan hairdresser tu. lepas ni kena start balik bela rambut. semalam dah lembut sket rambut. kena continue.


Alang-alang dah ke kedai baiki kereta. tinted terus. bukan tak pernah tinted tapi tak menepati piawaian aku. aku nak gelap lagi. bukan gelap terus. gelap sket aje. ada promo. maka tinted sket. baru la nampak cantik.



Aqeila menyebok. cina tu nak buat keje. tp duit punya pasai senyum je la.




semua seronok semalam. walau pun hanya berjalan ke kedai kereta. bayi ini juga. bukan main tidor dipangkuan. amat lena. dan lama. sehingga ayahnya mengalamai kekebasan kaki.





mesti seronok kalau hari-hari boleh berlonggok anak beranak macam ni.

ok, terima kasih la kerana membaca ye!!..

Dec 2, 2011

Tepuk amai-amai dapat telor sebijik...



Assalammualaikkum.

Puas cuba uploadkan vedio aqeisa bertepuk tangan sambil menari-nari. Tapi aku punya 3gp. blogspot ni x leh terima. kena convert dulu. which is banyak keje plus aku tak reti. ha tu yang sebenarnya.

Aqeisa bertambah nakal dude!. perrghh... memang makan ati la abang besar sebab sokmo kena jaga adik. adik jatuh abang besar kena. adik mengutip makan ntahhapaapa, abang besar kena. sapa lagi nak harap. standard r. abang besar kena lah jaga adik. jaga kawasan.

Yang adik bertambah aktif dan nakal plus semakin keletah dan seronok bermain. letak kat bawah kang mengutip. segala benda nak ditelannya. ikut dan. jumpa sampah makan sampah. jumpa syiling makan syiling. pendek kata semua benda lah.

tu belom dapat kaki lagi. umur dah genap 12 bulan. sket lagi mesti lagi pening bila nak boleh kehulu ke hilir sendirian. paling dia suka sekarang bertepuk sambil menari.

satu hari tu lepas bertepuk-tepuk atas katil, tertonggeng engko dari atas katil. apa lagi bertelor sebijik rioh sekampong ler.....ketar gigi ler abang besar.


tepok amai-amai belalang kupu-kupu
tepok ramai-ramai menangis suku-suku
hik hik....



/

/

/

/

/

/

/

/





Sian kamu. besar telor tu. terkejut mak noks...



aye pasrah. sebab aye nakai. aye tak kesah bu!.
lepas ni aye buat lagi......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...