Assalammualaikum.
Ini kisah 2 minggu lepas. Sambut birthday Aqeisa. Tak bes r kalau takde entry untuk itu kan, kan? ha....memang jadi keinginan aku nak sambut birthday aqeisa kat taman secara berkelah. ngan adik beradik sambil2 jemput sedara mara sorang berdua. tapi takdenya. berangan aje boleh la. dapat buat kecil-kecilan macam ni pon jadi ler. yang penting adik beradik aku semuanya ado....
Ekceli sambutan ni lewat 2 minggu. birthday aqeisa 19/11. bz kan. lagi pon memang plan nk buat sekali dengan cousins aqeisa. amin & iffa. senang. 1 kali celebrate. Beli kek pon yang sempoi2 aje. kek disponsor oleh Mama Ija. ekceli aku pesan soh beli kek di bakers cottage ke secret recepe ke. malangnya adik aku ni tak tau jalan kat putrajaya ni. yg dorang tau cuma pergi ke alamanda. dapat lah kek carrefour made. jadi ler hek!.
Acara berkelah di persisiran tasik presint 4 putrajaya. putrajaya ni banyakkkk tempat-tempat menarik nak buat lepak-lepak sambil main-main di taman permaianan atau main sepak-sepak bola atau main2 badminton dan sebagainya. persisiran tasik yang panjang, tenang dan damai. Korang cuma bentang tikar dan buat aktiviti memasing. tapi lepas tu jangan lupalah kemas balik kan.....
Acara bermula dengan meniup lilin oleh Amin, Iffa dan Aqiesa. Amin yang ke 4 (bulan 12), iffa ke 1 (bulan 10) dan aqeisa ke satu juga (bulan 11). Seronok dapat sambut ramai-ramai. Riuh adik beradik aku aje kat situ. takde orang beb boleh ler buat bising-bising kat situ. Ekceli kalau buat besar-besaran sikit pon bes. ajak kengkawan, sedara-mara. mesti havoc. next time rrr....
Berebut-rebut. orang ni colek, orang tu colek. penyudahnya kek tu jadi comot. dah lah kek krim. hari panas plakk tu...melepek aje la kek tu. kek tu settle kat situ juga. lepas makan2 ada balance setengah biji, kebetulan ada cik indon tukang sapu taman tu ada buat kerja. bagi kat dorang. rezeki dorang la tu. kitaorang pon senang tak payah bawak balik dah sebab lepas tu nak merayau ke alamanda. mmmm....putrajaya ni mana mau pigi. Alamanda aje yg ada.....
Ini iffa dengan hadiah ikan dari umi. biasalah tetiap tahun, kami adik beradik aje lah yang bagi hadiah untuk anak-anak buah ni. tak payah ajak orang pon tak pe. rai kami-kami aje.
Aqeisa dapat ikan warna purple. suka dia. foto ni diambil masa dia nak terbersin. hehehe...lucu nampak mukanya....
Belah petangnya, bawa semua kanak-kanak ke kolah mandi. oh! seronok sangat le deme ni seme. ok enjoy the pics yo!....
1 comment:
Great post. Looking forward to reading more. Thanks for taking the time to write this.
microsoft 365 backup malaysia
managed cloud backup service malaysia
Post a Comment