Assalammualaikum
Ye. Aku trauma. cemas. takut. runsing. dan macam-macam rasa. selagi aku masih trauma selagi tu semua rasa ini takkan hilang. kenapa aku trauma? aku trauma sebab anak kecil aku hilang. tak lama. 5 minit aje. tapi 5 minit tu lah buat aku trauma hingga hari ini. 2 hari sudah.
Malam tu kami ke downtown The Mines. saja jalan2. malam cuti kan. oh ye! kejadian 30/4 malam lebih kurang kurang pukul 10.30 malam. sampai sana 9.30 malam. orang sangat ramai. pusing 3 4 kali baru dapat parking. biasanya waktu2 begini keadaan masih lengang. tapi tidak malam itu. maklumlah malam cuti.
Ayah dukung Aqeisa yang mulanya dok dalam stroller. Budak besar tu cepat sangat bosan dok dalam stroller. Rasa macam nak jual aje stroller tu. Ye lah, mula2 bawak budak. Tapi kurang 30 min. Lebihnya jadi tempat isi barang. masa nak bayar satu barang yang dibeli, ayah pas Aqeisa pada abang Aqel. Aqel pulak, nak belek barang, diletaknya kejap adik kat bawah. di celah-celah kakinya. itu satu kecuaian yang sangat-sangat,,,,,,,,,, huurrrhhhh...... ni aku tak tahu ni. Tak sampai 2 minit Aqeisa takde di kaki abangnya. Apa lagi la... kelam kabut masing-masing mana Aqeisa, mana Aqeisa....
Aku sangat-sangat cemas masa ni. rasa tak tentu arah sangat. orang ramai. kedai rapat-rapat. Mana nak cari adik ni Aqel. Kenapa lepaskan adik ni Aqel. Memang aku merintih malam tu. aku tak tahu, mana nak celah. Aqel berlari keluar dari situ. cari di celah2 kedai makan. ni budak kecik, mesti tunduk bawah kalau mencari. tak boleh pandang ke depan. kering darah masing masing. Yang Aqeila sebok menjerit nama adiknya. Dia baru 1 tahun 5 bulan. Dia takkan tahu dan takkan perasan.
Mujur Aqel lari ke jalan yang sama dengan laluan Aqeisa. Terjumpa adiknya di depan gerai makan tengah garu kepala. Dia sendiri tak tahu yang dia tu lost.
Walau apa pun syukur Alhamdullillah. Allah masih nak panjangkan umur kita bersama. kurang-kurang aku dan famili dapat pengajaran yang sangat2 besar dari kejadian itu.
Ini kali kedua terjadi namun kali pertama tidak seteruk ini sebab terjadi di Alamanda. Bukan peaktime dan orang tak ramai. Issyyyy...tak boleh diigat2. berderau jantung.
Mungkin selepas ni aku nak consider Baby leash/harness. Memanglah nampak mcm tak berapa nak best. biarlah orang nak kata apa. itu tak penting. yang penting anak aku selamat.
lepas ni berjalan in crowd terpaksa begini. kecuaian memang tak dapat dielakkan. Budak baru dapat kaki suka bebas tak mahu berpegangan. ini lebih baik.
No comments:
Post a Comment