Assalammualaikum.
Ini kisah berbulan-bulan sudah. haha..baru ni nak masuk entry. Untuk rekod peribadi. Masuk je la.
Orang sekarang punya bertunang, berbagai-bagai. Siap berpelamin bagai. Sebelum tuan majlis merasmi, aku tumpang sekilo dulu. Aku dulu tak de tunang beria-beria. Pakai baju biasa-biasa je, pas tu sarung selendang. Done!.
Dia ni pun nak tumpang sekaki jugak. Hei!.. jangan berangan tau. Lambat lagi.
Sepupu aku, Ima dan 2 dari 3 orang anak nya. Yang menyelit tu hazira, anak sedara aku.
Ni ler sepupu yang bertunang tu. Baru grade dari UTM, Skudai. Terus nak kawen. Skang ni dah sebulan lebih dapat kerja as Engineer. Syukur. Mudah dia dapat kerja.
Ima a.k.a. Ebak. Nick name tu sempena kemantulannya. heheh
Ha...orang sekarang. Bukan takat ada pelamin je. Siap bersanding lagi u..... mmm..
elok nikah ke terus, baru jimat belanja. Ni pun datang dari jauh ni, nun dari Kelantan. Akan disatukan Ogos ni, seminggu lepas raya. Insya-Allah.
Yang tadi tu sepupu perempuan. Yang ni sepupu lelaki pulak. Banyak lah kenduri tahun ni. Yang ni bertunang dengan orang dekat2 aje. Maka satu rombongan kami datang.
Tu, adik ipar aku and long. Ramai sungguh rombongan kitaorang sampai duduk pon berhimpit-himpit. Dah lah panas gedegek. Pakai plak baju ketat. Huisyy, sungguh tidak selesa. Rasa nak balik je dah..
Ni ler tunang sepupu jantan aku tu. Lawa budaknya. Pelamin pun cantik juger.
Tapi sepupu yang ni, tidaklah bersanding bagai. Segan katanya.
Bagus!. Reti rasa segan.
Hantaran orang sekarang pon melampau-lampau mahalnya ek. Mcam tak padan dengan kerja. Kan ke jenuh nak mengumpul duit berbelas-belas ribu. Tak cukup duit mulalah nak buat loan. Loan plak kena tanggong bertahun-tahun. Anak darjah 1 pon loan baru abeh kot. Mmmm.... cam ner nak elak ni?. Dah trend kot. Kang malu plak nak tawar menawar. Takut pulak tempelak dek orang, "kalau nak memeluk gunung biar panjang-panjangkan tangan".........
Hmmmmm......*confius*....
No comments:
Post a Comment