Sep 25, 2008

SALAM AIDILFITRI

Lama dah tak masuk ni, skang ni dah tinggal hari-hari akhir kita berpuasa. Kejap je rasa, tak puas lagi dalam bulan Ramadhan, Syawal dah melambai-lambai. Kerja-kerja yang berlambak-lambak tu baru je aku settlekan. Ada la 2 3 pasang baju sendiri yang nak dibuat, final touch up je....Lebih kurang je la raya ni, yang penting ada. Takat hari ni aku blom berkesempatan lagi nak shopping baju2 budak-budak tu, betul-betul lelah kejar masa. Budak2 tu pun suspen je, bila la ibu ni beli baju kita. Tunggu!!!... ibu mesti belikan untuk anak-anak ibu, jangan risau...

Kawan-kawan seme dah sibuk buat biskut raya, sama la dengan aku, mana boleh tinggal, since isnin hari tu aku dah siap beli barang-barang dan start selasa aku buat biskut tart dan semalam aku buat chocolate cornflakes. Cari biskut yang senang-senang je.....tapi lazat......
Di kesempatan ini aku mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. Bagi korang yang beraya balik kampung, hati-hati ya di jalan raya. Nanti tunggu cerita raya dari aku plak!!!...
~ babai ~




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...