Sep 4, 2008

Selamat Berpuasa

Assalammualaikum....

Pejam celik pejam celik dah pun puasa yang ke 4 hari ni. Tak terlambatkan mengucapkan kat kita semua selamat menjalankan ibadah puasa. Syukur pada Allah kerana masih memanjangkan usia kita untuk menjalankan ibadah puasa sekali lagi pada tahun ini dan insya-Allah menyambut Syawal tak lama lagi. Wei!!!!...Belum apa-apa dah nyebok sebut pasal raya ye!!!... hik! hik!... Macam tu la aku, masuk puasa aku dah cukup seronok dah, lebih-lebih lagi tahun ni aku melatih qeila berpuasa. Masa sahur yang pertama, memang semangat la dia bangun, siap makan nasi tambah-tambah lagi. Aleh-aleh pukul 10 pagi dah sebok lapar.... punya la aku beria pujuk-pujuk dia bawak jalan2 pagi tu dan siap belikan toy lagi supaya dia lupa pasal makan, at least bertahan la sampai pukul 2 petg ke. Bila dah dapat toy tu siap janji qeila takkan makan. Dalam pukul 12 tu aku tertidor, biasa la, time makan, bila puasa apa lagi nak buat tidor ler... tak sampai 10 aku terlayang, bila bukak mata tengok dia tengah makan biskut...terkejut aku.....dia kata qeila lapar....la!!!...qeila, ibu ingat qeila nak puasa hari ni....pas sekeping biskut dia telan, terus menangis2 mintak ampun mintak maaf.......... cam tu ler bebudak, takat hari ni dia blom pernah fail bangun sahur tapi belom lagi berpuasa, pukul 8 je dah lapar...ntah ler!!!.......................Aqel pulak cam biasa, sentiasa bertenaga...dia darjah 1 dulu pun dah tamat puasa, jadi kali ni memang takde alasan untuk dia tak berpuasa.

Ok ler, jumpa lagi nanti......Selamat Berpuasa semua ye!!!....

1 comment:

alamanda said...

alhamdullillah yg berdua kat rumah ni, anas dan anis, dah 5 hari puasa. terharu pulak ummu tgk. bila lapar amik towel basah balut kepala. hihihi. mana la diorg dpt idea ni tah. qeila kan masih tadika. tak pe la. taun ni blaja bgn sahur dulu. selamat berpuasa ummu ucapkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...