Nov 20, 2008

Bekam Lintah

Ngeri gitu bunyinya ek.!!!..eeeee...memang la geli...........anyway, ni kisah hubby aku yang buat bekam lintah untuk mengeluarkan darah kotor due to resdung yang amat teruk. Kalau ikutkan dah banyak kali plan nak pergi ke klinik ni tapi baru je last weekend menjadinya. Bekam ni diperkenalkan oleh sepupu aku yang mana dia jugak merupakan pengidap resdung yang tegar (betol ke ayat ni....ntah!!). Memang teruk, katanya sejak buat treatment di Klinik Rozmie Homoepathic ni, resdung dia dah nampak sangat kesan-kesan penyembuhan walau baru sebulan je ambil ubat, dan menurut doktor tu insya-Allah dalam 3 bulan akan sembuh. Tu yang menguatkan lagi ajakan aku pada hubby untuk buat treatment di klinik tu. Ekceli ni klinik homoepathy macam klinik biasa jugak tp semua ubat-ubatan dia berasaskan herba. Bekam lintah ni dibuat untuk sesiapa yang nak sahaja tp doktor rekomen buat bekam ni untuk mempercepatkan proses penyembuhan resdung tu. Tau je la tugas lintahkan sedut darah kotor dan mencairkan darah. Hubby aku memang dah lama mengidap resdung, jangan salah makan! atau tak cukup tidur, mesti dia akan terbersin dan sinus yang berpanjangan dan kerap-kerap. Banyak dah tempat kami pergi untuk mengubati resdung tu dan harap-harap kali ni ada perubahan. Insya-Allah menurut sepupu aku dia pun dah banyak sangat perubahan selepas buat bekam lintah dan ambil ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor tu.... Bekalan ubat untuk sebulan dan tengok hasilnya macam mana. Takat ni baru je seminggu hubby makan ubat tu. Pagi tadi aku tanya dia kata memang ada perubahan...Tunggu je la sampai sebulan nanti. Ni kat bawah ada gambar masa hubby aku buat bekam lintah tu...kalo kome tak tahan baik toksah tengok. Aku tiap kali tengok gambar ni, sure malam kang aku termimpi lintah dok kat muka aku plak....hu..hu..hu aku memang takut benda2 yang kecik dan menggedik-gedik..eeee..... By the way, lupa nak bagitau, bekam ni doktor tu hantar ke spa pulak yang diusahakan oleh isteri dia. Cantik spa tu dan macam2 rawatan ada, yang best nya lintah tu dah macam kawan-kawan dia, siap main jentik2 lagi, idakk lerrr aku!!!!.....

Ok check it out............

Gambar ni diambil dalam masa lima minit selepas lintah diletakkan dan menggigit, yang tak tahan tu, sekor yang kat pipi kanan tu dengan rakus cam kebuluq je!!... tengok dia dah gemok... masa mula2 letak lintah ni semua kurus2..ni aku kumpul kekuatan untuk ambil gambar...walau sebenarnya aku terasa-rasa dia dok kat pipi aku..eeee....

Harga bekam ni ialah RM20 untuk seekor lintah, maximum 3 - 4 ekor je. Tapi hari tu dia caj ktorang RM60 untuk 4 ekor. Sebelum buat bekam doktor akan rawat dulu tahap keseriusan resdung seseorang tu baru dia rekomen brp ekor lintah yang boleh diambil. Menurut pemilik spa tu seekor lintah akan menghisap lebih kurang dalam 1 sudu besar darah. Tapi aku tengok macam lebih je sebab lintah tu memang jadi besar sangat sebelum dia tergolek-golek kekenyangan.......... Kalau resdung, lintah akan di letak di muka, kalo migran di kiri kanan kepala, begitu jugak la yang lain-lainnya. Kata owner spa tu lagi, ramai pengidap kencing manis yang datang buat bekam lintah, especially yang dah luka-luka dikaki dan ada yang tahap nak dipotong.

Ni ler selepas rawatan....kesan darah keluar memang banyak. Darah keluar sampai malam. The next day tu baru darah betul-betul kering. Kesan luka gigitan lintah tu boleh tahan jugak la besarnya. Hari ni hubby aku kata lepas buat bekam tu dia memang rasa lega sangat-sangat. Tidak macam selalu dia rasa hidung dia macam ketat (mcm org kena selsema) dan bengkak setiap pagi. So, dia bagitau, nak buat lagi next month. Well, doktor tu rekomen untuk buat next bekam ialah another 2 months. Dia rekomen 2 3 b ulan sekali buat bekam ni.... Dan kalau dah pulih, tak perlu buat kerap-kerap sangat. So we'll see, ada perubahan ke tidak?...
Kalo kome nak cuba bekam ni boleh ler bgtau aku...nanti aku bagi alamatnya............. dan bajet untuk sekali datang bekam + ubat untuk sebulan lebih kurang RM150.00. Setiap penyakit tu pasti ada ubatnya kecuali mati......no harm trying..............



15 comments:

EMAMIN ENTERPRISE said...

sila anta alamat tmpt klinik tu, ni email sy:

cikin_80@yahoo.com

terima kasih.

MeAsHasma said...

saya berminat utk keterangan lanjut. minta "ym" di beegee_3651490. terima kasih.

dikjuna said...

nak tanya skit.aper ubat dia bubuh untuk hentikan darah yg keluar lepas kena gigit..ader rasa gatal tak lepas tu...

~sally~ said...

assalamualaikum..
sy berminat nk gi klinik ni coz my resdung pn dh tahap gaban ni..mcm payah ja nk idup..tlg bgtau alamat ye..
doubles_ena83@yahoo.com

Karaeng Manessa Al Rashid said...

May I know the address of the clinic & spa. Pse send to my email ahalrashid@gmail.com. Tq maam.

Ihsanic Rabbit said...

Aslmkm..saya menjalankan rawatan terapi lintah dan juga menganjurkan kursus terapi lintah..rawatan utk terapi lintah rm15 seekor.selain itu saya juga mengurut refleksologi.utk keterangan lanjut boleh hubungi saya 019-2793588(nur)

Karaeng Manessa Al Rashid said...

Salam Pn Nur. You still have not answered my question. I would like to know the address of your clinic & spa. Tq.

Karaeng Manessa Al Rashid said...

And what is the fees for the Leech Therapy course that you conduct and the duration?

Khidmat Bekam Lintah said...

rm20 seekor? wow..sy juz jual rm6 je seekor..utk keterangan lanjut boleh sms utk temujanji..tp juz for jb area la ek 0149144437-paan

Anonymous said...

salam,boleh kc alamat tempat and no fon tak? sinus sy teruk sgt dah ni..emel me please..esyateersyahirah@gmail.com

ainasuhana said...

nak tau lah kat mane..
email sye boleh?
oyon.fz@gmail.com

Anonymous said...

bleh bgtau saya tak alamat klinik ni..ni email saya..
hafiz_kmp88@yahoo.com

Anonymous said...

Ada lg x rawatan ni, sy dah lama mengidap resdung..kena habuk skit, terus bersin...kadang2 muka mcm ade benda berjalan je dlm kulit tuh..blh bg alamat kat email ni-faizal31@gmail.com

Anonymous said...

sori-pembetulan..faizal131@gmail.com

Anonymous said...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak pernah memberi kelulusan kepada pusat kesihatan menjalankan kaedah perubatan melalui penggunaan lintah kerana keberkesanannya tidak dapat dibuktikan secara saintifik.

Sehubungan itu, orang ramai dilarang menggunakan lintah sebagai kaedah rawatan yang dikesan tidak selamat dan mampu membawa risiko penularan penyakit berbahaya yang berjangkit melalui darah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata penyebaran penyakit berbahaya itu boleh menular apabila lintah sama yang menghisap darah pelanggan iaitu pembawa kuman, digunakan pula merawat pengguna lain.

“Kita memang tidak benarkan kaedah ini untuk rawatan kerana ia belum terbukti berkesan, termasuk tanggapan lintah menghisap darah kotor juga salah, tiada darah kotor dalam perubatan.

“Berhubung penyakit tibi, berkemungkinan besar seseorang itu boleh berjangkit kerana duduk bersebelahan ketika menjalankan rawatan itu, tidak semestinya oleh kuman dibawa lintah.

“Proses rawatan itu memang mampu memindahkan penyakit berbahaya yang berkaitan dengan darah ketika penggunaan lintah itu. Kesan gigitan lintah juga boleh melambatkan darah beku, ” katanya ketika mengulas kenyataan Pakar Dermatologi Hospital An-Nur, Dr Saadiah Sulaiman, kaedah rawatan berkenaan yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit serta mengeluarkan darah kotor, sebenarnya mendedahkan pelanggan kepada sejenis penyakit batuk kering (tibi) ganjil. Dr Saadiah berkata, setakat ini dua pelanggan sudah berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan susulan selepas dijangkiti penyakit itu akibat terapi terbabit.

Dr Hasan berkata, pada masa sama pengguna diminta memberikan maklumat berhubung pusat rawatan didakwa mampu menyebarkan penyakit terbabit supaya kementerian boleh mengambil tindakan selanjutnya.

“Beritahu kita maklumat di mana pusat rawatan didakwa menyebarkan penyakit tibi itu, kita akan pergi sana untuk ambil tindakan,” katanya. dah dikesan tak selamat, risiko sebar penyakit berjangkit.

Sumber:- BERITA HARIAN 8/2/2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...