Nov 30, 2009

28/11 - Sabtu
Sabtu petang plan nak ke rumah pakteh. Mula-mula nak pergi pagi, tapi banyak sangat halnya, so tukar ke belah petang. Hari ni dia bukan kenduri daging korban yang dibuat di sebelah pagi. Rumah pakteh ni isolated dan jauh sikit dari rumah sedara-mare kitaorang yang lain-lain. Tu pasal tiap kali ke rumah nya, kitaorang akan berpakat dan berkonvoi gitu. Pendek kata kalo pergi sendiri-sendiri memang tak syok langsung. So this time aku konvoi ngan adik beradik aku je 3 keretal. Adik roi tak join sebab dia ada kerja to be done. Cu and famili tak join konvoi kitaorang. Dia tak perlu join pon x per sebab pakcu bawak kereta macam peluru tunggal. Bapak lah laju nye..tak seswai berkonvoi dengan dia....

Sesampai je di rumah pakteh, dorang tengah mengesop...oh memang ler best....tapi aku tak berapa pandai sangat makan-makan sup ni, ndak-ndak pulak yang jenis sedut-sedut dengan straw. Kalo tengok lemak pada tulang tu, dengan minyaknya, memang tak sanggup rasanya aku nak sedut...memang very hi kolesterol. Tapi bagi orang yang memang giler dengan semua tulang-tulang lembu tu, ni lah masanya, takkan nak lepaskan peluang..... Lepas kenduri tahlil malam tu, aku dan adik beradik aku yang berkonvoi tadi balik ke rumah aku di Putrajaya. Makcik-makcik aku semua ajak tidor di sana, tapi kitaorang ada banyak program...Adik roi akan join kitaorang pagi esok....

Bila dah berjumpa tu, macam-macam lah cerita, kadang-kadang tu tak tahu siapa yang bercerita siapa yang mendengar

Sup gear box...
29/11 - Ahad

So apa plan pagi ni?...sementara menunggu adik datang, dah siap breakfast nasi goreng, kitaorang decide bawak budak-budak ni pergi swimming di Pusat Kejiranan Presint 11 yang terletak depan rumah aku aje. Masa puasa hari tu dia tutup berlarutan sehingga lepas raya kerana tiada pekerja. Mujur masa pergi semalam dia bukak sebab dah ada pekerja baru...Ok ler tu, kalau tidak terpaksa pergi swimming pool lain. Masuk kolah beberapa minit hujan la pulak, tapi tak per lah, alang-alang dah basah, lenjan je la hujan-hujan pon. Mujur mak tak ikut, kalau dia ada, mahunya dia bagi budak-budak tu main hujan......Hazira siap terlemas dalam kolam tu, kitaorang pulak tak perasan langsung. Nampak dia macam floating je, ingat dia sengaja, tapi selepas beberapa ketika dia mcm tu jerk, apalagi cepat-cepat la terkam dia, rupa-rupanya di tak pandai nak pusing sebab dia dah jadi macam boya terapung dalam air. Kesian tengok dia masa tu, tapi dah namanya budak, lepas 5 minit sambung mandi balik, walhal tadi dia lah yang terjerit-jerit menangis.......




Tengahari tu adik tiba dengan isteri, nani dan anak sufya...seronok sangat bila adik-beradik kami dah berjumpa dan berkumpul di rumah. Jamu kacang goreng & choc chip cookies....sekali hadap...licin 1 balang each...now, plan masak tengahari la pulak...dan adik roi bagi cadangan untuk ke Muara Ikan Bakar for dinner malam nanti....well....no hal........

So lepas Asar seperti yang dirancang, kitaorang gerak ke Port Klang, konvoi 4 biji kereta. Kata adik dia akan balik ke Bentong terus selepas makan di Muara nanti. Uda dan long akan balik ke Putrajaya dulu dan esok masing-masing akan balik ke Bentong. Seronok dorang, seme menuju ke destinasi yang sama je, x de lansung masalah bila nak bercuti ke, nak tengok mak ke, atau nak balik beraya. Tu lah bagusnya kalau dapat pasangan setempat. Macam aku ni ha, bila dengar cerita je lah dorang dok berlonggok-longgok di rumah mak, balik kerja boleh terus singgah rumah mak. Aku plak, selalu jugak lah merajuk-rajuk nak beraya umah mak masing-masing. Ye la, kalau pergi ke sana, mesti raya sana je, dah 3 4 raya baru balik sini. Mana boleh pagi umah ko petang umah aku...sebab jauh beb!!!...perjalananan je makan 6 jam, tu pon kalo x jem, kalo jem cam baru ni, mau makan berbelas-belas jam baru sampai. Gitu ler kekdah nya. Mujur laki aku ni boleh tolak ansur jugak, thanx ye darl..



30/11 - Monday @ today
Now i can feel the monday blues....and the kids as well...ahhh, so bored when all of them leave us. Hubby working today.....so it juz 3 of us at home. Done with laundry, and sleep, sleep till
feel so headache. So tommorrow start working....tuesday blues la pullokkkk!!!!....
26/11 - Khamis

Hari ni aku cuti tapi hubby aku kerje. Bestnya kalau dia dapat cuti. Plan raja haji nak balik KB tp dah tak dpt cuti. Malam nanti @ malam raya, x payah lah nak balik KB, jalan dah tentu-tentu jam...boring betul kan. Sementara tu dari aku menganga sepanjang hari, jadi jugak aku buat choc chip cookies 2 adunan. Igt nak buat tart tenas tp kemalasan yang amat sangat. Jadi la satu jenis kueh tu. Raya haji je pon, x payah byk2 sgt kueh. 1 cukup la. Long pon buat biskut mazola....

Abang balik keje tiba di rumah lebih kurang pukul 7.30 mlm. Mandi2, sembahyang...gerak kuar rumah juz lepas isyak. Lapar lah pulak kan..singgah di pizza dekat chow kit. Ingat nak order pizza baru yang tengh promo skang ni, tpi tak de pulak. so amek je la apa yang ada. Memang kenyang la.





Kuar dari KL lebih kurang pukul 10 malam. Rasanya hiway karak-kl tu mesti jem, so keluar lewat-lewat sket, takde lah jem tu teruk sangat. Tapi baru je sampai ke Gombak, belum lagi masuk tol, kereta dah bersusun nak keluar dari KL ni. Sampai je ke tol, memang jalan mcam ce#@@# jemnya...memang pesta cahaja merah ler....aku tidor je dalam kter, drebar ler kesian. Aku sedar2 je lebih kurang pukul 12 tgh malam bila abang kata kaki dia dah sakit dan nak lepak kat tepi heway kejap... sambung perjalanan 30 minit kemudian. Lepas je terowong, cannot sustain anymore...terpaksa ikut jalan lama, sebab jalanraya takde pon tanda-tanda dah lega... jalan lama pon byk kereta siap ada accident lagi. Tiba umah mak lebih kurang pukul 2.45 pagi. Perrhhh...perjalanan yang biasa 1 jam 30 minit dah jadi berapa jam....ahhh kira lah korang dengan jari. Makanya dengan itu, tak jadi kami balik ke KB.......

27/11 - Jumaat - Aidil Adha

Pagi-pagi ni x de plan nak masak apa. Rendang dan nasi impit mak dah siapkan malam tadi. Pagi ni nanti abah akan ambil sate yang dia order dari jiran sebelah rumah. Lemang nani bawa dari kampung dia (ayah dia berlemang raya ni). So semua dah complete. Ingat nak buat nasi tomato tapi banyak sangat dah makanannya. Lagiun raya raya haji ni tak de sapa nak datang. Orang seme sebok mengerjakan korban.



Dan raya kali ni aku berpeluang pergi sembahyang sunat adil dan kali ni kitaorang bersembahyang di Masjid Bandar. bawa sekali Aqeila dan Muhammad Aqel bersama. Balik dari solat sunat aidil adha dan selepas sarapan, tak tahu mana nak pergi. Macam biasa lah, tidor ler...orang pon tak de kan....semua dah balik ke rumah mertua masing-masing....lepak depan tv je la......macam tu je lah aidil adha kami berlalu....dalam perancangan tahun depan aje la nak buat korban....

Nov 26, 2009

Dinner & Shopping @ K4, Alamanda

Hari ni Khamis, 26/11/2009, sehari sebelum semua umat islam di dunia ni menyambut Aidil Adha. Dah namanya raya makaramai la jugak yang dah beransur-ansur meninggalkan rumah masing-masing untukbalik ke kampung. Ada yang kerjakan korban atau sekadar menyambut raya dengan keluarga tersayang. Di Putra Damai ni pon lepas-lepas subuh tadi dah ramai yang mengheret beg balik kampung...aku pon balik jugak tp malam kang tunggu abang balik kerja. Tak sabar nya. Hari ni aku cuti. Ingat nak biskut raya sket, 1 jenis je, jangan x de kan...maklumler. Anak-anak aku semua suka makan kueh raya. Mak pon dok tanya-tanya x buat kueh ke...So kejap lagi I will on my mission.

Ha, sebelum tu nak citer sket, ni ler dia gadget baru aku. Laptop acer. Ikutkan ni model lama tp new item...Gua x de hal la, janji boleh guna, bukan aku ni extreme sgt ngan notebook ni. Janji boleh guna dan tak mahal sangat. Laptop ni aku beli dengan harga RM1599 je. Reasonable kan!!!!... Pas tu masukkan streamyx kat umah...Ambil package yang paling murah sekali. RM60 sebulan...kenalah TM buat promo skang ni....kalau korang nak tau, g lah contact dr sendirik ek...cari TM point berdekatan dengan anda...


Malam tadi dengan laparnya pergi meredah ke Alamanda, dinner di Rasa. Punyalah ramai manusia. Kenapa ek?...aku igt orang cuti hari dan malam tadi dah blah ke kampung masing-masing. Rupanya idok...Aqel makan kue teaw sup, qeila plak, makan yee mee dalam kuali...Ntah apa nama menu tu...x tau, abang yang beli. Orang-orang tua dulu-dulu cukup marah makan dalam periuk ke apatah lagi dalam kuali....tp orang sekarang siap masak dan makan terus dari dalam kuali.



Ni nasi claypot...makan dalam periuk....



Bila perut dah kenyaang baru leh shopping2..bukan shopping apa...shopping barang dapur je... maklum ler nak raya..Plak tu ada tetamu raya nanti...

Nov 24, 2009

Am blogging from home

Mulai hari ini aku dah boleh mula berblogging dari rumah. Selama ni dik non, akak selalu guna time time yang tak sebok ditempat keje untuk buat kerja-kerja personal akak. Macam biasa keje ni kalo dapat bz, bz sangat macam dah xde esok nak setelkan keje. Kalo dapat free, naik termuntah sur fing tenet... Ni ha baru kejap td orang streamyx datang connectkan tenet di rumah aku nih.... kira ok la...bukan aku sorang je nak guna tenet ni. Skang ni budak-budak sekolah pon dah start kenal IT since dari darjah 1 lagi. So purpose untuk connect ke tenet ni pon untuk tujuan pembelajaran anak-anak aku jugak. Macam2 benda dah online skang ni. Takat ni aku ada subsribe Zoom-a untuk Aqel. Soalan latih tubi memang banyak. Harap-harap lepas ini dia xde alasan lagi nak buat latihan. Dan moga-moga lepas ni dorang lebih rajin untuk buat latihan. Ye la, tahun depan Aqel dah Tahun 4, dia kena beri lebih tumpuan. Moga lepas ni rajin-rajin menulis kat diary online aku nih...Insya-Allah...ni aku tengah layan jiwang, cetusan rasa Sinar FM dengan DJ Jamal Jamaluddin (Double J)...ok ler, Selamat Malam.

Nov 19, 2009

Sesi Bertemu Sedara Part I

Ni citer minggu lepas. Perkahwinan dua pupu pada aku. Mak dia ngan mak aku sepupu, so betollah kitaorang 2 pupu. Majlis diadakan dirumah arwah tok dorang yang juga tok sedara aku arwah tok teh. Aku ni not in a gud mud nak bercerita so pics tales je la ek.....
Qeila & Alia

Ready to go...

Mantol kali 2...

Eh eh!...gambar sama lak....

Sementera tunggu pengantin sampai di khemah makan...

penoh cawan atas meja, kitaorang bawa ramai kanak-kanak hari tu...


Mak tengah menepung tawar pengantin. Pengantin in orange hari tu...

Seisi keluarga..

Lepas dari rumah pengantin terus gi rumah mak ina. Kebetulan pulak bro jual eskrem yang nek motor tu, lalu, pe lagi, borong eskrim plak.....
~ TAMAT ~

Nov 10, 2009

Las Weekend!!!.....

Biasa r Sabtu aku memang tak kemana-mana, sebab laki aku keje. Lepas kemas-kemas dan masak-masak untuk sepanjang hari aku akan terbaring ngadap TV sampai otak lepas ke belakang rasanya....rasa macam pening-pening gitu!..Korang penah ke rasa cenggitu?.. Kena plak petang sabtu biasa ada citer nostan kan!!...TV2, TV3, Zee lagi..byk r...biasanya TV2 citer best2 gitu!...lagi ler, tak bergerak la, kat depan TV tu......memang syok lah layan TV. Agak-agak penat gi ke dapur makan. Tu pasal aku suka pagi-pagi masak terus banyak untuk makan tengahari bagai.. senangkan..budak-budak pon tak banyak kerenah, makan je apa yang ado...

Bila ayah dorang balik je dari keje terus ke ajak swimming pool. So, melompat keriangan ler, lepas maghrib terus kuar umah....kitaorang jadi peserta pertama sesi malam. Sikit info pasal kolam renang presint 6, sesi malam mula dari 8 - 10 malam. Setiap hari Selasa dan Khamis adalah lady's day...so yang pompuan2 yang sangat pemalu tu boleh le datang hari2 tersebut. Sepanjang selasa dan khamis.

Seronoknya swimming malam ni, tak de matahari, so tidak ler terbakar kulit tu...infact lagi seronok sebab orang pon tidak ler ramai mana, tapi masih lagi ada orang... So moh tengok gambar bebudak nih...mak pak budak x yah amek lah ek...ngeri jeck dok bergambar tetepi kolam nih...kui kui kui....

Aqeila ready to go....


Aqel minta diambilkan gambar masa dia terjun, tapi masa snap dia dah pon trojon...


Garang nyer!!!....


Apa yang dibuat dek orang kat belakang tu?!!...

Kuar dari kolam renang lebih kurang kol 9.30 malam... mandi-mandi..get out from that place around 10.00 o'clock...heading to kedai mamak for roti canai...mesti makan beb!...tadi buat lebih kurang 15 lap.....penat ooo...tercungap-cungap...

Kol 11.00 balik umah terus lelap......ZZZZZ...END OF THE DAY.....

Celik-celik je mata on Sunday, terus bertanya, where to?....tak reti tol nak dok umah... Ok lah, moh kita kuar cari breakfast. Cari punya cari, lepas ke Shah Alam. Teringat satu kedai ni berdekatan dengan taman perumahan seksyen brp ek?..lupa lah, bersebelahan dengan Masjid Besar Shah Alam. Memang best tempat ni, very variety. Ktorang tiba lebih kurang pukul 9.45 pagi. That time, lauk makan tengahari pon dah start kuar. Ingat nak breakfast je, tapi tengok lauk yang banyak terus capai nasi makan tengahri terus la....best r tempat ni, aku tengok laki aku makan amboi, mentang2 kedai orang kelantan, macam2 yang dia amek.....tp standard lah aku, dah kenyang baru tingat nak snap gambar...so layan je la apa yang ada


NI lauk aku amek, x berapa terang...aqel ayam goreng + udang sambal. Aku rendang hati lembu, sambal kacang & kerabu mangga. Sedap sangat kerabu mangga tu....


Qeila makan laksam + roti canai....


Nasi kerabu. Sedap dia membedal...cukup marah dia, aku snap gambo dia tgh makan...sori bang ek!...sj nak kasi masuk blog....heheheh...

Licin dah ...nanti kalo mak & abah datang boleh bawak dorang ke sini..*wink*....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...