Nov 30, 2009

28/11 - Sabtu
Sabtu petang plan nak ke rumah pakteh. Mula-mula nak pergi pagi, tapi banyak sangat halnya, so tukar ke belah petang. Hari ni dia bukan kenduri daging korban yang dibuat di sebelah pagi. Rumah pakteh ni isolated dan jauh sikit dari rumah sedara-mare kitaorang yang lain-lain. Tu pasal tiap kali ke rumah nya, kitaorang akan berpakat dan berkonvoi gitu. Pendek kata kalo pergi sendiri-sendiri memang tak syok langsung. So this time aku konvoi ngan adik beradik aku je 3 keretal. Adik roi tak join sebab dia ada kerja to be done. Cu and famili tak join konvoi kitaorang. Dia tak perlu join pon x per sebab pakcu bawak kereta macam peluru tunggal. Bapak lah laju nye..tak seswai berkonvoi dengan dia....

Sesampai je di rumah pakteh, dorang tengah mengesop...oh memang ler best....tapi aku tak berapa pandai sangat makan-makan sup ni, ndak-ndak pulak yang jenis sedut-sedut dengan straw. Kalo tengok lemak pada tulang tu, dengan minyaknya, memang tak sanggup rasanya aku nak sedut...memang very hi kolesterol. Tapi bagi orang yang memang giler dengan semua tulang-tulang lembu tu, ni lah masanya, takkan nak lepaskan peluang..... Lepas kenduri tahlil malam tu, aku dan adik beradik aku yang berkonvoi tadi balik ke rumah aku di Putrajaya. Makcik-makcik aku semua ajak tidor di sana, tapi kitaorang ada banyak program...Adik roi akan join kitaorang pagi esok....

Bila dah berjumpa tu, macam-macam lah cerita, kadang-kadang tu tak tahu siapa yang bercerita siapa yang mendengar

Sup gear box...
29/11 - Ahad

So apa plan pagi ni?...sementara menunggu adik datang, dah siap breakfast nasi goreng, kitaorang decide bawak budak-budak ni pergi swimming di Pusat Kejiranan Presint 11 yang terletak depan rumah aku aje. Masa puasa hari tu dia tutup berlarutan sehingga lepas raya kerana tiada pekerja. Mujur masa pergi semalam dia bukak sebab dah ada pekerja baru...Ok ler tu, kalau tidak terpaksa pergi swimming pool lain. Masuk kolah beberapa minit hujan la pulak, tapi tak per lah, alang-alang dah basah, lenjan je la hujan-hujan pon. Mujur mak tak ikut, kalau dia ada, mahunya dia bagi budak-budak tu main hujan......Hazira siap terlemas dalam kolam tu, kitaorang pulak tak perasan langsung. Nampak dia macam floating je, ingat dia sengaja, tapi selepas beberapa ketika dia mcm tu jerk, apalagi cepat-cepat la terkam dia, rupa-rupanya di tak pandai nak pusing sebab dia dah jadi macam boya terapung dalam air. Kesian tengok dia masa tu, tapi dah namanya budak, lepas 5 minit sambung mandi balik, walhal tadi dia lah yang terjerit-jerit menangis.......




Tengahari tu adik tiba dengan isteri, nani dan anak sufya...seronok sangat bila adik-beradik kami dah berjumpa dan berkumpul di rumah. Jamu kacang goreng & choc chip cookies....sekali hadap...licin 1 balang each...now, plan masak tengahari la pulak...dan adik roi bagi cadangan untuk ke Muara Ikan Bakar for dinner malam nanti....well....no hal........

So lepas Asar seperti yang dirancang, kitaorang gerak ke Port Klang, konvoi 4 biji kereta. Kata adik dia akan balik ke Bentong terus selepas makan di Muara nanti. Uda dan long akan balik ke Putrajaya dulu dan esok masing-masing akan balik ke Bentong. Seronok dorang, seme menuju ke destinasi yang sama je, x de lansung masalah bila nak bercuti ke, nak tengok mak ke, atau nak balik beraya. Tu lah bagusnya kalau dapat pasangan setempat. Macam aku ni ha, bila dengar cerita je lah dorang dok berlonggok-longgok di rumah mak, balik kerja boleh terus singgah rumah mak. Aku plak, selalu jugak lah merajuk-rajuk nak beraya umah mak masing-masing. Ye la, kalau pergi ke sana, mesti raya sana je, dah 3 4 raya baru balik sini. Mana boleh pagi umah ko petang umah aku...sebab jauh beb!!!...perjalananan je makan 6 jam, tu pon kalo x jem, kalo jem cam baru ni, mau makan berbelas-belas jam baru sampai. Gitu ler kekdah nya. Mujur laki aku ni boleh tolak ansur jugak, thanx ye darl..



30/11 - Monday @ today
Now i can feel the monday blues....and the kids as well...ahhh, so bored when all of them leave us. Hubby working today.....so it juz 3 of us at home. Done with laundry, and sleep, sleep till
feel so headache. So tommorrow start working....tuesday blues la pullokkkk!!!!....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...