Jan 31, 2011

Senyummu, Resahmu, Tangismu....Oh Indahnya

Alhamdullillah, semalam 30 Jan 2011 selamat dan selesai sudah sunat muakad kami iaitu untuk mengaqiqah anak-anak kami. 2 ekor kambing tumbang kelmarin untuk majlis itu. Walaupun hujang sepanjang hari, namun tetamu yang dijemput tetap hadir. Alhamdullillah, majlis berakhir dengan kenangan yang begitu indah sekali. Mohon pada Allah agar kami tabah membesarkan anak-anak kami dan moga kami dapat mendidik mereka menjadi khalifah dimuka bumi Allah ini. Allah blessed.......
Lihatlah gelagat anak-anak kami....
NUR AQEISA BINTI MOHD ZAINUDDIN
dan
IFFAHANI IMAN NUR BINTI SHAMSUL RIZAL
Tengok gambar aje la ek.....














Ni masa majlis. Sungguh bad mud.

Jan 29, 2011

Meragam......

Semalam perjalanan yang sangat mencabar. Mulanya nak gerak malam nanti. Tak sabar dah kekdahnya, petang tu jugak kami keluar. Aqeisa tengah tidor dalam buai main angkat aje, dengan harapan yang sangat tinggi biar dia terus sambung tidor dalam kereta nanti. Tapi biasa lah lain yang diharap lain pula yang jadi. Keluar aje dari simpang Putrajaya ni, Aqeisa mula merengek. Mula sikit, sikit, lama-lama makin kuat sikit, kuat lagi....penyudahnya meraung dalam kereta. Mak aiii....kepala aku mula dah pening nih....dah lah dok belakang kena plak buat berbagai gaya....nak termuntah akak dibuatnya....
Aqeisa menangis dan terus menangis siap tercekik-cekik lagi. Dah macam gaya buat dia tapi masih tak menjadi. Puas gak abang dan kakak mengagah itu dan ini pun tak menjadi....isyyyy....sabor je la budak qeisa ni... Nak berenti jalan punya lah jem....sakit jiwa woo....
Sampai satu tahap dah tak tahan, lepas dkt2 45 minit menangis, nak tak ndak berenti jugak di tepi jalan.....dah nak gi tempat yang selesa jalan kussssmangat sesak.... nampak satu pot di tepi Sungai Besi dekat dengan restoran cina, kitaorang berhenti. Dengan senja kala....orang tengah azan. Bawa dia keluar kereta, baru la diam.....

Ni ha jalan yang amat ler jem....Belakang ni sket ada restoran cina.....kalau restoran melayu sure makan punya. Perut tengah lapor ni....


Tepi airport sungai besi...nampak nun jauh tu...ayah dia tengah mendodoi nak kasi dia calm down. Bila dia dah tidor lega rasanya....senjakala masa ni orang tengah azan. apa nak buat. dah tak mau dok dalam kereta. Masukkan dalam kereta dan mulakan perjalanan balik. Tak sampai 5 minit bergerak menangis balik. Kali ni lagi kuat...aduyaiiii......tak de tempat nak berhenti ni nak oiii....

Sekali lagi nak tak nak berenti kat Muzium. Dengan malam pekat ngan pokok besar-besarnya...isyyyy....malas nak pikir yang mistik-mistik walau hati perut ni tak abeh-abeh terlintas benda-benda tak baik.... Mr mama ni marah pikir yang bukan-bukan..... Berhenti kat sini lama sket, dia pun tak mahu dipujuk terus menangis...apalah yang tak kena ni....
Last-last nekad teruskan perjalanan sampai masjid negara, dekat aje depan tu tp jalan la jem, tu yang jadi panjang tu. Sampai di masjid, terus mandikan dia ngan air paip...mak aiii, menjerit sekuat-kuat hati dia....sampai kitaorang naik panik. Tapi pujuk-pujuk dia. Lepas mandi, bedak-bedak, tukar baju. Bagi susu...........

Dah lelah penat melalak akhirnya tidor...perrgghhhhh...lega.......
Akhirnya dia tidor.......terus jalan ler...Nak berenti makan pun dah rasa cam tak lalu aje...takut dia terbangun dan sambung nangis....
Sampai rumah mak pukul 11 malam.....mujur dia terus tidor sampai ke pagi...
Macam ni ler bila beranak kecik ni...macam2 kena predict. Dan sepatutnya bersedia mental dan fizikal sebelum memulakan perjalanan dengan anak kecil.....

Jan 26, 2011

Pre Trial Gown

Hujung minggu ni kitaorang nak buat kenduri aqiqah dan cukur jambul untuk Iffa dan Aqeisa. Sungguh ku tak sabar. Aku dah buatkan si cute berdua tu baby gown untuk majlis tu nanti. Mama (Ija) requested to have pink colour.... nice jugakkan pink. Maka siap sudah gown itu. Mudah dan simple..... Tak sabar tengok dorang pakai. Mama dah belikan all the girls headband and tight for Qeisa dan Iffa....
Moh see the pics....
Gown for the girls... letak lace sket, satin dan net...
Letak sket ready made ribbon flowers...sempoi...1 hari siap 2 gown.....
Skang moh lihat aksi Qeisa menggayakan gown itu.....Dia pakai dengan tshirt di dalam... saja je malas nak tanggalkan, nanti bad mud plak...payah nak bukak tanggal baju dia....

Huarrghhhh....mengantoks ler bu......

Eh!!....kita suka la ibu....


mmmmm.......am I look nice wit this gown????....

Arrhhhh....comelnya baby ibu ni....
Kakak Qeila jeles bila ada 2 baby gown..tapi takde pun untuk dia...
Untuk kakak dan abang ibu dah sediakan baju kurung satin dan baju melayu...tak payahlah pakai gown, dah besar kan!!!!!....
Tak sabar nak tunggu majlis tu kan....
must be more pics to upload....WAIT ha!!!...

Jan 25, 2011



Dari Khamis cuti Thaipussam minggu lepas keje aku makan, makan, makan... Makan diluar dan masak dirumah...aktiviti tiada lain selain makan. Nampaknya cuti panjang ni tidak membantu lansung aku dalam menguruskan badan. Teringat masa cuti bersalin Aqeila tahun 2002, aku punya lah berjaya sampai balik opis kawan-kawan semua terkejut gitew!!!... Mana taknya...aku berjaya kurangkan lebih 20kg...owwhhhh.....aku sendiri pun terkejut...T_______T
Maka ramai lah yang bergegas memohon 'perghhhtua' giteew....heheheh
Berangannya konon-konon kali ni nak ler buat gitew lagi walau berat kali ni amatah 'terkontrol' sehingga berat tidak naik sebegitu mencanak seperti dulu......tapi nampaknya misi kurang berjaya....hmmmm....just cant help myself when i c food, u know!!!....I'm a fud lover.....mmmm

Semalam 2nd time makan di Old Town White Coffe...mmg x pernah jenguk before tempat ni before...... hari Khamis Thaipusam hari tu gi mencuba....harga not bad tapi kalau dah se'gondola' yang makan, sure 'parap' gak....
Malam tadi anak2 nak pergi lagi...Budak-budak ni kalau dining out memang ler suka bebenor...taste sangat tinggi mengalahkan bapak dorang ni 'manager estate'........Kalau tanya nak makan mana tak pernah suggest tempat bajet corner.......semua tempat 'mencekek' corner.... sekali makan (yang tak berapa nak kenyang ok), dah dekat2 RM100..... balik umah cari biskut lagi buat xtra-xtra....Part ni aku memang gagal educate anak aku untuk control fud intake.....
Dorang ni semua dah nak cecah obesiti.....hellllppppppp!!!!!!....Bila time-time nak control makan, rasa macam kesianlah pulak.... Harap-harap masa berlalu anak-anak akan sedar tahap kesihatan yang baik untuk diaorang just like me........
Old Town White Coffe Alamanda....
All-he-can-eat boy...Sama berat dah ngan pak dia ni..hu hu....
Katanya nanti naik sekolah menengah, dia gerenti akan kurus.....'Kita gerenti ibu!'... Harap-harap lah sayang....walau kuat makan, dia sangat aktif bersukan dan bermain....cuma dah jenis baka badan besar......cuma terlebih kilo not deny ler.....

Mr Mama - rajin jaga anak dia ni......
Ahkak goyang kaki aje sejak anak yang dulu-dulu lagi.....

US............

Budak debab dua orang ni tak sabar tunggu makanan datang...walaupun kuat, banyak benda yang dorang tak suka especially Aqeila. Goreng makan mee, semata mee aje yang dia nak, yang lain-lain (udang, sotong, ayam...sayur la...) semua dia buang............


Sebahagian dari fud yang diorder...tak amek gambar seme malas...ibu pun ketar kepala nampak makanan....T_____________T.......
Ye la...habit2 makan banyak ni mana lagi dapat kalu bukan dari mak pak dorang....heeheh....mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi....
anyway, rezeki jangan tolak...musuh jangan dicari.....
Meh.....makan-makan......more aktiviti makan-makan to go....Check it out...


Jan 13, 2011

90 hari dalam perjalanan

Aku patutnya ambil cuti bersalin 60 hari aje... sebab aku pikir mesti cuti 90 hari yang diumumkan najib tu efektif mulai 2011. Tapi am so lucky sebab dipercepatkan mulai bulan 10/2010. Walau pun pekeliling keluar lewat dalam awal Disember, tapi kurang-kurang aku hepi sebab aku boleh ambil cuti sehingga 90 hari. Tak perlu la nak amek pot cuti tu diperuntukkan sebanyak 300 hari dalam servis ke hape ke...sebabnya cuti yang aku ambil ni untuk pertama kalinya dan terakhirnyA. Lepas ni tutup kilang dah. NO MORE HOKEY!!!!...

Kalau cuti sebelum2 ni lagi sehari dua nak start keje baru aku balik ke rumah sendiri. Lebih seronok tinggal berlama-lama di rumah mak. Ya la..time tu mana ada anak sekolah bagai.. mak suka, aku pun suka. Most of the time mak yang jaga baby dan ramai pulak tukang dukung baby. Mandikan, basuh pakaian baby... pendek kata tugas aku jadi ibu masa tu cuma berikan susu aje, tu pun pasal susu badan, masa Aqel dulu susu botol lagi aku tak buat apa-apa... nama aje beranak tapi tak jaga anak...hehehhe.....

Tu dulu....DULU OK..... sekarang tak sama. Habis aje pantang sekolah pun dah mula. Kena lah balik umah sendiri. Anak-anak nak sekolah. Nak makan jugak.... kena la memasak, mengemas bagai secara sendirian berhad. Mujur jugak lah budak dah besar-besar boleh lah diharap takat nak kemas bilik sendiri, angkat pinggan makan sendiri. Pendek kata senang juga..... takde la susah mana...kena lak pak dorang ni pon bagus...rajin mengemas dan menolong aku....

So jadinya!!!...Bila semua dah keluar rumah, maka tinggal ler aku berdua dengan baby Aqeisa ni. Berulit, berpeluk, berdukung..... ber'breasfeed' dengan esklusifnya.....bak gayanya seperti aku ni tidak akan pernah meninggalkan rumah ni untuk keluar bekerja.....perghhhhh..... seperti seorang suri rumah lagaknya aku.... hmmmm...Aqeisa setakat 56 hari ni TIDAK MAHU susu botol, TIDAK MAHU tidur keseorangan tanpa ditepuk, TIDAK MAHU berjaga TANPA didukung, TIDAK MAHU ditidurkan TANPA didodoi........ADOIIIII....semuanya TIDAK MAHU....apa yang kamu mahuuuu....
- Nak puting tetek tu duduk aje dalam mulut hingga dia tertidur. Bila tersedar, maknanya standby.....
- Nak tidur bertepok berdodoi bagai DAN jangan sesekali TINGGAL DAKU......tahu aje bila orang takde dekat-dekat dengan dia....
- Bila tersedar, please dukung I, I nak jalan-jalan.....

Wah! wah!...takat hari ini, sungguh lemak merdunya dia...... Well!...tak boleh salahkan dia kan...kalau tak diajar begitu, takkan jadi begini (???)........Aqeisa sungguh manja sebabnya 8 tahun kami tidak beranak kecil. Beruntung sebab ada abang dan kakak yang sentiasa nak dukung adik, nak tidurkan adik dan segala macamlah. Dah jadi macam barang mainan la pulak.....

Ni ha masih ada berbaki 34 hari cuti, lebih kurang sebulan lagi. Yang penting aku kena ajar Aqeisa menggunakan botol which is setakat hari ini memang mission failed. Dia menangis diberi susu botol. Mungkin puting silikon tu keras nak dibanding dengan nipple ibunyakan...nak kena try puting getah yang kuning tu pulak la.... banyak dah try n error kat Aqeisa ni tapi masih belum berjaya. Tinggal berdua ni aku malas nak try apa2, kang dia melalak aku sorang-sorang ni risau la plak. Lagipun kata orang kena orang lain yang bagikan botol tu baru dia nak, kalau selagi dia bau ibu dia selagi itu dia takmau berbotol..

Aku pun semakin seronok duduk umah berulit dengan dia. Makin hari makin sayang yang mendalam. Rindu yang padu......Cinta yang amat..... Macamana nak hantar Aqeisa ke pengasuh nanti. Bertemu ke aku dengan pengasuh yang jujur dan ikhlas seperti Ain yang pernah jaga Aqeila dulu...huh!!!!!....boring pulak bila mengingatkan itu semua...... Mampu ke ibu nak ke kerja dengan tenang ni?....Siapa yang akan menangis nanti ni?....Aqeisa ke IBU?....mmmmmm....

Jan 11, 2011

11 Jan 2011 Selasa...

Pagi ni berbual dengan mak over the phone. Berbual tentang persiapan kenduri Aqiqah Aqeisa dan Iffa penghujung bulan ni. Pada awalnya nak buat 5 Feb tapi memandangkan kenduri banyak sangat dan kumpulan marhaban tak free pulak. Takpe lah....kedepan kan sket. At least minggu depan cuti raya cina tu boleh berjalan-jalan....

Pasal kenduri tu dah sepakat dengan uda untuk catering. Mak memang keberatan nak katering, tapi bila kenangkan masa dan kederat mak turut aje. Tapi dalam turut-turut tu mak ada jugak planning nak masak sendiri untuk 50 orang katanya. Takut kalau-kalau jemputan melebihi bajet. Oklah itu dia punya backup plan. Kawan dia, sedara mara dia ramai. Bagi aku tak de apa-apa yang nak dirisaukan sangat. Kawan-kawan aku berapa kerat aje. Sedara-mara belah hubby mungkin sorang pon takkan datang.....sebab distance...mungkin anak-anak sedara aje yang sekitar KL ni mungkin datang...MUNGKIN aje!!!....mungkin juga tidak akan pernah cuba untuk datang.. suka ati la.....Rite!!!!....mak dah berjumpa dengan caterer tu...dan diberitahu seekor kambing harganya RM950 siap masak...ummmakkkk aiii...bapak la mahai nya...2 ekor RM1900....perrghhhhhh....kalahkan seekor lembu... apa nak kata, dah kita nak. Tidak..tidak ada berbagi rasa atau pun nak mengeluh cuma terkenangkan masa kini yang serba-serbi berduit. Takpe lah, kenang banyak-banyak kang jadi tak ikhlas pulak nak mengaqiqahkan anak sendiri. Rezeki ada, boleh lah. Caterer tu pun kata barang masak dah naik harga dan mahal skang ni. Agree!...Tu pun dia charge RM6 aje 1 kepala. Ok lah tu kan.... Rezeki yang ada dikongsi bersama. Tu kalau plan masak sendiri lebih kurang aje regenya tu...ngan kederat lagi nak dikeluarkan...dengan berkecah itu ini.... Ni pun dengar cerita ramai yang nak menyumbang. Dengarnya long nak buat pulut dan rendang. Nani nak bagi coklat...Hmmm kita tengok lah nanti majlis tu ye!!...Doakan semuanya selamat mengikut plan aku dan uda suami isteri....
Ni aksi Aqeisa pagi tadi. Baru lepas mandi, lepas menyusu...perut kenyang hati pun riang, tidor dengan tenang....






Jan 10, 2011

Isnin 10 Jan 2011 AKU DALAM BLUES

Kalau gi kerja boleh la kata hari ni monday blues... tp dok umah pon terasa ala-ala blues gitu...

Sunyi lak rasa tinggal berdua aje dengan Aqeisa. Dia pulak asek tidor aje. Sangsi plak dalam hati, normal ke baby 53 hari asek tidor aje. Waktu berjaganya kejap aje. Kurang 10 min sure nak tidor balik. Jaga pun sebab nak susu atau pampers basah. Normal kot ek....

3 4 hari ni Aqeisa asek berak-berak aje. Mula-mula ingat biasa tp hari ni berak dia siap berbuih-buih lagi. Ni dah tak normal ni. Pas tu dia macam bersedak-sedak dalam tidur. Suspen aku dibuatnya. Puas aku ingat-ingat balik pengalaman menjaga abang dan kakaknya dulu tp haram aku tak ingat. Terasa macam baru ber'anak' aje kekdahnya. Sentiasa berdebar. Ndak-ndak pulak bila dia macam tersemput-semput bernafas.

Ingat petang nanti nak bawa Aqeisa visit doktor. Nak jugak tanya doktor kenapa Aqeisa selalu muak susu sampai keluar dari hidung bagai. Pelik betul la. Dah lah aku sorang-sorang kat rumah ni. Macam-macam aku pk kan. Minggu depan nak bawak mak datang sini la. Boring dan sunyi yang semacam menghimpit jiwa raga. Punya lah sunyi sampai jiran atas umah bukak pintu pon boleh dengar.....bunyi lori lalu kat heway nuuuunnnn jauh tu pon boleh dengar dengan ekor telinga (??). Jiran-jiran kiri kanan seme bujang (seme gi keje)......kalau ada pun tak 'mesra'.........hmmmmm.... apa la nak jadi hidup kat sini.... kalaulah ada kecemasan sapa lah nak dicari....kalau call laki, sejam baru sampaiiiiii..... mati biru ler......(mintak jauh!!!)...

Boring la weiiiii....apa lagi ni??????...... nak memasak garam abeh lah pulokkk!!!.... nampak gayanya betapa aje ler ataih katil ni ha!!!....tunggu rescue......owwwhhh...aku memang dalam BLUES.........

Jan 5, 2011

Dia Dah Meniarap

Dalam usia 46 hari Nur Aqeisa sudah meniarap. Cepat benar pulakkan!!... Nak banding dengan abang kakaknya sebelum ni. Rasa cam teruja pulak. Meniarap kali yang ketiga sempat dirakam. He he sungguh teruja. Lepas ni memang tak boleh biar dia terlentang sendiri, sure dia akan meniarap kalau tak di bedung. Biasa la baru belajar meniarap, nak pusing balik tak reti. Kalau tak sedar takut plak dia lemas sendiri nanti. Bertambah banyaklah keje ibu sayang!,,, kena monitor kamu selalu.


Aksi Aqeisa meniarap....
Pada sebelah paginya, ajar Aqeisa menyusu menggunakan botol. Nampaknya gagal. Ibu mesti ajar kamu menyusu dengan botol supaya senang ibu ke kantor... hehehe..ni la akibat terlalu banyak nonton drama indon...apa nak buat...cuti-cuti panjang ni menganga depan tv aje ler...
Berbalik pada mission menyusu botol ni kena train lagi. Kalau tidak jadi ler macam kakaknya Aqeila dulu. Memang lansung tak mahu susu botol. Masa di jagaan taska tidak mahu menyusu dan selalu lah menangis.........susah lah dok ngan orang...orang pon banyak keje lain dik!!!... bukan nak jaga awak sorang aje!... Takpe lepas ni kita try lagi ek!!!...panjang lagi cuti ibu ni ada 44 hari lagi... *wink*

Mission yang gagal......hu hu

Jan 2, 2011

Semalam Kita Berkampung...Hari Ini Kita Bersurai..

Seswai tajuk gitu....setelah lebih dari sebulan lebih berkubang menghabiskan cuti berpantang di rumah mak di Bentong, setelah sekian lama seronok dikelilingi adik beradik, riuh rendah dengan anak dan anak-anak buah yang asek main, bergaduh, pas tu makan tak henti-henti, maka hari ni ler penamatnya. Holiday dah tamat hokay...moh kita balik ke sarang kita semula...ohh sungguh sadis gitew!!!...nangis boleh!!!...

Esok pun sekolah dah mula...maka rutin harus bergerak semula seperti sedia kala. Mahu atau tidak segala-gala harus dimulakan semula...Setelah selama sebulan lebih segala dipamper oleh keluarga...mulai esok..with no excuse semua kena buat sendiri. Terima kasih banyak-banyak dekat keluarga tersayang lebih-lebih mak dan long...hu hu hu...sedih la...lain macam benar rasa bila sampai di rumah ni....rasa nak nangis guling-guling tau!!!!


Ini pagi tadi. Kelur breakfast sama-sama di Restoran Saidini Omar, Chegar Medang, Bentong


Aqeisa n ayah...mujur dia sporting...tak banyak ragam bila time ayah n ibu nak makan...
Long n famili...Adik sabar aje tunggu roti double dia sampai..


Sempat bergambar beramai-ramai biarpun tak cukup korum...lepas bergambar ada drama air mata sket. Maklum ler lepas lama berjumpa tetiba nak berpisah gitu kan...Sakit orang yang meninggalkan, sakit lagi orang yang kena tinggal a.k.a. mak dan abah. Ye lah, dah lama umah riuh rendah dengan anak cucu tetiba aje sunyi sepi tak ke haru jiwa raga.....huhu...apa nak buat ...kena la hadapi kenyataan....hik hik
So off to Putrajaya....On the way nk singgah ke Sogo jap...


Long bagi car seat pada Aqeisa...Ahhhh lega gak, tak perlu pangku dia sepanjang perjalanan...
Ok gak, tapi ibu tak boleh jugak nk tidor sebab ibu tak biasa duduk kat seat belakang, kepala ibu pening. Abang Aqel pun tak boleh duduk depan, suspen katanya...heheh...padan lah dia asek terkejut-terkejut aje ndak2 plak ada bas memotong.......
OK..buka pintu rumah dengan beratnya hati...Petang ni Aqeisa menangis seboleh-bolehnya. Menangis yang tak pernah dia buat selama dia melihat dunia takat hari ini. Agak dah pun...baby kan tukar tempat mulalah menangis sekuat-kuat hati. Dah prepare walau aku suspen aje!!!...Dalam hari akupun menjerit-jerit melalak memanggil makkkkkkkkkkkk.......
HEHEHHE......rasa macam rindu sangat-sangat ngan mak......
nak NANGIS kejap r......Adios!!!!!! Gud nite

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...