Jan 13, 2011

90 hari dalam perjalanan

Aku patutnya ambil cuti bersalin 60 hari aje... sebab aku pikir mesti cuti 90 hari yang diumumkan najib tu efektif mulai 2011. Tapi am so lucky sebab dipercepatkan mulai bulan 10/2010. Walau pun pekeliling keluar lewat dalam awal Disember, tapi kurang-kurang aku hepi sebab aku boleh ambil cuti sehingga 90 hari. Tak perlu la nak amek pot cuti tu diperuntukkan sebanyak 300 hari dalam servis ke hape ke...sebabnya cuti yang aku ambil ni untuk pertama kalinya dan terakhirnyA. Lepas ni tutup kilang dah. NO MORE HOKEY!!!!...

Kalau cuti sebelum2 ni lagi sehari dua nak start keje baru aku balik ke rumah sendiri. Lebih seronok tinggal berlama-lama di rumah mak. Ya la..time tu mana ada anak sekolah bagai.. mak suka, aku pun suka. Most of the time mak yang jaga baby dan ramai pulak tukang dukung baby. Mandikan, basuh pakaian baby... pendek kata tugas aku jadi ibu masa tu cuma berikan susu aje, tu pun pasal susu badan, masa Aqel dulu susu botol lagi aku tak buat apa-apa... nama aje beranak tapi tak jaga anak...hehehhe.....

Tu dulu....DULU OK..... sekarang tak sama. Habis aje pantang sekolah pun dah mula. Kena lah balik umah sendiri. Anak-anak nak sekolah. Nak makan jugak.... kena la memasak, mengemas bagai secara sendirian berhad. Mujur jugak lah budak dah besar-besar boleh lah diharap takat nak kemas bilik sendiri, angkat pinggan makan sendiri. Pendek kata senang juga..... takde la susah mana...kena lak pak dorang ni pon bagus...rajin mengemas dan menolong aku....

So jadinya!!!...Bila semua dah keluar rumah, maka tinggal ler aku berdua dengan baby Aqeisa ni. Berulit, berpeluk, berdukung..... ber'breasfeed' dengan esklusifnya.....bak gayanya seperti aku ni tidak akan pernah meninggalkan rumah ni untuk keluar bekerja.....perghhhhh..... seperti seorang suri rumah lagaknya aku.... hmmmm...Aqeisa setakat 56 hari ni TIDAK MAHU susu botol, TIDAK MAHU tidur keseorangan tanpa ditepuk, TIDAK MAHU berjaga TANPA didukung, TIDAK MAHU ditidurkan TANPA didodoi........ADOIIIII....semuanya TIDAK MAHU....apa yang kamu mahuuuu....
- Nak puting tetek tu duduk aje dalam mulut hingga dia tertidur. Bila tersedar, maknanya standby.....
- Nak tidur bertepok berdodoi bagai DAN jangan sesekali TINGGAL DAKU......tahu aje bila orang takde dekat-dekat dengan dia....
- Bila tersedar, please dukung I, I nak jalan-jalan.....

Wah! wah!...takat hari ini, sungguh lemak merdunya dia...... Well!...tak boleh salahkan dia kan...kalau tak diajar begitu, takkan jadi begini (???)........Aqeisa sungguh manja sebabnya 8 tahun kami tidak beranak kecil. Beruntung sebab ada abang dan kakak yang sentiasa nak dukung adik, nak tidurkan adik dan segala macamlah. Dah jadi macam barang mainan la pulak.....

Ni ha masih ada berbaki 34 hari cuti, lebih kurang sebulan lagi. Yang penting aku kena ajar Aqeisa menggunakan botol which is setakat hari ini memang mission failed. Dia menangis diberi susu botol. Mungkin puting silikon tu keras nak dibanding dengan nipple ibunyakan...nak kena try puting getah yang kuning tu pulak la.... banyak dah try n error kat Aqeisa ni tapi masih belum berjaya. Tinggal berdua ni aku malas nak try apa2, kang dia melalak aku sorang-sorang ni risau la plak. Lagipun kata orang kena orang lain yang bagikan botol tu baru dia nak, kalau selagi dia bau ibu dia selagi itu dia takmau berbotol..

Aku pun semakin seronok duduk umah berulit dengan dia. Makin hari makin sayang yang mendalam. Rindu yang padu......Cinta yang amat..... Macamana nak hantar Aqeisa ke pengasuh nanti. Bertemu ke aku dengan pengasuh yang jujur dan ikhlas seperti Ain yang pernah jaga Aqeila dulu...huh!!!!!....boring pulak bila mengingatkan itu semua...... Mampu ke ibu nak ke kerja dengan tenang ni?....Siapa yang akan menangis nanti ni?....Aqeisa ke IBU?....mmmmmm....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...