Semalam perjalanan yang sangat mencabar. Mulanya nak gerak malam nanti. Tak sabar dah kekdahnya, petang tu jugak kami keluar. Aqeisa tengah tidor dalam buai main angkat aje, dengan harapan yang sangat tinggi biar dia terus sambung tidor dalam kereta nanti. Tapi biasa lah lain yang diharap lain pula yang jadi. Keluar aje dari simpang Putrajaya ni, Aqeisa mula merengek. Mula sikit, sikit, lama-lama makin kuat sikit, kuat lagi....penyudahnya meraung dalam kereta. Mak aiii....kepala aku mula dah pening nih....dah lah dok belakang kena plak buat berbagai gaya....nak termuntah akak dibuatnya....
Aqeisa menangis dan terus menangis siap tercekik-cekik lagi. Dah macam gaya buat dia tapi masih tak menjadi. Puas gak abang dan kakak mengagah itu dan ini pun tak menjadi....isyyyy....sabor je la budak qeisa ni... Nak berenti jalan punya lah jem....sakit jiwa woo....
Sampai satu tahap dah tak tahan, lepas dkt2 45 minit menangis, nak tak ndak berenti jugak di tepi jalan.....dah nak gi tempat yang selesa jalan kussssmangat sesak.... nampak satu pot di tepi Sungai Besi dekat dengan restoran cina, kitaorang berhenti. Dengan senja kala....orang tengah azan. Bawa dia keluar kereta, baru la diam.....
Ni ha jalan yang amat ler jem....Belakang ni sket ada restoran cina.....kalau restoran melayu sure makan punya. Perut tengah lapor ni....
Tepi airport sungai besi...nampak nun jauh tu...ayah dia tengah mendodoi nak kasi dia calm down. Bila dia dah tidor lega rasanya....senjakala masa ni orang tengah azan. apa nak buat. dah tak mau dok dalam kereta. Masukkan dalam kereta dan mulakan perjalanan balik. Tak sampai 5 minit bergerak menangis balik. Kali ni lagi kuat...aduyaiiii......tak de tempat nak berhenti ni nak oiii....
Sekali lagi nak tak nak berenti kat Muzium. Dengan malam pekat ngan pokok besar-besarnya...isyyyy....malas nak pikir yang mistik-mistik walau hati perut ni tak abeh-abeh terlintas benda-benda tak baik.... Mr mama ni marah pikir yang bukan-bukan..... Berhenti kat sini lama sket, dia pun tak mahu dipujuk terus menangis...apalah yang tak kena ni....
Last-last nekad teruskan perjalanan sampai masjid negara, dekat aje depan tu tp jalan la jem, tu yang jadi panjang tu. Sampai di masjid, terus mandikan dia ngan air paip...mak aiii, menjerit sekuat-kuat hati dia....sampai kitaorang naik panik. Tapi pujuk-pujuk dia. Lepas mandi, bedak-bedak, tukar baju. Bagi susu...........
Dah lelah penat melalak akhirnya tidor...perrgghhhhh...lega.......
Akhirnya dia tidor.......terus jalan ler...Nak berenti makan pun dah rasa cam tak lalu aje...takut dia terbangun dan sambung nangis....
Sampai rumah mak pukul 11 malam.....mujur dia terus tidor sampai ke pagi...
Macam ni ler bila beranak kecik ni...macam2 kena predict. Dan sepatutnya bersedia mental dan fizikal sebelum memulakan perjalanan dengan anak kecil.....
No comments:
Post a Comment