Apr 21, 2011

Dia Sudah 5 Bulan


Sekejapkan waktu berlalu. Sudah 5 bulan ini budak. Nanti pejam celik pejam celik dah besar kan. Makin keletah. Dah pandai menggapai barang. Dah pandai mengecek. Ndak plak tengok orang makan. Belecap-lecap mulut dia. Kesian lah pulak. Baru-baru ni bagi dia makan eskrem. Sket je la. Bagi rasa. Mash potato pon dah rasa. Sket-sket aje dulu. Dia suka. Siap marah bila berenti suap dia. Tak tahu lah bila dah bagi nasi nanti. Agak-agak dia suka makan ke tidak?

Ada beberapa keping gambar untuk tatapan.



Makin montel. Makin sedap kena golek. Makin besar mulut bila ketawa. Tapi takde bunyi.
Kategori budak baik. Jarang meragam. Dah mula mandi air sejuk. Hek hek hek aje. Takat hari ni, bagi ibu tidor dengan nyeyak sekali. Senang sangat orang jaga dia.



Seawal 6.00 pagi dah kena mandi. Pagi-pagi ni mandi air suam ler. Takkan air sejuk pulakkan. Mabuk ke aper?. Suka menggenggam tangan dan masuk mulut. Biasalah bayi begitu kan. Kalau boleh dua-dua penumbuk tu nak masuk mulut. Lepas tu basah abis semua muka-muka sekali.




Dah kenal orang. Dah kenal pengasuhnya. Dah reti kena tinggal. Terbuntang biji mata tengok ibu tinggalkan dia dengan pengasuh. Dah paham jadual harian sendiri. Bila jumpa ibu petang nanti, bila ibu baring kan dia atas katil, dia dah tahu ibu mesti susukan dia. Dia nanti aje. Kadang-kadang saje buat dia tunggu-tunggu. Silap-silap buat muka. Kesian sangat. Bila dapat aje nenen, terus tangkap tu. Lagi kesiannya anak aku.



Dah pandai kena marah. Bila orang hep, dia jebik. Bila cakap kuat sket dia jebik. Abang dan kakak selalu menyakat dia. Seronok mereka bila adik dah pandai ketawa dan kena hep-hep.

Abang kakak sangat sayang kamu.
Ayah dan ibu juga sangat sayang kamu.

Kehadiran mu sangat membahagiakan.


Crochet Hat

Salam. Kembali bercerita. Sibuk sket u!. Buat benda kat bawah ni. Kalau time buat benda ni, ralit ko!. Kalau boleh nak kasi siap time tu jugak. Satu tu dalam 1 jam lebih siap ler. Sakit-sakit belakang. Tapi seronok. Sakit-sakit pun tolak tepi. Moh tengok bawah.




T_____T. Cantik kah?. Ha ha. Buat ini untuk kawan seopis. Dia suka merah, maka aku bantai buat dua-dua sekali kaler merah. Sebab dia kata belasah aje apa kaler pun. Untuk budak cantik lah ni. Dari jauh sudah nampak. Satu saiz S, satu size M. Suka sangat sebab dia suka.



Maka promosi di opis ni berjalan semalam. Member ini la tukang promote. Hehe. Masaklah aku, buat benda ni. Tapi aku suka. Semalam aje ada beberapa tempahan. Insya-Allah akan disiapkan sehingga hujung minggu ni.



Ooops...bagi pakai kat komputer dulu.

K nanti citer lagi.

Apr 14, 2011

Menutup aib.......

Tulisan kali ni ada bau-bau politik sket. Namun begitu, aku bukan seorang penulis atau peminat atau pengkaji atau yang sewaktu dengannya bab-bab politik ini. Malah aku mempunyai zero knowledge mengenainya. Kurang berminat. Walau bagaimanapun aku bukanlah seorang wargenegara yang tidak prihatin atau kurang bertanggungjawab. Wallahualam.



Alkisahnya, bos aku ni memang suka beri tazkirah. Lecture is one of the best thing he likes most. Aku??. Aku lah orang yang paling kena dengar. Aku kan PA dia (berapa kali mau mention daaaaa....).


Kisah bermula bila pegawai awam ni ada yang kena kerah ke Sarawak. Kan dah dekat nak election ni. Plak tu ved panas DSI kan sedang hangat skang ni. Ved tu sumpah aku tak pernah tengok malah meloyakan pulak bila terfikir nak tengok ke? Nak tonton berita ngan anak-anak pun jadi malu. Tu la antara borak-borak dengan bos tadi. Katanya skang ni menteri2 malah PM sendiri pun dok berkampung kat Sarawak nu, nak menangkan hati orang. Katanya masa perjumpaan pemberian subisidi ada lebih kurang 1000 orang hadir. Yang ramai-ramai datangpun semua sudah dirancang. Ye ler! Nak bagi subsidi ramai la kan!.... Tetiba DSI datang, lagi ramai manusia datang beb! 10k orang tu...Eh tak jadi senyum lah!!!...orang nya lagi ramai.


Nampaknya impak ved DSI kurang menjadi. Kononnya nak manjatuhkan repo DSI tapi lain pulak yang jadinya. Orang yang melakukan perkara ini sungguh2 lah desperate. Lebih-lebih yang mereka ini beragama Islam. Sungguh memalukan. Dalam Islam ada dua perkara aje yang boleh menjatuhkan hukuman kepada pesalah penzina ini. Pertamanya sekiranya dia mengaku dan keduanya kalau ada empat saksi. Menurut bos aku, sepanjang dari bacaannya belum ada dalam sejarah, ada empat saksi yang melihat sendiri perlakuan zina ini. Wallahualam. Masa zaman Nabi Muhammad S.A.W. ada penzina yang datang berjumpa dengan Rasullullah dan mengaku bahawa dia berzina. Pertama kali disebut, Rasullullah diamkan diri, kedua pun begitu sehinggalah kali keempat orang itu mengaku di hadapan Rasullullah. Maka Rasullullah bertanya kepada dia, adakah anda gila. Maka jawab orang itu, tidak, saya tidak gila. Bila Rasullullah menyuruh orang menangkapnya, walaubagaimanapun penzina itu melarikan diri. Tapi Rasullullah melarang orang mengejarnya sebab Rasullullah percaya bahawa orang itu pasti akan mengubah pengakuannya.


Moral of the story, bukanlah sewenang-wenangnya atau sesenangnya hendak menghukum atau menuduh seseorang itu berzina. Waima yang mengakunya juga harus dipastikan adakah dia itu benar-benar waras. Kerana dalam Islam hukum penzina amatlah berat yakni 100 kali sebatan bagi yang belum berkahwin. Dimana yang telah berkahwin rejam sampai mati. Sedangkan orang sekarang, sesuka hati aje buat vedio seks dan begitu mudah menayangkan sampai satu dunia pun boleh tahu. Sekiranya betul lah DSI yang melakukan perkara itu, patutkah vedio itu disiarkan sedemikian sehingga budak-budak pon terdedah dengan perkara-perkara sumbang orang dewasa. Mungkin juga anak-anak kita akan pernah bertanya,


ayah/ibu seks itu apa?


ayah/ibu liwat itu apa?


ayah/ibu rogol itu apa?...


Hmmmm....malukan...apa nak jawab?


Lagipun bukan ke menutup aib seseorang itu dituntut dalam Islam seperti


Firman Allah. "Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu menolong saudaranya…”



Jelaskan!...


So itu ler antara perbualan dengan bos tadi. Panjang lagi. Pasal mat taib pun ada. hehehhe...well malas r nak citer pasal tu, cukup ler aku yang tahu. Lagipun ini jus pandangan peribadi kitaorang aje.


~tata~

Hampir-Hampir.....

Salam u ols....lama dah awak tak update blog. Bz dowh...hehehhe...bz buat crochet. Dah start payah ler awak nak nye'top'nyer. Ada banyak customize order. Wah!!!...macam lah banyak bebenor. Banyak sangat tu idok ler kome! Terasa ler banyaknya sebab siang-siang awak ni kroje, malam-malam kang baru ler awak ni buat kroje crochet awak tu. Siap sikit-sikit. Tu ler pasal awak rasa cam banyak bebenor ordernya. Padahal...boler ler......hehehe....



Ni awak nak tanya, kome suker dengor SinarFM. Awak ni minat bebenor. Boleh kata tetiap pagi ler awak layan Sinar ni. Suka awak!!!!....



ISyyyy...awak ni baru nak update blog udah ada gangguan. Geram bebenor ler pulak rasanya...



Ni ha, ada ler sorang pompuan kat sini ni ha. Kalau dapat kroje, kecohnya macam dia sorang aje yang buat kroje. Tak berenti molotnya pot pet pot pet. Udah nama pun kroje buat aje ler. Pulak tu selalunya macam nak ngena ke awak ni. Udah dia tengok awak ni xde kroje, cam perli-perli ke awak ni pulak. Dah awak ni PA. Memang awak tak terlibat langsung ngan kroje2 deme kat luor nun. Atau kamuorang udah lupa ke, yang kroje awak ni asst boss aje. Job description awak pun udah jelaih apa??? Ke awakorang ni tak tau fungsi sebenor seorang PA. Nak mintak tolong awak ni cakap aje ler, bukannya awak ni sombong bebenor tak boleh nak tolong orang tengh sebok2. Awak pon paham jugerk. Tapi ce jangan ckp yang ada double meaning tu. Penyudah nya awak buat tak reti aje karang. Bos awak pun penah bgtau, awak tak payah ler nak nyenyebok buat kroje kat luar sinun!!! Buat kroje dengan dia aje a.k.a. yang telah termaktub dalam fail meja. Bior deme buat kroje deme sendiri. Ha abeh cerita.



k lah, awak pon dah tak de mud nak bercerita pasal SinarFM tu tadi sebab idea awak udah terbantut. Nanti awak ni nulis ler lagi.


Tengah kecoh kat sini nih. kat ghomah kang kecoh ngan ank2..kat sini kecoh ngan orang2 yang mana awak ni idok ler terlibat tapi terpaksa terlibat sama.


Uisyyyyy....panaih ni.....................

Apr 6, 2011

Crochetted tote bag

Salam bahagia...



Aku suka buat buat benda yang aku suka. Bz cam ner pon, aku make sure aku ada masa buat benda yang aku suka. Sebab buat benda yang aku suka tu satu terapi untuk aku. Benda yang aku suka tu akan buat otak aku lega sepanjang hari. Tak kisahlah benda yang aku suka tu bermakna buat orang lain atau tidak tapi yang penting benda yang aku suka tu sangat bermakna untuk diri aku....


Ha!...tu dia kata-kata hikmah. Aku suka menjahit. Suka buat crochet juga. Suka sangat. Kalau time mud aku datang, aku boleh menjahit atau crochet round the clock tau!!. Tidur selewat 2 pagi pun aku tak kesah. Ni dah setahun dah aku stop menjahit ni. Skang dah start semula dan dah ada order and booking for coming raya festive.


Skang ni meh nak citer pasal tote beg yang aku crochet. Ekceli aku buat beg ni untuk kegunaan sendiri. Tapi bila Qeila tengok dia boleh buat baik punya marketing pada kawan-kawan dia. Tak sangka biz minded juga budak Aqeila ni. Maka dapatlah order dari kawan-kawannya. Aku pesan jugak pada dia, jangan paksa-paksa orang beli tau dan mesti beritahu kawan-kawan, mesti dapat kebenaran ibu dan ayah dorang dulu. Ye lah!...mana boleh suka-suka hati beli barang-barang ni. Tak penting. Ini cuma eksesori tambahan aje....



See. This is my first project. Crochetted tote beg with flower. Sold out to kawan Qeila... Ada 5 order dari kawan Aqeila. Warna pilihan masing-masing. Size lebih kurang 5' x 5.5'. Juz nice untuk sicilik.




This one untuk kawan aku yang punya, Su. Nampaknya beg ni dah mula tembusi pasaran kat opis aku ni. Sekarang aku sibuk crochet a few beg lagi. Plus ada order girl's hat with ruffle. Hmmm...ada a few projek jugak lagi i.e. flower headband, beannie cap for baby and ecetera.


Nak start doing biz jugak di blog ni tapi belum cukup tangan lagi.

Menjahit pun akan mula sibuk ni. Maklum ler 4 bulan menjelas puasa ni. hehehhee.... Alhamdullillah, rezeki tu...


Well seronokkan when you can turn your hobby to money.

Moga Allah memberkati rezeki yang dicari dan diperolehi. Amin....

Apr 1, 2011

SEKADAR...............

Kejadian Satu


Kitaorang naik keretapi, 1 keluarga. Yang bestnya, keretapi ni takde dinding, cuma ada palang pengganti dinding dan saiznya jauh lebih besar dari keretapi yang biasa. Kebanyakan stesen yang kitaorang singgah pun keretapinya jauh lebih banyak dari yang biasa-biasa kita tengok. Pendek kata hari tu semua macam luar dari biasa. Aku anak beranak duduk riang gembira masa keretapi sedang dalam perjalanan. Tiba-tiba ketika sampai di satu stesen, sedang keretapi bergerak perlahan, Aqeila tetiba terjun dari keretapi. Aku tak tahu samada dia terjatuh atau terjun secara sengaja. Aku sangat terkejut. Bertambah terkejut tetiba aje keretapi bergerak dengan laju. Aqeila gagal naik semula, keretapi bergerak makin laju. Aku cemas. Terus aku menjerit sekuat-kuat hati padanya, "Aqeila!!!!....Qeila tunggu kat situ sayang, jangan pergi mana-mana kejap lagi ibu datang ambil Qeila..... Tunggguuuu....Tunggguuuuuu kat situ.................."


OFF



Kejadian Dua


Lokasi: Ditengah-tengah orang ramai, seperti di sebuah stesen. Stesen bas atau stesen kapal terbang atau apa-apa aje stesen yang korang fikir. Tiba-tiba ada seorang perempuan yang tetiba aje mengangis dengan kuat sambil membongkok-bongkokkan badannya. Bukan meraung atau menangisi kejadian sedih. Tapi menangis seperti kanak-kanak, tangisan yang kuat. Biasanya kalau orang dewasa menangis (lebih-lebih lagi di public) seperti...sot!..sot!...aje kan. Cuba bayangkan orang dewasa yang menangis seperti kanak-kanak. Aku hanya memandang dan terus memandang....


OFF



Kejadian Tiga


Suami mintak izin nak kawen satu lagi...whatttttt???????..... Tak, tak....dia tak mintak izin, dia BAGITAU yang dia kawen satu lagi!!!!..... Satu malam dia drive, aku dok sebelah, lalu di Jalan Ipoh. Tapi sungguh aneh, sebijik kereta pun tak kelihatan. Ketika itu dia beritahu yang isteri barunya menginap di kediaman ala-ala rumah kedai....WTF!!!!!!....... Nak naik hanginnnn ke?.... Ntah!!!...aku KELIRU!!!!!....... Yang lebih menyayat hati (menyayat ke???) dia kawen dengan anak sedara dia sendiri....owhhh...BOLEH ke???....anak abang dia tu......arhhhhhhhh!!!.... TERKEJUT monkey u!.......


OFF......


/


/


/


/


/


/


/


/


/


/


Opppssss........PENAT dowh!!!..... satu malam sampai 2 3 kali mimpi....apa raaaaa!!!!....


Ye!!...kejadian-kejadian diatas hanyalah sekadar MIMPI yang menSAKITkan JIWA!!!!....



# Next time tidor lebihkan berdoa!!!!......



...OFF...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...