Tulisan kali ni ada bau-bau politik sket. Namun begitu, aku bukan seorang penulis atau peminat atau pengkaji atau yang sewaktu dengannya bab-bab politik ini. Malah aku mempunyai zero knowledge mengenainya. Kurang berminat. Walau bagaimanapun aku bukanlah seorang wargenegara yang tidak prihatin atau kurang bertanggungjawab. Wallahualam.
Alkisahnya, bos aku ni memang suka beri tazkirah. Lecture is one of the best thing he likes most. Aku??. Aku lah orang yang paling kena dengar. Aku kan PA dia (berapa kali mau mention daaaaa....).
Kisah bermula bila pegawai awam ni ada yang kena kerah ke Sarawak. Kan dah dekat nak election ni. Plak tu ved panas DSI kan sedang hangat skang ni. Ved tu sumpah aku tak pernah tengok malah meloyakan pulak bila terfikir nak tengok ke? Nak tonton berita ngan anak-anak pun jadi malu. Tu la antara borak-borak dengan bos tadi. Katanya skang ni menteri2 malah PM sendiri pun dok berkampung kat Sarawak nu, nak menangkan hati orang. Katanya masa perjumpaan pemberian subisidi ada lebih kurang 1000 orang hadir. Yang ramai-ramai datangpun semua sudah dirancang. Ye ler! Nak bagi subsidi ramai la kan!.... Tetiba DSI datang, lagi ramai manusia datang beb! 10k orang tu...Eh tak jadi senyum lah!!!...orang nya lagi ramai.
Nampaknya impak ved DSI kurang menjadi. Kononnya nak manjatuhkan repo DSI tapi lain pulak yang jadinya. Orang yang melakukan perkara ini sungguh2 lah desperate. Lebih-lebih yang mereka ini beragama Islam. Sungguh memalukan. Dalam Islam ada dua perkara aje yang boleh menjatuhkan hukuman kepada pesalah penzina ini. Pertamanya sekiranya dia mengaku dan keduanya kalau ada empat saksi. Menurut bos aku, sepanjang dari bacaannya belum ada dalam sejarah, ada empat saksi yang melihat sendiri perlakuan zina ini. Wallahualam. Masa zaman Nabi Muhammad S.A.W. ada penzina yang datang berjumpa dengan Rasullullah dan mengaku bahawa dia berzina. Pertama kali disebut, Rasullullah diamkan diri, kedua pun begitu sehinggalah kali keempat orang itu mengaku di hadapan Rasullullah. Maka Rasullullah bertanya kepada dia, adakah anda gila. Maka jawab orang itu, tidak, saya tidak gila. Bila Rasullullah menyuruh orang menangkapnya, walaubagaimanapun penzina itu melarikan diri. Tapi Rasullullah melarang orang mengejarnya sebab Rasullullah percaya bahawa orang itu pasti akan mengubah pengakuannya.
Moral of the story, bukanlah sewenang-wenangnya atau sesenangnya hendak menghukum atau menuduh seseorang itu berzina. Waima yang mengakunya juga harus dipastikan adakah dia itu benar-benar waras. Kerana dalam Islam hukum penzina amatlah berat yakni 100 kali sebatan bagi yang belum berkahwin. Dimana yang telah berkahwin rejam sampai mati. Sedangkan orang sekarang, sesuka hati aje buat vedio seks dan begitu mudah menayangkan sampai satu dunia pun boleh tahu. Sekiranya betul lah DSI yang melakukan perkara itu, patutkah vedio itu disiarkan sedemikian sehingga budak-budak pon terdedah dengan perkara-perkara sumbang orang dewasa. Mungkin juga anak-anak kita akan pernah bertanya,
ayah/ibu seks itu apa?
ayah/ibu liwat itu apa?
ayah/ibu rogol itu apa?...
Hmmmm....malukan...apa nak jawab?
Lagipun bukan ke menutup aib seseorang itu dituntut dalam Islam seperti
Firman Allah. "Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu menolong saudaranya…”
Jelaskan!...
So itu ler antara perbualan dengan bos tadi. Panjang lagi. Pasal mat taib pun ada. hehehhe...well malas r nak citer pasal tu, cukup ler aku yang tahu. Lagipun ini jus pandangan peribadi kitaorang aje.
~tata~
No comments:
Post a Comment