Nov 23, 2011

hujung minggu lalu....

Assalammualaikum.

Pernah tak korang bangun-bangun aje tidor. celik-celik je bijik mata terus pikir nak bercuti. tanpa sebarang tempahan penginapan (cewah! bahasa surat). kena plak time tu peak season. cuti sekolah yang baru mula. pernah????. bunyi macam gila bukan. atau korang kena bersedia tidor aje dalam keter. apa-apa pon boleh janji rock. tapi bagi yang beranak kecik, harus pk berkali-kali ok. dont try.

gitu ler aku minggu lepas. boleh lak plan nak gi merata-rata. padahal bookingnya takde . sesuka hati aje. mula-mula plan nak ke penang. oh ho!!!...tak berani la pulak. call 5 6 hotel pilihan semua full house ok. tak nak lah pergi nanti kena tidor dalam keter pulak. Last-last dalam panas terik kitaorang keluar dengan hati yang jitu dan waja ke Melaka...hehehhehe...



terik siot. doploh kali dah pegi melaka...tp no hal la. apa ada hal berpuloh kali pong. janji boleh gi cuti n jalan. budak berdua tu mesti pk cenggitu. tapi kali ni memang gamble je beb!. takde booking-booking nyer. main redah je. janji rock. peeewwwitt.




jalan panas-panas ni sat lagi kang hujan. dah r musim hujan ni. sesampai aje ke melaka, terus buat cal ke hotel2 pilihan. anak-anak requet hotel yang ada swimming poll. tak de swimming cam tak de erti nya pergi menginap kat hotel. dengan erti kata lain pergi bercuti. mana best. ko berjalan bukan ada tujuan apa-apa pon. just nak pergi rehat. pastinya swimming pool tu akan bagi rehat yang hakiki (ye lah sangat!!). pada kitaorang la. aku siap beli tu map melaka yang ada list hotel di itourism. 5 hengget tau. namun malangnya takde 1 hotel pon yang available. hotel pilihan la. hotel-hotel yang just nak buat tidor malam tu byak lagi.




Panaskan melaka. mengerenying budak berdua ni. gi melaka kan tak sah kalau tak gi kat area ni. muzium. ramai manusia. pelancong pon ramai. maklumler cuti sekolahkan baru bermula. berdepan dengan tempat ni ada orang jual ais kacang (cendol). ala yang ada kuar dalam warong kita tu. tengok dorang menyedut cendol tu walahhhhh.... cam sedap je. dah alang-alang sampai mesti cuba kan...mmmmmm tak de la sedap mana. tekak masing-masing. very subjektif kan. tak de gambar ler pulak.




tumpang duduk je. qeila ngan beca. tu patut-patut kena bayar. tapi tokey nye ntah mana-mana. so ambil gambo percuma aje la ni.



qeila lagi. pehal kau qeila??




weh!. dah macam tak tau nak buat apa plak kat melaka ni. td dah gi ke dataran pahlawan makan mc D. dah macam kl ni x de mc D plak. cuaca memang superb. terang benderang. panas terik. ok la syok sket. senang berjalan. bila dah tak tau nk buat apa. jom masuk keter. pusing-pusing jap dan terus ke tanjung kling cuba nasib kot-kot la ada 1 2 hotel left over. tapi hampeh jugak memang seme fully booked. Eh tapi kan kenapa Everly hotel tu tutup ark. Rugi o bisnes. Nampak gaya macam dah lama ditinggalkan. kitaorang dah 2 3 kali dok situ. ingat nak ulang kesitu. tapi sayang nya dia tutup plak. well ktorang terus aje lah menyusur jalan tu ke PD. Moh kita gamble ke PD plak. kot-kot la ada nasib. Jam pon dah pukul 4.30 petang dah.

Kalau PD pon xde hotel menarik jawabnya kita balik terus ler ke Putrajaya. Ha! tu ler motipnya awal-awal tadi plan ke Melaka aje. kalau xde bilik kita balik ler jawabnya. Budak berdua ni macam tak puas hati. takkan nak balik kot. Dah!..apa nak buat x de hotel. balik aje la.

Sesampai aje di PD, kebetulan ada hotel di tepi tu siap dengan fon no. Bila call ada plak kosong. rezeki kome ler ni. cek in lagi 10 min ke pukul 7 malam. kolam tutup tepat 7 malam. ada lagi 10 minit. tak buang masa. terus terjun bebudak ni. isyyy, walhal depan umah kita pon ada kolam renang. apa la yang obses sangat......mmmm



ada 4 groups hari tu. so kitaorang ni menyempit aje la di celah-celah groups tu. dorang berbbq dinner. mcm bes je... budak berdua tu ingat hotel punya. dorang ajak join. isyyy...bukanlah. tu sendirian berhad. hotel ni namanya Cozzy hotel. betul-betul kat kawasan awam teluk kemang tu. senang lah nak cari makan dan macam-macam aktiviti pantai ada kat situ. well hotel tu no komen la. cozy la sangat (sambil angkat kedua-dua tangan ke bahu ok....jangan lupa jelirkan sket lidah tu...hehehhe)



Malam tu makan baik punya order. lapor siot. ada ikan bakar, telur bungkus, tomyam, kailan ikan masin, daging paprik.....mmmm memang banyak.... bersungguh makan... 4 orang makan nasi 7 pinggan...ok????...T_______T



Tengok tu baik punya pulun...... Tapi rege boleh tahan la murah. banyak-banyak tu baru RM60 lebih sket. ok kan?. ok boleh masuk dalam makan-makan list. tapi cam biasa aku lupa apa ke nama restoran ni. yang aku tahu dia depan sket ke belah kiri dari cozzy hotel. dekat batu 8.




bangun pagi-pagi pergi jalan-jalan kat pantai. seronok tengok pantai. tapi pantai pd tak bes. pasir dia tak bes. bau laut dia pon tak bes. ketuk kepala sekali. bercuti tak plan gini ler kekdah nya. tapi ok lah dari x de.



aku tak cukup bawak baju. sarung aje lah baju kau. hehehe...sunggoh burok kelihatan.



seronokkan bila anak-beranak berjalan menyusur pantai. bestkan kalaulah pantai itu ialah pantai langkawi.

pagi itu telah bersarapan di gerai yang tak berapa nak bes. apa nak buat. kita kat outsider. mana nak tau kedai mana yang bes ngan tak best. tapi lepas breakfast pergi ke depan sket kat batu 4 banyak jugak gerai-gerai yang buka. ha tu la, ce jalan depan sket, xde la makan breakfast yang tak bes ni....

balik aje hotel budak-budak ni apa lagi terus ke swimming pool la. PENOH. Adatlah kalau dah cuti sekolah, ramai yang bercuti. satu yang bes kat cozzy hotel ni di swimming pool ada water slide. tinggi!. ada kot dalam 20m. tapi kanak-kanak tak dibenarkan rasanya. sebab x de pon kanak-kanak yang mencuba. tak de gambar lagi. aku tak benarkan budak berdua tu mencuba. sebab ayah dorang takde, tak nak swim. sebab banyak botol kicap. paham?. tak paham x pe.



standard r. lepas swimming. lapor. nasib tadi kat batu 4 tu jumpa gerai jual sik lemak. baik punya pulun. dorang swiming start dari 9.30 sampai 11.30. tu pun sebab nak cek out kol 12.00. kalau tak harus tak naik lagi. tak susah nak monitor dorang mandi sebab this time bilik betol-betol depan pool. cuma x de pintu je. tingkap. kalau berpintu lagi senang. terus terjun aje.



masyam nyer muka ye!!!.

lepas cek out, tinggal keter kat parking hotel. jalan-jalan jap kat teluk kemang tu. banyak kali dah pergi. so x de benda sangat nak layan. melainkan makan eskrem yang motor tu. goreng pisang. dan cuci mata tengok pelancong yang pakai tak senonoh tu. sepatutnya pantai kat mesia ni kena buat restriction cara berpakaian. merosakkan pemandangan kanak-kanak sungguh!... memalukan!




KMX.... malu tapi mahu. nasib ada size yang besar sket boleh r abang macho naik. kalau tidak tengok aje lah...



kuat menge'pau' ni. seme dia nak naik.



naik kuda lagi. muka cam cuak aje. tapi respek r kat qeila sebab dia suka mencuba. naik itu naik ini. yang bahaya pon dia nak cuba. kadang-kadang aku yang tak bagi. jangan aqel. kalau dia kata taknak jangan la nak suruh-suruh.



masa balik kool la sket ekkkk...


/
/
/

ok...TAHNIAH sebab tamatkan baca entry kali ni. tepuk tangan untuk diri sendiri. panjang ko. hahahah....
bukan senang nak masuk entry panjang-panjang gini.

ok la.

~ tata ~

Nov 17, 2011

kalau dah takde keje, cam ni ler jadinya

Assalammualaikum.


Banyak keje stress. tak de keje pon stress jugak wo....
Cam ni ler, jadi owang sewel jap snap2 gambo sendirik...

bos ada dalam bilik tu. dia pon xde meteng hari ni. Ce intai.

Ntah2 dia pon tgh snap2 gambo dia... ha! baru haru....

T___________T







tp ni bukan keje hari-hari ok.

tp banyak hari cam ni..hu hu....

seketari!!!...ko ada?????...... hahaha...

Makan-makan cari jalan....boleh?????...



Assalammuialaikum...



Orang jalan-jalan cari makan dok!...ha! yang kitaorang ni makan-makan cari jalan. Apa taknya...jalan baru setapak dua dah gadoh lapar nak makan. Padahal kat umah tadi rasa cam dah kenyang terbelahak sebab dah isi sampai full tank. Ingat tahan lah petang- petang sket ke baru nak makan. Memang anak-anak aku ni enjoy betol tentang makan.



Weekend lepas (baru hari ni nk citer..wuhuu), kitaorang pergi jalan-jalan Ikano Power Centre. Bukan kali pertama. banyak kali dah. tapi selama ni tak pernah pon makan kat restoran ikea tu. baru kali ni nak rasa. sebab cam bes aje. tgk orang pon ramai gilers.



eh..ikea pon dah boleh bayar monthly ek. ke dah lama. ntah ler sebab aku pon dah lama tak pergi pon. tapi yang perasan untuk set kabinet dapur tu boleh buat monthly installment sampai 36 bulan. leh tahan wo rege. ada yang belas-belas ribu. tapi kena r dengan material. eee syok betol dok ikea. sambil berjalan sambil berangan. tapi tak termampu ler nak ikut selera. ukur baju badan sendiri ler.



k. moh citer makan.






tu dia. sekali hadap. swedish meatball tu best r. aqel beli yang 15 biji. qeila 10 biji. gravy black pepper. sedap la. pas tu aku n hubby ambil roaster rosmarie chicken with pasta. eh best jugak sehhh.




Ni ler pastanya. Solid breast chicken. penoh daging ler pulak.. tak
abeh ler. tak abeh don wori. abang bob ada. cantik pasta dia. berkilat.






Ni ler abang bob. seme dia sapu kasi setel.



uisyyy qeila. makan sayur de?... tak, tak. bukan qeila punya. itu mak punya. bertuah qeila makan sayur. tu brokoli with buttercream sos. mmmmm best jugak. RM4 semangkuk. aku seme bes. kawan2 opis kalau nak makan x mo tanya aku sebab aku sedap belaka. bagi aku selagi tak basi, ko kena respect kat makanan tu. makan lah sebab itu ler rezeki kita untuk hari itu. jangan hina makanan dia sedap ke tak. kalau terlebih flavor tu lain la. selagi rasanya balance, pelase do appreciate food. do not to fussy ok.




makan jugak adik. nampak na botak kepala adik dalam ini gambar. bila nak tumbuh rambut ni dik. nway adik pon really enjoy. tunggu la sket hari lagi. mesti sama naik ngan abang dan kakak.





ni dah balik rumah. mak sangkakan korang ni dah kenyang makan petang tadi. rupernya balik umah mengaum lagi lapor. dah mcam anak rimo pulak..... order pulak pizza 2 keping yang besar punya k. makan lagi.







kusssmangaat anak-anak aku ni makan. cam ner gayanya nak berdiet.


huhu....tak reti aku. tak reti cam ner nak kontrol habit makan anak-anak aku ni. overweight dah dorang ni. kalau tak bagi kang sungguh tak sampai hati. cam ni ler jadi mak. tapi kalau anak-anak dah gemok cam ner. adakah aku perlu dipersalahkan jika mereka gemokkssss????...




mmmmmmm......

Nov 12, 2011

Sambal Tumis Petai


Assalammualaikum....



Tekak ni teringin betul makan sambal petai. Semalam, walau hari mendung hitam pekat, memang macam nak runtuh dah langit tu. Ni sah-sah la hujan selebat alam ni. Namun mendung tak bererti hujan. Kisahnya semalam tu singgah jugak ke pasar malam walau hujan bakal tiba. Nak cari petai punya pasal. Teringin benar tekak ni nak makan petai. Terjumpa lah petai memang kasar-kasar bijinya. Memang sesuai buat sambal petai. Tercapai jugak nak makan sambal tumis petai. Moh kita tengok resepi hamba yang main campak-campak je ni. Lain orang lain cara memasaknya. Tengok my style k...Jom cekidaut...






Ha!..nampakkan petainya kasar-kasar gitew. Ow ye!!!...aku suka potong petai dengan kulit-kulitnya. sesetengah orang tak suka sebab kulit petai tu pahit. namun pahit itu kan penawar. wat ever la. cam aku cakap tadi. ikut selera memasing.



Step 1. Tumis petai + ikan bilis + bawang besar yang dimayang. Tumis aje lah sampai naik baunya. Kulit petai tu nanti akan bertukar warna ke hijau tua gitu. when done, angkat dia kejap. bubuh ler dalam penapis ke.








Step 2. Guna minyak yang sama. Curah ler lebih kurang 2 senduk cili kisar (kisar sendiri, lagi bes. yang kat kedai tak berapa nak bes kalau buat sambal tumis). Agak-agak garing sket letakler ayor 1 cawan. Sekeping asam gelugor atau asam jawa. Aku lebih suka asam keping. bukan apa. tak berapa nak reti ler sukat asam jawa. silap-silap kang terlebih, mboh ler masam sambai tu kang. letak garam n gula secukup rasa. Sempoi dak.....ha biar ler gelegok kat ataih dapor tu...











Step 3. Agak-agak lada tu macam dah masak, curah seme petai yang tumis ngan ikan bilis dan bawang tadi. Bior dia kering sket. Atau kalau suka yang berkuah, tak payah ler tunggu dia kering sangat. Angkat ler....





Taraaaa. udah siap. simmer slowly, as easy as 1 2 3.






Wah!!!..Tengahari ni teman makan bertambah kome...hehe...lepais makan buat apa????... kome jawab ler sendiri.... Anak-anak pon suka sambal tumis ni walau dorang tak makan petai. Aku suka. suka sangat-sangat. Tapi sejak2 'tua' ni, tak boleh makan petai banyak-banyak. silap-silap kena angin... ha kalau kena angin, mendodoi ler jawab nye........






Hehehe...apa-apa pon makan dah settle.



Ok. Sapa-Sapa yang berkenan boleh ler mencuba ye!!!...






Wassalam.









Nov 9, 2011

seronoknya cuti......

Emak dok ngan aku seminggu sebelum raya haji datang. Kesnya, Aqeisa demam yang berpanjangan. Memang lama. 7 hari you. Lepas ambil antibiotik 5 hari Alhamdullillah, sihat sepenuhnya. Masa demam hari tu punya lah risau. Ye la, mak mana yang tak risau kan. Anak tak aktif. Melepek aje. Di dukungkang melepek kat bahu. Kalau kat bawah plak, main-main kang melepek kat lantai. Main-main sket melepek. Main-main sket melepek. Masa mak datang, mak buat lah sikit jampi ketegur. Hmmmm.... malas r citer yang tu....mak jampi pon untuk ahli keluarga aje. kira psikologi keluarga je la tu.... ye yang jampi kunyit tu. pendek kata lepas aje jampi tu terus lah kebah....hehehhe....keluarga kitaorang kalau demam sket mula lah soh mak jampi kunyit...memang serasi...korang ada????....heheheh


ok. ada sket gambar rayer...tak tak ruper raya pon. plak tu lintang pukang gambar dulu kendian...tengok gambor je la....moh!!!!...




wah wah...bayi ni sejak baik demam bukan lagi menghukum. tak mo dok kat lantai. keje nak berdukung aje. plak tu pilih-pilih orang. ngan ayah, ibu dan wan aje. orang lain memang tak mo. pas tu menangis aje cam radio buruk. muka tu memanjang ler buat 'muka punah' (bak kata atok).... ye la, bila orang lain nak dukung selain orang tadi-tadi tu memanjang ler buat muka punah.......


ayah memang cool. Aye memang suke eskrem.

penjual eskrem tu memang sokmo kalau lalu mesti nak slow-slow tau depan umah mak aku. plak tu strategi dia memang sokmo menjadik sebab memang tak pernah menghampakan. orang dalam umah ni dengar loceng eskrem, melompat-lompat. memang laku ler eskrem org tu. sekali beli ha engko...dekat rm30...kalau hari-hari lalu pon tak rugi ler...konpem ktorang beli punya...



gambar kenangan kat tembok dengan budak aye.....
hehheheh...nick name tu....seme orang tak mo bergambor...
cukup ler ibu ngan aye aje...



lagi. ekceli orang lain sebok menyental kat dapor tu. maklum ler rayer...apa lagi yang lebih menarik selain juadah raya. kalau kira ngan jari dari pagi sampai petang lebih 10 kali dowhhh!!...sayangnya juada raya tak snap pon.



ini di perkarangan masjid sebelum menunaikan solat sunat aidil adha. mak dan makngah.
orang lain ???????.....ntah tak tau kat ner...

oh adik aku yang 2 orang tu beraya ngan mertua. so kat umah cuma ada famili long and famili aku. so, tak berapa nak riuh ler. kalau ikutkan aku pon patut-patu balik kelantan. raya ngan mertua. tapi kedua mertua aku telah kembali ke rahmatullah. yang akhir adalah mak mertua yang pergi 3 minggu lepas. Malas komen.




ni kat dalam masjid. sama cam aidil fitri lepas. aku tak de can nak sembahyang raya. budak ni menangis la plak. sian ibu. hu hu!!!.... datang dengar kutbah aje la. ok la kan. kurang-kurang ada juga manfaat ke masjid.



suka aje lah bila dipegang. kena pegang lah beb. kalau tidak bising masjid ngan suara dia. akak lah yang kena. tu pun orang pandang-pandang. mesti dorang pikir takyah r datang, kalau takat anak nak buat bising kat masjid' eh...suka ati lah kan....tpi takde orang lah cakap gitu kannn (bersangka baik). kita ke masjid kan dengan pikiran yang lapang dan positif.



ha. ini ler ruper muka punah kalau nak tau. bila letak buat muka gini. tengok orang lain nak ambil buat muka gini. pendek kata memanjang buat muka punah.



Qeila solat sebelah wan. Wakil ibu ek.

Cuti raya sampai selasa. So hari ni, mak datok, luluh hati nak kena gi keje. Malasnyaaaa.... kan best kalau boleh sambung lagi. Aqeisa pun pergi taska lepas berminggu-minggu absent. pagi tadi menitik-nitik air mata. kesian kat dia. ibu terpaksa sayang. ibu nak pergi work.

semuanya sudah kembali ke sedia kala......

Nov 4, 2011

Orang Minyak Di BENTONG!!!!!

Assalammualaikum....

Aku baru je tiba di kampung halaman tercinta di Bentong,Pahang. Punya lah jem ko....dah la aku drive sendiri hari ni. Punya r lengoh kaki....plak tu selamat je landing, aku dikejutkan dengan cerita orang minyak mengganggu penduduk kampung especially kampung ketari. Dan hari ni plak siap masuk sotkabar lagi. Seyes giler ni wei..... Takut aku....... Dalam gambar dlm sotkabar td siap Ketua Polis tu turun padang buat rondaan sekali dengan penduduk kampung....

Rasa seram la plak. Dah la aku ada anak pompuan. Walau blom anak dara yang betol2 anak dara tp takut jugak oiiii....... Buat masa ni dengar citer orang minyak tu dok ganggu di kg ketari, benus dan area2 kat situ. Pohon sangat2 pada Allah dibutakanlah mata dan hati orangminyak tu dari menerjah ke kampung kami ni. Isyyyy..tenggelam kesah nk rayaa timbul plak kesah orang minyak. Hu hu takutnya. Jauhkanlahh dari segala yang buruk..........panjang kagi nak citer ni tapi x larat nak ketip satu2.....k r gud nite....

Thank u for reading.......

Segenggam Setia

Lepaskanlah genggaman tanganmu
pergilah dia menantimu
jangan menangis
janganalah kau menoloeh ku lagi
biarlah ku membawa hati
jangan ditanya kemana kupergi

Tidakkah engkau sedar siapa diriku ini
bukan merak kayangan tapi gagak dirimba
cuma yang ada segenggam setia
akan kupertahankan untuk membahagiakanmu

masih lagi aku terasa betapa hancurnya hatiku
bila kau dipaksa bersama dengan sidia
senyuman yang engkau ukirkan
seakan mengundang sengsara
kalau kutahu kau tersiksa
takkan ku lepaskanmu

tidakkah engkau sedar siapa diriku ini
bukan merak kayangan tapi gagak dirimba
cuma yang ada segenggam setia
akan kupertahankan untuk membahagiakanmu

masih lagi aku terasa betapa hancurnya hatilu
la kau dipaksa bersama dengan sidia
senyuman yang engkau ukirkan
seakan mengundang sengsara
kalau kutahu kau tersiksa
takkan ku lepaskanmu

setelah kau tiada disisi
bagiku tiada cinta lagi
selamanya...
dibibirku lafazkan rela
dihati terasa pedihnya
melepaskanmu
pilu hatiku.........




##....Alhamdullillah, Aqeisa dah kebah sepenuhnya dari demam yang panjang.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...