Nov 23, 2011

hujung minggu lalu....

Assalammualaikum.

Pernah tak korang bangun-bangun aje tidor. celik-celik je bijik mata terus pikir nak bercuti. tanpa sebarang tempahan penginapan (cewah! bahasa surat). kena plak time tu peak season. cuti sekolah yang baru mula. pernah????. bunyi macam gila bukan. atau korang kena bersedia tidor aje dalam keter. apa-apa pon boleh janji rock. tapi bagi yang beranak kecik, harus pk berkali-kali ok. dont try.

gitu ler aku minggu lepas. boleh lak plan nak gi merata-rata. padahal bookingnya takde . sesuka hati aje. mula-mula plan nak ke penang. oh ho!!!...tak berani la pulak. call 5 6 hotel pilihan semua full house ok. tak nak lah pergi nanti kena tidor dalam keter pulak. Last-last dalam panas terik kitaorang keluar dengan hati yang jitu dan waja ke Melaka...hehehhehe...



terik siot. doploh kali dah pegi melaka...tp no hal la. apa ada hal berpuloh kali pong. janji boleh gi cuti n jalan. budak berdua tu mesti pk cenggitu. tapi kali ni memang gamble je beb!. takde booking-booking nyer. main redah je. janji rock. peeewwwitt.




jalan panas-panas ni sat lagi kang hujan. dah r musim hujan ni. sesampai aje ke melaka, terus buat cal ke hotel2 pilihan. anak-anak requet hotel yang ada swimming poll. tak de swimming cam tak de erti nya pergi menginap kat hotel. dengan erti kata lain pergi bercuti. mana best. ko berjalan bukan ada tujuan apa-apa pon. just nak pergi rehat. pastinya swimming pool tu akan bagi rehat yang hakiki (ye lah sangat!!). pada kitaorang la. aku siap beli tu map melaka yang ada list hotel di itourism. 5 hengget tau. namun malangnya takde 1 hotel pon yang available. hotel pilihan la. hotel-hotel yang just nak buat tidor malam tu byak lagi.




Panaskan melaka. mengerenying budak berdua ni. gi melaka kan tak sah kalau tak gi kat area ni. muzium. ramai manusia. pelancong pon ramai. maklumler cuti sekolahkan baru bermula. berdepan dengan tempat ni ada orang jual ais kacang (cendol). ala yang ada kuar dalam warong kita tu. tengok dorang menyedut cendol tu walahhhhh.... cam sedap je. dah alang-alang sampai mesti cuba kan...mmmmmm tak de la sedap mana. tekak masing-masing. very subjektif kan. tak de gambar ler pulak.




tumpang duduk je. qeila ngan beca. tu patut-patut kena bayar. tapi tokey nye ntah mana-mana. so ambil gambo percuma aje la ni.



qeila lagi. pehal kau qeila??




weh!. dah macam tak tau nak buat apa plak kat melaka ni. td dah gi ke dataran pahlawan makan mc D. dah macam kl ni x de mc D plak. cuaca memang superb. terang benderang. panas terik. ok la syok sket. senang berjalan. bila dah tak tau nk buat apa. jom masuk keter. pusing-pusing jap dan terus ke tanjung kling cuba nasib kot-kot la ada 1 2 hotel left over. tapi hampeh jugak memang seme fully booked. Eh tapi kan kenapa Everly hotel tu tutup ark. Rugi o bisnes. Nampak gaya macam dah lama ditinggalkan. kitaorang dah 2 3 kali dok situ. ingat nak ulang kesitu. tapi sayang nya dia tutup plak. well ktorang terus aje lah menyusur jalan tu ke PD. Moh kita gamble ke PD plak. kot-kot la ada nasib. Jam pon dah pukul 4.30 petang dah.

Kalau PD pon xde hotel menarik jawabnya kita balik terus ler ke Putrajaya. Ha! tu ler motipnya awal-awal tadi plan ke Melaka aje. kalau xde bilik kita balik ler jawabnya. Budak berdua ni macam tak puas hati. takkan nak balik kot. Dah!..apa nak buat x de hotel. balik aje la.

Sesampai aje di PD, kebetulan ada hotel di tepi tu siap dengan fon no. Bila call ada plak kosong. rezeki kome ler ni. cek in lagi 10 min ke pukul 7 malam. kolam tutup tepat 7 malam. ada lagi 10 minit. tak buang masa. terus terjun bebudak ni. isyyy, walhal depan umah kita pon ada kolam renang. apa la yang obses sangat......mmmm



ada 4 groups hari tu. so kitaorang ni menyempit aje la di celah-celah groups tu. dorang berbbq dinner. mcm bes je... budak berdua tu ingat hotel punya. dorang ajak join. isyyy...bukanlah. tu sendirian berhad. hotel ni namanya Cozzy hotel. betul-betul kat kawasan awam teluk kemang tu. senang lah nak cari makan dan macam-macam aktiviti pantai ada kat situ. well hotel tu no komen la. cozy la sangat (sambil angkat kedua-dua tangan ke bahu ok....jangan lupa jelirkan sket lidah tu...hehehhe)



Malam tu makan baik punya order. lapor siot. ada ikan bakar, telur bungkus, tomyam, kailan ikan masin, daging paprik.....mmmm memang banyak.... bersungguh makan... 4 orang makan nasi 7 pinggan...ok????...T_______T



Tengok tu baik punya pulun...... Tapi rege boleh tahan la murah. banyak-banyak tu baru RM60 lebih sket. ok kan?. ok boleh masuk dalam makan-makan list. tapi cam biasa aku lupa apa ke nama restoran ni. yang aku tahu dia depan sket ke belah kiri dari cozzy hotel. dekat batu 8.




bangun pagi-pagi pergi jalan-jalan kat pantai. seronok tengok pantai. tapi pantai pd tak bes. pasir dia tak bes. bau laut dia pon tak bes. ketuk kepala sekali. bercuti tak plan gini ler kekdah nya. tapi ok lah dari x de.



aku tak cukup bawak baju. sarung aje lah baju kau. hehehe...sunggoh burok kelihatan.



seronokkan bila anak-beranak berjalan menyusur pantai. bestkan kalaulah pantai itu ialah pantai langkawi.

pagi itu telah bersarapan di gerai yang tak berapa nak bes. apa nak buat. kita kat outsider. mana nak tau kedai mana yang bes ngan tak best. tapi lepas breakfast pergi ke depan sket kat batu 4 banyak jugak gerai-gerai yang buka. ha tu la, ce jalan depan sket, xde la makan breakfast yang tak bes ni....

balik aje hotel budak-budak ni apa lagi terus ke swimming pool la. PENOH. Adatlah kalau dah cuti sekolah, ramai yang bercuti. satu yang bes kat cozzy hotel ni di swimming pool ada water slide. tinggi!. ada kot dalam 20m. tapi kanak-kanak tak dibenarkan rasanya. sebab x de pon kanak-kanak yang mencuba. tak de gambar lagi. aku tak benarkan budak berdua tu mencuba. sebab ayah dorang takde, tak nak swim. sebab banyak botol kicap. paham?. tak paham x pe.



standard r. lepas swimming. lapor. nasib tadi kat batu 4 tu jumpa gerai jual sik lemak. baik punya pulun. dorang swiming start dari 9.30 sampai 11.30. tu pun sebab nak cek out kol 12.00. kalau tak harus tak naik lagi. tak susah nak monitor dorang mandi sebab this time bilik betol-betol depan pool. cuma x de pintu je. tingkap. kalau berpintu lagi senang. terus terjun aje.



masyam nyer muka ye!!!.

lepas cek out, tinggal keter kat parking hotel. jalan-jalan jap kat teluk kemang tu. banyak kali dah pergi. so x de benda sangat nak layan. melainkan makan eskrem yang motor tu. goreng pisang. dan cuci mata tengok pelancong yang pakai tak senonoh tu. sepatutnya pantai kat mesia ni kena buat restriction cara berpakaian. merosakkan pemandangan kanak-kanak sungguh!... memalukan!




KMX.... malu tapi mahu. nasib ada size yang besar sket boleh r abang macho naik. kalau tidak tengok aje lah...



kuat menge'pau' ni. seme dia nak naik.



naik kuda lagi. muka cam cuak aje. tapi respek r kat qeila sebab dia suka mencuba. naik itu naik ini. yang bahaya pon dia nak cuba. kadang-kadang aku yang tak bagi. jangan aqel. kalau dia kata taknak jangan la nak suruh-suruh.



masa balik kool la sket ekkkk...


/
/
/

ok...TAHNIAH sebab tamatkan baca entry kali ni. tepuk tangan untuk diri sendiri. panjang ko. hahahah....
bukan senang nak masuk entry panjang-panjang gini.

ok la.

~ tata ~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...