Oct 9, 2012

Kitchen Kabinet & Wardrobe

 Assalammualaikum...

Weeewiitttttttt...sabtu lepas KC & wardrobe dah selamat pon dipasang.... wa ha ha... suka ati i.  Syukur.  Alhamdullillah. Murah rezeki masuk rumah kali ni. merasa guna wardrobe dan KC. Rumah sebelum ni guna loose furniture je.  Nasib baik pon. takde la runsing2 nanti nak sewakan rumah tu pada orang.  Kalau tak nanti risau pulak orang tak boleh nak jaga harta kita elok-elok macamana kita jaga.

Ok, wardrobe ni aku letakkan di famili hall tingkat atas. tak buat besar mana pon.  bajet membenarkan 6.5 kaki je.  memang kalau ikut ati mau sepanjang-panjang dinding tu. 





Dua orang buat keje kat atas tu. senyap, tekun dan tertib je dua orang ni buat kerja.  Suka tengok.  Dengan bajet yang ada boleh dapat lah wardrobe anti jump 6.5 kaki. dengan harga RM350 sekaki.
Free gift: Soft Close Hinges, Full Extension and Heavy Duty Drawer Set, Drawer.

 

Inilah hasilnya.  Sesuai dengan warna dinding tu kan.  Cantik pulak aku tengok.  Cat ni guna cat KCC korevon Silk2 5 liter base 1 code: 7175 (RM84.00).  Kaler cat tu dengan lampu 5 bulb berwarna kuning membuatkan ruang ni nampak sungguh lembut dan tenang. Memang sesuai kami jadikan ruang ni untuk ruang keluarga nanti. 

 Compartment dalam wardrobe. kiri kanan aku buat ruang yang hampir sama.  senang nak simpan barang-barang macam bantal, selimut, toto.  pendek kata untuk buat storage am yang akan digunakan bila ada tetamu datang.

 Ni keje kat bawah pulak.  Uncle ni buat sorang-sorang je beb.  Umur 62 dah tu.  dia kata dia start buat keje-keje bertukang ni sejak umur 14 tahun lagi.  so no wonder tengok dia punya skill.  memang mahir.  mulut tak berbunyi pon buat keje.  releks je sengsorang..

 Aku guna 3G kitchen kab.  mula-mula ambil warna crystal white dengan titanium.  Last minit tukar ke green and black.  boleh la ek....dah macam-macam kaler plak kat dapor kita tu.



Ni yang dah siap. 9 kaki base unit. Nanti bila dah pindah boleh touchup dengan eksesori dapur.  
Free gift:  Bottle Rack, Spoon Tray,
Dia nak bagi tray pinggan jugak tapi kedudukan yang terlalu hampir dengan api so tak jadi lah. dapor sempit je pon. macam-macam nak pulak kan,....
 
 4 kaki wall unit. semua aku ambil yang buka dari bawah tarik ke atas. full extension sampai atas.  Nampak elok sket dak? dari biar kosong pas tu nanti nak kena cuci plaks sebab berhabok.  


Ni pulak 7 kali wall unit full extension jugak.  Bawah tu aku tak letak sebab aku ada loose kabient kat rumah ni.  pindah nanti aku nak cat balik kaler hitam baru sesuai dorang dok together-gether kat dapor nanti.

Moga-moga lepas ni dapor aku akan lebih kelihatan tenang dan harmoni.  Dari sekarang yang tonggang langgang sebab tak cukup storage... (alah! alasan, tak boleh blah, dah pemalas tu buat lah dapor canggih cam ner gaya pon tetap sepah! heheheh..)



ha ni ler tukang aku..... call la deme kalau berminat.
  
Ekceli aku pon kenal dorang ni dari cari.com.  banyak review yang bes2 so aku pon call ler jemput datang ngkukur kat rumah. very friendly. dan murah juger. tu yang nak tu.
kalau korang berminat boleh call dorang.  boleh jugak cari kat forum cari.com.  boleh baca review2 customer yang lain.  tu yang penting kan.  pendapat dari orang yang dah buat.  kalau kita dapat yang murah sekali pon tapi tak pernah tahu performance tukang tu payah jugak... jadi ler cam rumah aku ni.  macam buat ngan tukang yang tangan cuma ada satu..... tu kisah lalu!!!!...tapi geram masih bersaki baki lagi....hahaha...

ok... aku hepi mode today....harap2 tiada apa yang mengspoilkannya.....

Oct 6, 2012

First trial nasi kerabu meletoppssss...

 Assalammualaikum..


Burrppp......Alhamdulillah. skang kol 12.30 tengahari. baru aje lepas makan untuk kali yang kedua.. hahah...percubaan pertama terus bes. boleh. bukan susah mana pon nak buat nasi kerabu.  jangan derhaka pada resepi.  sket-sket takpe. hahaha.....

ko bayangkan, anak beranak aku memang suka makan nasi kerabu.  pagi2 merantau jejauh nun sampai ke shah alam semata-mata nak sarap nasi kerabu yang best. bes la sangat..(mata ke atas, lidah kuar k)...hahah... jeles k. bila laki sebok membilang, nasi kerabu orang tu sedap nasi kerabu orang ni sedap. tetiap mingu seyhh berangan nak buat ni.  maklum ler laki kita orang pantai timur mana nak lari tekak dia ni ngan sarapan yang heavy2 gini.

nak amek, lepas 13 tawon kawen baru ni bini dia buat nasi kerabu...lama study cari resepi bes beb!.. tapi aku buat ni memang bes.  tu ha anak kau masih lagi makan untuk kali yang ketiga.  perggghhhh.... tak sia-sia mak tunggu 13 tahun mengaji resepi.....

 Aku buat nasi kerabu kuning.  memula anak-anak aku cam pelik je sebab biasa makan nasi kerabu biru.  nasi kerabu putih deme jarang  makan.  ha ni meh try yang kuning plak.  itu cuma kaler je la.  rasa samer jerk...


 Cantik molek nasik kuning tu dah macam pulut kuning kekdahnya. Meh aku catit resepi. Untuk rekod aku je. aku tau kome2 memang dah terer membuatnya. 

Nasi kuning:

Tanak nasik cam biasa. letak sket kunyit atau pewarna biru atau apa2 pewarna la yang kome suka. (biru tu ada daun yang boleh dicampur untuk mendapatkan warna biru. aku tak biasa dengan daun tu kalau kome org kelantan tau ler kot). pas tu letak ler sehelai dua daun limau purut dan pelepah serai dan sehelai dua daun pandan. nak kasi wangi.  memang wangi dan sedap na bau2 tu bila dah bercampur...

Sambal Kelapa Ikan

Ikan kembong 4 ekor. kelapa parut putih RM1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia ngan sebatang serai.  agak-agak je la bahannya yek. 1 sudu besar lada hitam. garam gula secukup rasa.  ikan kembong tu rebus ler dulu dan ambik isi tumbuk lumat.  kelapa parut goreng tanpa minyak atas kuali sampai keperangan. pas tu campur KESEMUA bahan ni, gaul rata dan sangai balik atas api supaya dia kering. so tahan ler lama sket.

Sambal Tumis

Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih dan halia.  Titik serai. Goreng guna minyak sket. dah garing, letak 3 sudu besar cili boh. goreng sampai garing.  pas tu letak air secawan dan masukkan santan kelapa RM2. pas tu reneh sampai pecah minyak.  kelapa RM2 ni dpt tumis sket bebenor.  next time aku wat sekilo terus.

Sambal cili

Bleh sebiji tomato dengan 10 batang cili api.  letak cili besar sket pon ok. tak ler pedas sangat nanti.

tu je.  kome boleh ler nak buat lauk tambahan, ayam goreng ke atau ikan goreng celup tepong atau apa2 je la yang sesuai.



Ni yang dah siap digaul.  Perhhhh, memang terbaek... hahaha... puji sendiri nampak.  sapa lagi nak puji2 kan... aku wat ikan celup tepung ngan ayam goreng rempah.  tu aku makan ngan hati ayam....

ok. jumpa lagi.



Sep 28, 2012

Home Progress

Assalammualaikum.

Lama tak cerita pasal progress rumah aku di Bandar Saujana Putra kan.  hmmm, selepas 3 bulan, selepa puas main tarik tali, akhirnya aku paksa kontraktor tu serah kunci pada aku sebab hati aku amat terluka.. cewahh!.. tak ku sangka kan, akhirnya begini penyudahnya.  

final touch up memang hancur.  aku marah bila dia delay2 nak bagi kunci pada aku. bila tanya, "sudah siap, sudah siap" tapi bila pergi ada je yang belum siap. lepas tu buat kerja cincai-cincai je.  aku malas nak bising lebih2 kan.  tu pun darah aku memanjang je naik.  malas nak soh laki aku yang handle sebab aku takut jugak sampai bertumbuk plak.  ye lah, mamat kontraktor kuat tak mo admit lansung salah dia.  bila soh repair balik, banyak na cengkadak nyer.  dah mulut aku ni bising2 barulah dia datang.  plak tu hantar pekerja bangla dia plak. cakap orang memanjang hangguk je.  paham ke tak paham ntah lah.  boleh plak satu hari tu pekerja dia datang soh repair plaster dinding tingkat atas, aku dengar senyap je, tak berbunyi apa.  bila naik-naik je rupa-rupanya tengah membuta.....punya la kurang asam, tuan rumah ada kat rumah, ko berani plak membuta......SAKIT tak ati???

 Gambar di bawah ni bila water proofiing bilik air master bedroom ada problem.  Ni bukan dengan mamat kontraktor tu tapi dengan developer masa memula beli dulu.  Boleh plak penyewa yang duduk rumah ni dari 2007 sampai ke jan 2012 tu tak pernah beritahu akan hal ini.  rupa-rupa dia sendiri pon tak pernah guna bilik air atas ni sebab air slow turun dan malas nak menimba air yang bertakung.  sementelah rumah tu ada 3 bilik air, maka dorang tak pernah-pernah guna bilik air ni.  mujur jugak sebab water proofing yang problem tu menyebabkan leaking pada syilling luar rumah.  kalau dorang guna jugak sure roboh dah syiling tu.  So nak mudahkan kerja aku, dan mamat kontraktor tu pon tunjuk pandai, maka deal lah dengan dia.  nego punya nego dia setuju buat dengan rege 1k.  

ha ni la hasilnya... MASIH BERTAKUNG... this time boleh plak dia kata salur air tu tersumbat... boleh tak aku kata dia bengong... dah aku minta dia baiki bilik air tu, ko buat la a-z.. dah ko ngaku ko yang paling terer sangat buat keje.  aku bukan tau mender, yang aku tau seme settle..... dia punya putar belit...ahhhhh....sakit hati aku berdouble-double...



Sampai lah satu kali laki aku sudah hangin soh dia baiki jugak.  no excuse. kalau tidak no payment. 
Di korek punya korek punya korek, ha ko dekat setengah baldi segala jenis paku, batu seme ada.  aku ckp ni ko punya pekerja punya keje la... paku tu cantik lagi.  kalau salah developer dah tentu-tentu paku-paku tu seme dah berkarat la patutnya...




 dah korek seme benda tu kuar baru lah ok sket. tp pasang tiles tu memang macam pasang ngan kaki. tak rata langsung.  aku ni kena banyak2 bersabar je lah......



gambar atas ni kitaorang dah mula basuh rumah.  tu ce tengok, ada tompok re-plaster dinding.  dalam gambar ni adalah sebahagian ruang tamu rumah aku.  hall kami memanjang.  buka pintu je terus nampak pintu dapur. ....tangga seme dok ketepi.  nampak luas tapi payah nak menghias.  Sebelum kitaorang paksa mamat kontraktor tu plaster semula dinding tu, dinding tu mak datok, menggerutu.  macam buat dinding jamban yang dok luar rumah tu.  takde kualiti checking lansung.  



Ni palianig baru.  kitaorang cat balik rumah tu dengan warna kegemaran.  baru lah nampak lawa sket.  bilik dah siap cat kaler pink.  pekat lah pulak pink tu. ingat nak light pink je.  tu bilk qeila.  yang tengah cat tu famili hall kami di tingkat atas.  besar jugak. lebih kurang hall kami di flat ni.  ni nanti akan jadi tempat kitaorang berkubang anak-beranak. hehehe...
 kebanyakan cat kitaorang guna cat KCC.  Light purple.  Cantik jugak cat ni.  dah lebih murah.  yang bes, baunya wangi.  cam warna pink untuk bilik qeila tu ada bau stawbery.  bes sangat.  bila kami datang dan buka pintu memang sangat wangi.  aqel pon nak warna pink.  bilik lelaki tu.. boleh?.. lantaklah dah dia nak aku cat je la.  so sama lah kaler bilik dia ngan bilik qeila.  takde gambar.  nanti la ek.


ni dinding dari tangga ke tingkat atas. Cat KCC jugak. keler gray.  cantik, aku suka.  baru je cat 1 layer nanti cat lagi 1 layer untuk nampak cantik.
  
Dinding yang belum di cat.  tu kesan leaking masa penyewa dok sini lagi.  leaking datang dari air tangki.  so skang ni air rumah ni direct dari paip.  no tangki.  kena beli jugak tong besar sket untuk buat air simpanan.


lagi dindng tangga ke tingkat atas. tu aku yang cat memula, lebih kuran gje aku cat.  leteh wo.  nak upah orang kusmangat mahal weh.  pelan2 la buat sendiri...


Ni sebelah dari pintu rumah aku. 


Ni bilik bawah.  aku dah besarkan bilik ni.  kalau mak dan abah datang boleh la pocha bilik ni.  bilik ni link dengan bilik air.  cat KCC kaler english green.  cantik.  ekceli warna ni kongsi dengan warna dapur.  beli 5 liter banyak lah balance, so cat sekali bilik bawah. pas tu tak cukup plak, beli lagi 1 liter. ok. siap!.

tu ler sebahagian dari progress rumah.  minggu ni insya'Allah final mengecat.  Ruang tamu tingkat bawah kitaorang guna Jotun White Base A je.  No kaler. Tu pon dah 2 tin 5 liter pakai. 

Wah!!...rabak jugak nak beli cat je..takat ni dah RM800 beli cat termasuk cat luar rumah.  Nanti ada time, aku story luar rumah pulak.

Ok. dah penat.. chow!.

Sep 20, 2012

Aku kan pergi bertemu Kekasih abadi

Assalammualaikum.

Lama tak update blog.  T________T.  Syawal baru je berlalu kan.  Tapi hati rindu sangat2 pada Ramadhan.  Blog pon lama dah tertinggal.  Banyak cerita happening tapi takde upaya nak menulis banyak2.

Balik pada tajuk tu kan... jangan pulak suspen.  bukan aku tu.  itu lagu kan. lagu black ft mallique. ntah macam mana, aku tersuka dan terkesan dengan lagu ni.  bila korek2 lirik, boleh plak aku mendalami senikatanya dan sungguh mempengaruhi aku.  sumpah aku menangis. lagu ni pasal mati kan.  kesedihan meninggalkan orang tersayang. masa ni aku terbayang person dalam lagu ni adalah aku. erm.. anak2 masih kecil kan.  kesian.  tapi ajal mana kira.  bukankah manusia kena sentiasa bersedia.  ajal maut jodoh pertemuan Allah tentukan.....

ketawa bersama, menangis bersama, ku bersumpah harap kita mati pon bersama....
aiyoookk..... nangis lagi....... k lah...hayati lah lirik sendiri yek....  pas tu, carik kat youtube sendiri yek...

* ini memang sumpah janji bagi orang yang bercinta.  lebih2 lagi yang dah kawen kan.  kau sebahagian aku, aku sebahagian kamu. memang kalau boleh tak mau lah ditinggalkan dengan seribu kenagan sengsorang atas dunia ni.  memang sumpah kalau boleh nak mati bersama...

k la... yang lelain....tafsir sendirik lah....

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

 
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

*

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Aug 7, 2012

Meh dengar mak banang berleter...

Salam nak!.

(Sila baca stail mak banang T______________T)
 
Lama mak tak masuk sini.
Mak sibuk nak.
bulan-bulan pose ni orang sebok cari pahala, mak plak sebok cari laba...
ho ho!... bukan gitew nak. part time rezeki mak setahun sekali..
tak de lah menimbun kot... cukup2 nak bagi wat duit raya kat bebudak yang datang umah mak raya nanti.

Kain baju yang nak kena jahit setambun.  bukan mak tak warning.  awal2 mak dah warning, anto ler cecepat kain baju tu. kot nanti tak beraya ngan baju baru.  tapi tu lah nak!, korang ni tak mo dengar cakap mak.... las2 minit korang anto jugak... kena la jugak mak siapkan... mak tak sampai ati nak!!!...
yang ngantor tu bukan orang lain plak.  anak-beranak mak jugak nak!.

Ni sejak pose, pepagi buta lepaih je sahur, paler mak mula pening, nak makan apa berbuka nanti.  walhal nasik dalam perut ni blom hadam lagi.  dah berangan menu berbuka.  bukan apa nak!.. kang kalau mak tak masak, ni ha ramai anak2 burung ni ha dok menanya, buka makan apa? buka makan apa?
berulang-ulang nak!!!... hai mampos! jadi emak ni.  jadi bapak kan senang...
balik2 teros bersila.....
 yang abang2 tu ce lah hari ni cuba meng'ofer'kan diri nak tolong buat menu buka pose.
tak de mak SETERES hari-hari pk nak masak apa. 

ok lah...makk tambah stress ni. bos mak tetiba je panggil soh buat keje ni...
tadi mak melangok punya lah lama xde pon dia nak itu ini.
grrrrrrr....

 

Jul 25, 2012

Baru nak update AgroChallenge Sabah 11-16 Julai

Assalammualaikum

Dah 5 Ramadhan kita ye!. cepat kan  masa berlari. nanti sedor sedor je dah tetengah Ramadhan.  pas tu tetiba je raya.....eh! tetiba lak.  hahah.... akak ni keje kat umah lagi sibuk dari keje kat opis ni.  kengkadang akak bawak aje homework kat umah tu ke opis... heheh... aci? boleh lah tak selalu... time sibuk2 nak raya ni je!!!...

Citer Sabah tak masuk2 lagi entry. kena masuk gak nih.  buat kenang-kenangan.  masa nak pegi ritu kemain lagi bercintanya.  ye la...lama!... dkt seminggu tu. tpi skang dah jadi kenangan hari semalam belaka.  opkos la seronok.... bukan selalu dpt outing ngan member.  k. moh citer ikut gambor.  gambar main pilih2 je... beratus tu nak amek semua...

Programnya adalah Kota Kinabalu - Kundaasang - Kunak - Sandakan - Semporna - Tawau - Kuala Lumpur

Lama kan?.. 6 hari 5 malam.  5 malam 5 hotel.  Cek in malam, cek out lepas breakfast around 7 pagi.  Sana cerah dah weh... kol 6.30 dah sarapan.

Hari pertama, gi round2 city je.  KK aku pernah pergi back in 2003. Lama dah. Ada banyak perubahan jugak.  Maju KK.

Hari kedua kami pergi ke Desa Catle Dairy Farm, Kundasang.  nampak kat atas tu lembu banyak. best tempat ni.  bau lembu . dah tempat perah susu lembu. bau lembu lah.  bagi penggemar susu lembu tak sabar-sabar dorang nk minum susu lembu yang fresh. aku tak la... loyer lagi ada.  sepanjang berada disini aku tutup hidung sebab sungguh tak tahan baunya yang kuat.  bau susu lembu.  


Cantikkan. berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.  tempat ni dapat jolokan New Zealand M'sia.  memang bes. tpi sayang hari hujan masa ktorang sampai tu, maka tak dapatlah nak bergambar kat padang yang walah la cantiknya.  Gunung pun dilitupan awan.sejuk giler time ni.  sumpah! aku tergoda pada keindahan alam dan jatuh cinta pada gunung itu.

Ni hari ketiga. baru cek out hotel.  ha!..baru nampak gunung nya.  cantik siot.  gunung ni akan boleh nampak dari jam 6.30 pagi sampai kol 9 pagi je.  lepas tu bila hari makin meninggi, awan makin banyak dan puncak gunung tidak lagi kelihatan.  kena lah tunggu esok pagi kalau nak tengok gunung.  tengok je la.  mak aku siap anto sms, "awak tak payah lah panjat gunung tu, tengok aje lah dari bawah".. macam lucu je plak sms mak aku ni.  Idak ler aku nak panjat gunung tu...... masa ni kitaorang stay kat hotel Cottage. so-so lah. hotel takde lif.  bantainya la bawak beg yang berat2 tu panjat tangga...phieewww!!!...


Ni dekat Tagal, Spa Ikan.  menarik.  bagi makan ikan dan ikan datang massage kaki kamu.  Ikan tu sebenarnya datang nak urut kamu atau datang nak makan.  ce tak payah bagi makanan tu, boleh kah bah dia datang urut kaki kau.....
aku tak koser nak bukak kasut nak geli-geli dok spa ikan.....ada yang terjerit2 geli tapi mau....


lepas urut kaki ktorang dihidangkan dengan makanan tradisional.  kaum apa ek? lupa plak.  tu beras bario yang dikacau-kacau dan dibungkus dalam sejenis daun.  ala-ala nasik impit lah.  seketol ngko. besar giler.  lauk plak seme yang ala-ala stim dan kerabu gitew.  ada ikan masak stim ngan segala macam dedaunan.  yang aku tahu rasanya adalah daun kantan.  banyak sangat penggunaan daun kantan.  pas tu ada macam kerabu ikan bilis.  not bad.  dan sayurnya ialah nangka yang dimasak macam benda yang sama.  alot of daun kantan.  hmmm....orang dah menjamu kita kan. apa nak soal banyak.  tp series aku kata, aku memang tak boleh masuk.  tak reti nak makan.  terkial-kial makan masa ni.  Sumpah! tak kenyang tengahari tu...

Lepas dari ini singgah di Ladang Teh Sabah yang terletak berdekatan aje dengan spa ikan ni.  pelagi memborong teh ler plak.... tak de gambar lorr....tumpat camera orang je...

Pas tu teruskan perjalanan ke Sandakan.  Gambar ni sebenarnya tak ikut turutan langsung.  Meh citer ikut gambo je la......


aku pon tak ingat gambor ni kat ner...heheheh...sori ler... nengok je la ye...

yang ni dekat kelong, tempat pembiakan ikan kerapu.  besar tempat ni.  first time lalu kat kelong yang berbuai2 tu... memula takut nak naik tp dah seme orang p, tercabar gak kan....pegi lah jugak, walhal dalam hati...mampos lah kalo jatuh dalam laut ni... sebok je tanya, dalam ke tak? dalam ke tak?...laut beb!..maunya nak cetek...

yang ni dalam bot nak ke Projek penanaman rumpai laut dekan Litignan. dekat dengan pulau bum-bum.  best giler naik bot laju.  tu bot jabatan perikanan.  3 bot semuanya.... cuaca cantik, laut cantik...

boleh plak ditengah2 laut ada pangkin gitew.  air laut punya la cetek.  ada yang siap mandi lagi.  menurut bos aku, ada masa air langsung kering.  siap boleh  main bola kat situ.  oh! tak dapat aku bayangkan... bertuah sangat rasa dah sampai sini.  subhanallah!!! sungguh cantik ciptaan Allah.


ada gak famili dok sini... anak tek-tek-tek....4 orang.  dalam perot ada lagi... apa lah hiburan yang ada kat tetengah laut tu kan... buat anok je la... aku plak yang risau anak2 dia terjun dari pangkin tu. isyyy cam ner lah kehidupan orang-orang kat sini yek...


Ni plak kat ladang seorang usahawan tani berjaya.  Dia menternak kambing dan ladang kelapa sawit.  bestnya berada di ladang dia ni.  bangga giler bila tengok orang kita berjaya.  ni tanpa usaha yang padu tak mungkin dapat buat semuanya ni.

siap jamu lagi ha homemade kueh mueh.  semua dari ladang.  ubi kayu, kelapa, gula nira, pisang, daun pisang.  wah!! respek giler la.... air botol tu je beli.  lain2 modalnya cuma tenaga..

Masa ni dah hari terakhir.  pergi ke kilang koko di tawau...

 kan...makin ke bawah makin pendek2 captionnya. hehehe....menurun sket...
ni kat jeti tawau.  aku percaya sampan2 ni kepunyaan pekerja2 yang mungkin tinggal di pulau2 berdekatan atau warga indonesia yang kerja di tawau..... .. tak dapat berkenalan lama dengan tawau sebab sekejapan je kat sana. tu pun dia bagi masa 1 jam je to do some shopping.  mana nak cukup masa kan.  grab je apa yang dapat.  beli la amplang buat survenior. tshirt2 lebih kurang.   pearls seme dah siap2 shopping masa kat KK hari pertama sampai tu.  kat tawau pon ada kedai yang jauh lebih murah dari KK.

Ekceli ada lagi tempat2 yang pergi tapi tak masuk dalam ni.  Takmau lah buat entry ber part2...  Ekceli ada pergi tengok org utan di SEPILOK.  bes gak tempat tu.  kalau bawak anak2 mesti lebih beronok-ronok...

Sebenarnya jugak AgroChallenge  ni lawatan ke projek2 pertanian yang berdaya saing.  yang dah maju.  dan rombongan ni pon disertai usahawan2 tani dan pegawai dari kementerian pertanian.  maka boleh lah dorang buat promosi produk masing2 sambil mencari ilham untuk memajukan bidang pertanian.  Juga untuk mempromosi agrotourism.  Gitu ler lebih kurang.  Kementerian hantar 10 orang pegawai yang pernah mendapat menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.  Aku ler tu sorang diantaranya.  beribu dapat APC tahun lepas tapi 10 orang aje yang berjaya.  maunya nak ditolak...

Rumusannya :  aku suka sabah.  banyak sangat tempat menarik disana.  very nature.  sesuai dengna nama negeri di bawah bayu.  Overall aku suka yang amat di kundasang.  very kekampungan.  dan sangat suka sandakan.  Bandar ditepi laut.  aku suka la.  maka dengan ini aku berangan-angan ke sana semula dengan famili aku nanti.  Insya-Allah...

Ok lah, terima kasih lah kerana membaca panjang2 begini....

# hari ni nak berbuka apa ye???


Jul 20, 2012

Di Ambang Ramadhan

 Assalammualaikum



Walaupun aku masih emo, masih dalam mud nak marah-marah namun tak de kena mengena dengan Ramadhan yang akan datang menjengah kita esok.  Insya-Allah.  Pohon kepada Allah s.w.t. agar dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik untuk sama-sama meraikan kedatangan Ramadhan, bulan penuh keberkatan.  Part rumah aku tuh nanti boleh setelkan kembali.  Semua tu urusan duniawi.

Dengan itu SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN-KAREEM.
SEMOGA BEROLEH KEBERKATAN.

i'm pissed off...

Assalammualaikum.


Aku baru balik Sabah ok. banyak tugas menanti ni. baik kerja mahu personal. puasa tak lama lagi. nak kasi setel semua, tak termampu aku rasa.  aku nak story sket pasal renovate rumah aku yang dah lama aku tak update kat sini.  tiap2 minggu aku pergi jengok tapi tiap kali pergi hati aku jadi sangat sakit.....

proses2 akhir nak siapkan rumah, kontraktor tu dah mula buat taik ngan aku.  dah mula macam sekali ketuk sekali masuk. sekali ketuk sekali masuk.  berjanji sehari ke sehari........ finishing memang hancus.  rumah tak cuci.  kesan simen all over the place.  kesan cat... memang macam gampang...


urrrrgggghhh.... PISSED OFF.....

Jul 9, 2012

Salam Senin

Assalammualaikum.

Hari ni dah Monday. Cepatnya hari berlari. Kejap-kejap dah Isnin.  Kejap-kejap dah Senin.  Korang in blues?.  Takyah la nak blues-blues sangat. 6 hari lagi jumpa Senin lagi..  

Semalam kan....ktorang ke Pasar Tani Shah Alam.  Sokmo kan kalau gi sana tak pernah nya abeh round.  Manusia punya la ramai.  Ntah haper dicariknya ntah!.  Buat per tya orang, tanya la diri sendiri ye dak?...

Kan...sokmo lah kalau ke sana berazam gitew nak abeh pusing seme stall tapi bila hari menginjak 10 pagi, matahari dah terik.  tak koser ko. berpeluh luar dalam.  Semalam kan...nk jadi citer, keter ktorang masuk longkang beb!.   ni seme lah keje orang yang suka mencuri penutup longkang ni.  ...heheh...macam geli hati plak sebab tayar belakang siap jongkit lagi.  Acaner nak reverse?

Ha...masak ko!... Tapi beruntung ler kome ni tinggal kat 1mesia ni.  apalagi 1mesia la turun.  hehe... mujur ko, ramai yang datang tolong.  Di hangkat nyer aje keter tu.  Memola tu berpeluh gak r laki akak tetengah panas terik tu.  Ingat cam badang boleh hangkat keter tu dua beranak ngan aqel.  jgn wat keje giler bang!!!... tp tu ler orang 1mesia yang pritahin telah sesama menghangkat keter itew sedang ahkak tolong kasi press ngan gear reverse sekuat kaki...heheh...mujur lah tak terpelanting lagi sekali....ha hahah....

Lepas tu kan... akak gi lah umah Saujana Putra dengan harapan setinggi gunung (sambil nyanyi2).  Ye lah kalau hikutkan hari ni nak amek kunci ni.  berangan cuci umah sambil bermain ngan anak2.  Sesampai sana ko igt apa terjadi....finishing memang fully teroksss... plus ada gak keje kecik2 dia boleh tinggal.  Ingat comotnya.  kome bayang ler, ngan panaih terik, ahkak main sembur je mat bangla tu... pannnnnasss ati tau...
orang dah la banyak keje.  plan baik dah nak cuci umah tu.  pandai menjawab plak tu...kuwang ajo.....

sabor je le cik kiah. menggelupur abang bangla tu mencari orang kasi bela kecik2 punya keje tu kasi siap...
pujuk ati...takper la...kasi delay lagi satu minggu. lagipun aku sibuk.  memang puasa juga boleh start keje2 domestik kat umah tu...

Apalah erti blog tanpa gambor kan.... xde lah gambar.  cuaca panas sepanas hati ku. Tak sempat nk angkat kamera pon. 

Rabu ni aku kena gi Sabah sertai AgroChallage. Hmmm...intan terpilih je hokey.  KSU soh anto 10 orang dari orang yang dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2011.  So randomly picked.  Dapat kat ahkak.  Nak tolak sayang lah you alls.  RM3000 tu satu kepala Kementerian tanggong.  Nak pergi lain kali tak tahu dapat ke tidak.  So dengan berat hati ahkak tinggalkan anak2 dengan suami selama 6 hari ni.  Moga semuanya selamat dan dipermudahkan. 
 Amin...

ahkak pergi sana bawa sarat dengan rindu.  huhu...


Jul 3, 2012

Nasi Kandar Penang... apa yang special sangat..

 Assalammualaikum


Kitaorang anak beranak ke Penang hujung minggu yang lepas.  Lama sangat-sangat dah nak ke Penang.  Kata orang ada banyak makanan yang best-best kat sana.  Sampai ada sorang kawan aku dalam setahun banyak kali sangat2 dia ke Penang.  Dah macam balik kampung kekdahnya.  Rindu kat makanan.

Bertambah-tambah teruja aku.  Last sekali sampai Penang ialah tahun 2008 bila mengikuti kursus induksi umum. 10 hari you!. BUT pergi kerja dengan pergi bercuti mana nak sama kan...
Sebelum pergi buat homework sesikit.  Cari tempat makan yang best.  Tempat jalan-jalan.  Walau pun pergi cuma 1 malam.  Tak cukup masa - tu confirm.  Ah! dapat pergi sebahagian pun jadi lah.

Tapi malangnya.  Semua tempat yang survey semua tak boleh pergi disebabkan keadaan jalan yang super duper jem.  Sakit hati tau!. Jalan ke Feringgi jem.  Jalan ke bandar..don say la!!!....plus sesat barat...
fffiiiewwwww..... cerita tak guna...tembak tak kena.....

Jom tengok pics....


Sampai George Town agak awal.  Dah keluar rumah pukul 6 pagi.  10.30 dah sampai sana.  Jalan sesak sket maka sampai Copthorn Hotel lebih kurang 11.30 pagi.  Blom boleh check in lagi. BLOM TIME!!.
Melilau punya melilau jumpa kedai ni.kedai mamak pesembuq...


kesahnya tempat ni di persiaran gurney.  awak ni punya la melilau nak mencari padang kota.  ruper2nya persiaran gurney ni jugak dikenali sebagai padang kota baru... fieewwww.... nasib tak giler memusing2 tempat yang sama tapi dok mencari nama yang lain....



Ha..ini ler padang kota baru.  So dalam pencarian sekarang ni ialah padang kota lama.  ada baru musti ada yang lama kan.  kalu tak pehal gatai2 letak baru...
 

hari pertama mencari adalah sesat.  so dah pukul 2.30. harus check in hotel dulu bagi rehat2kan badan.
 

 Pemandangan dari swimming pool hotel.


Sebelah petang berjalan2 ke Pantai Batu Feringgi.  Nak menyampai ke Feringgi ni punya lah banyak keter.  Berhenti kejap-kejap.  Boring tol. Nasib baik pemandangan indah dan cantik.  Kalau tak.....


Ramai orang disini.  Pak arab paling ramai.  Ye lah.  Pak arab is everywhere.  Yang  pompuan siap berpurdah.  Yang jantan sardin je ngan suar pendek.  Maka tertanya-tanya lah di dalam hati ku ini, adakah mereka ini orangnya sangat beragama atau apakah sekadar budaya? tolong, tolong....tolong jawab kan.

Plak tu main jet ski boleh plak pakai kain kelubung dia tu. nampak biji mata je. bagi aku, kalau nak main sukan air pakai lah yang proper atau tak main lansung.  ombak dah kuat, jatuh bantai dek ombak tu dah bergolek-golek dalam air cam batang balak je...hehehe...selak anak aku suka......



Eh!..Pantai Feringgi ni terlibat tak dalam kes amukan tsunami dulu.  Suspen aje aku dok tetepi laut ni.  Stay close ngan anak-anak....

Mencari makan dipantai adalah meragukan.  Banyak kedai makan.  Best-best kelihatan.  Tapi sangat-sangat keliru akan kehalalan nya.  Sebab most of kedai serve liquor. Ye lah mat saleh ramai.  waima tamil2 mesia kat situ pon galak menonggak carlsberg selamba je.  Tak pernah aku tengok lagi di mana2 pantai di Malaysia ni.  Adakah kerana pemerintahnya maka, keadaan memalukan ini wujud?...mmmmm tak tau! tak tau!


Tak jadi makan ditepi pantai.  Melilau lilau lagi mencari tempat makan.  Aik! dah macam round oversea plak, nak makan ragu2.  Ada banyak kedai serve makanan timur tengah ni tapi macam tak lalu je kan.  Plus tak reti nak order mender.

Gambar atas tu pasar malam Feringgi.  Best jugak. tapi kitaorang sampai awal sangat.  banyak kedai baru nak nyusun-nyusun.  kat sini lebih kurang je macam di PS Butik (Petaling Street).  Barang & kualiti yang lebih kurang sama.  Harga pon.  Tak terkilan lah tak dapat beli apa-apa.  Boleh aje pergi PS beli.
 

 Jalan sangat jem membuatkan kitaorang tak boleh nak mencari kedai yang telah disenarai pendek untuk pergi.  Hmmmm sakit hati sebab jalan sangat jem. especially bandar.  Dah jumpa padang kota lama tapi havoc, no parking at all. Kebetulan pulak ada cruise berhenti.  Besar plak tu.  Rasanya beribu orang turun dari cruise tu menambahkan kesesakan bandar George town malam tu.  Wah!!!...angkat tangan!...cannot go...hungry already.

Pergi je la sini....
 

PELITA NASI KANDAR.... hek eleh... KL melambak pelita...
watever la... bila lapar, manuasia akan sukar berpikir dengan waras...
 

Makan apa yang ada.  Sedap juge!...dan mahal juger!!!.
 

Hari ni hilang pantang. Makanlah segala jenis udang, sotong, ketam.  Hambek ko!!...
 

Licin..
 


Sepanjang aku makan dia tidor.  berpangku. apa nak buat. 
makan tetap makan.
 

Disebabkan tak familiar dengan kawasan luar Feringgi & Tanjung Bungah ni, maka kami buat keputusan makan sarapan di hotel je.  Sementelah 2 dewasa dah dapat free.  Cuma bayar tu additional 1 dewasa dan 1 kanak2 untuk qeila.  qeisa free.

Boleh makan sepuas-puasnya....
Puas hati ler member bawah ni, boleh balun BAIK PUNYERRRR.....




Ha..ni lagi satu tempat paling si....*TUTTTT*...
dari luar dah macam buat budak2 ni menggelupur nak masuk.  Plak bayar sampai RM10 sorang. 
masuk-masuk tengok patung yang berhabuk ni.  HEMPURAGHS......
Ingatkan adalah patung-patung yang boleh dibeli ke.  Tension giler bebudak ni....


Jalan laju-laju...
 

Tengok lebih kurang sambial mencebik...
 

 GET OUT FROM HERE.......

HMMM...hampeh.....

Time to go..
 
 Singgah sebentar di Padang Kota Lama tu.  Kata orang pasembuq nya sedap.  Ini lah kekdahnya.  Sepinggan gini regenya RM55. Hambek ko!!!... Dah lah masa bayar tak pernahnya ucap terima kasih.  Ke memang kat Penang terima kasih ni berat je!!!... 


kata orang ais kacang di Padang Kota bes. so-so la...kat mana-mana pon ini ler rasanya....
 
 melimpah ruah....


 Time balik adalah menyeronokkan bagi dorang.  Dapat naik feri.  Seronok.  Last sekali naik feri masa datang sini masa perkahwinan pak usu dorang yang kawen dengan orang penang.  Masa tu 2004.  Aqel baru 4 tahun.  Dah tak ingat katanya.


Memenuhi permintaan dorang, balik kita dengan feri. Aku a bit gayat lah......bimbang dan kecut perut
 
Tu di belakang kelihatan cruise yang singgah di bandar.
hitem muka abang macho dok berjemur kat pool.

Lepas ni mungkin nak ke penang lagi kot.  nak buat homework dan survey orang lebih lagi.  Sebab next trip nak pergi dengan famili besar.  mesti lebih heppaning.  ada gak kaki gossip.. mesti BEST lagi.....

Babai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...