Jul 5, 2011

Alhamdullillah.....it's now 38...

38th...it's juz a number.....owhhh.....dah tuwerkkkk......
watever people say la. doesn't matter. mana nak lari. semua orang pun akan berhadapan perkara yang sama. Ni lah namanya naik tak turun-turun. ahaks. however, this is normal proses being a human. hehehe. not only human la...every yang bernyawa....but what the heck. as mentioned early it just a number lorrrr....apa ada pada angka!. yang naik cuma nombor. tapi hati tetap macam tu muda remaja lagi you!



Nothing special happened today. juz like a normal day. off to work. comi

ng home. do some cooking for kids. house chores. bla...bla... pas tu mata dah kuyu. sat g lepas isyak..dooommmm.... berlalu sudah satu hari. esok pusing balik benda yang sama. hmmmm....cam tu ler kehidupan...




2 3 hari lepas berangan punyalah baek. konon nak buat kek. reward


diri sendiri. nak masak macam-macam. siap list lagi. nak buat bbq ayam la,. ahhh!!...berangan memang seronok. nak mem'prepare' tu tetiba jadi OKU. banyak lah pulak benda yang takde. nak buat marketing macam tak terkejar aje. penyudahnya, ini lah yang ada di hari jadi ku yang ke 38.....






Nasi goreng pedas telajak......hehehe...itu je yang ado...hokey per?...kurang-kurang anak-anak aku riang gembira dapat makan nasi goreng memalam sambil menyulam air.. pedas nak mampos!!!...sori weh!...terlebih cili lah pulak...tp best kan....sebab licin tak tinggal sebutir pun.



Dengan sisa-sisa kerajinan aku yang cuma tinggal sedikit itu, maka jadi lah dessert aku yang ini. First time try tu...plak tu jadi ler plak....Shantikkk lagi....hehehhehe....


jom cekidaut....





Cream Caramel

bes wo. ok. ok. terpaksa r masuk bakol hangkat sendirik. nk tunggu org puji-puji ntah bila zaman. hada aje komplen.



yang dah dipotong-potong. ewah..

terliur tak. terliur tak. hehehe...perasan sungguh tuan hamba ini...



Nyum. nyum. jemput tengok.


hokey. meh sini aku letak resepinya. sempoi aje


1 tin susu sejat penuh berkrim. disukai ramai.

1 tin susu air. tin yang sama ler

8 biji telor pelbagai saiz yang korang suka. jiran sebelah rumah kalau tak suka lantak dorang la.

dah semestinya esen vanila.

tak lupa jugak 3 sudu besar gula yang dihanguskan campur ngan 3-4 sudu air.
kalau tak reti cara nak hangus kan gula, tanya pakcik google.


jangan malas.


buatnya senang aje. semua ko gode ngan tangan aje. lebih2 kurang. gula hangus siapkan dalam loyang. mentara tu panaskan kukusan. pukul ler telor tu. ngan garpu aje. pas tu masuk susu. kacau sebati. masukkan air. kacau lagi. tak yah lama2 nya. lebih kurang 2 3 minit aje. siap seme proses. pas tu tuang dalam loyang. kukus 15 ini. sejukkan. tonggeng atas bekas rata.

nyaman sekali kalau makan sejuk-sejuk....enakkkkkk....

kalau teringin cuber ler. bebudak pon boleh bikin ini.

ok ler jumpa lagi na...mata dah kelat..dah pukul 9 ni...

baby dah lama tidor. skang ni mak baby nk tidor.


gud nite.

# terima kasih seme ucapan dari kengkawan yang sms dan ucap selamat tru FB. Sayang korunk.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...