May 15, 2009

Selamat Hari Guru untuk Cikgu-Cikgu

Minggu lepas, Ija open table...juz untuk keluarga sempena beliau terpilih ke KPLI. Syukur, kami tumpang gembira. So menambah ler bilangan cikgu dalam keluarga aku. Setibanya hari guru ni aku ucapkan ler selamat hari guru kat cikgu2 yang pernah mengajar aku dulu especially Cikgu Azmi Yusof yang dah rembat kawan baik aku jadi bini dia.....heheheh...cikgu-cikgu, ada udang sebalik batu.....anak murid leh jadi bini lakssss........dan seterusnya semua cikgu-cikgu kat Malaysiani. Tak lupa jugak kat kawan baik aku yang dah turn jadi cikgu jugak la ni...Cikgu budak Tadika... Teacher Syamsina.......mencabar tu kerjaya baru ko..harap-harap ko tabah............


Ni kakak aku, Cikgu Liza dan suaminya Cikgu Roszaidi (or Ustaz???)...tengah menjamu selera. Dengar citer, kakak aku ni cikgu yang garang...tp kalau hari guru banyak tu bawak balik hadiah, garang-garang pon anak murid sayang...Moga diberkati...

Satu lagi teacher's couple in the famili....Selamat jugak buat you all, Cikgu Shamsul dan bakal cikgu, Cikgu Ija (masih kumpul ilmu nak ajar anak org).....

Untuk korang, didoakan semoga sentiasa bersabar dengan perangai anak murid dan sentiasa jujur menyalurkan ilmu pada anak bangsa....jangan lupa ikrar korang masa mula-mula jadi cikgu k..... Nanti aku nak tanya anak-anak aku sapa faveret cikgu dorang........

ntah............

Akhirnya, petang Rabu kelmarin, basah jugak bumi Allah ni.... punya la berhari-hari panas, dah macam kemarau..menjalar-jalar kepanasan dalam umah...feeling naked je kat umah...hehehehe...kat umah ler.....hai!!!...ni baru je azab donia tu...blom lagi azab api neraka.....aduiihhhh....insafff.... Dan semalam aku cuti, ada appointment dengan doktor...maklum ler, dah ambang2 penuaan ni, macam-macam ler penyakitnya...


Dari luar jendela bilikku......pagi khamis 14/4/2009...hari masih renyai-renyai...mcm syok je kalo sambung tidoq gitu..........
Dah sampai ke spital, biasalah amek darah berpain-pain....(??????)...arghhh...sakit tau.......aku snap sengsorang time aku drive, awal plak settle amek darah, jumpa doktor pulak petang nanti, so jalan-jalan la dulu...mana nak pergi ek...Putrajaya ni bukannya ada apa sangat melainkan Alamanda je!!!!...
Kemaruk aku semalam...maklum ler 3 hari berdiet sebab nak kasi cantik reading darah aku (kelentong tol!!!). Bila dah balik, menyesal pulak rasa beli benda-benda manis ni, rugi berdiet......last sekali aku sorokkan benda-benda ni, kalo nampak dek budak-budak tu kang abeh disental seme sekali................kena educate anak-anak aku supaya health concious.............
Lepas settle jumpa doktor, balik semalam teringat pulak abang teringin nak makan puding roti, lama dah dia minta buat puding roti ni, aku je yang malas.....Kebetulan barang ada, dan time pun ada, lebih-lebih lagi, rajin tu ada....aku pun buat ler, senang je pun.... Resepi ni kawan aku mega yang bagi, sedap resepi dia ni, yang paling penting mudah gitu......









Sedap resepi ni, dari kawan aku si megawati...dia memang rajin masak.....









Ni gambar masa kitaorang balik KB masa cuti Labor Day hari tu.....tak plan pun nak balik kampung, tetiba je abang kata nak balik, ye la, bila lagi sebab kebetulan pun cuti 3 hari...... kebetulan masa balik hari tu ada pesta Sua Rasa TV9....cuaca pun memang panas terik time tu...isyyyhhh...tak de aku nak layan sangat sebab ikutkan kat KL ni pon macam-macam hiburan yang ada. Lain la kat Kelantan, masa ni, umat punya la ramai......penoh giler...yela, Kelantan jarang ada hiburan, bila sesekali time ni, happeping giler r.........
Kat bawah tu aqel tengah having his breakfast di Kopitiam, KB...apa ye name restaurant tu...Hayaki Kopitiam, if i'm not mistaken...not bad jugak food taste kat situ...boleh pergi la next time......





















































Apr 20, 2009

N3 hujung minggu...........

Sabtu dan Ahad baru ni memang betul punya hujung minggu sebab masa banyak dipenuhi dengan masak dan makan-makan selain dari jalan-jalan. Sementelah pulak, selera macam-macam dan mud pon tengah baik je nak memasak-masak sampai Qeila pon sebok kata ibu ni asek nak masak je!!!....Ekceli, aku nak cuba resepi je, buat pon bukan banyak mana, ciput-ciput...jom tengok apa yang aku masak.............
Kueh Bakar

Lama dah aku nak buat kuih bakar ni, tapi tak confident je lagi. Semalam baru betul-betul jadi dan wow!...sedap siot!!...(puji diri sendiri)....anak-anak dan hubby pon suka. Bahan-bahan senang je dan buat pon senang je. Nak cuba?....ambil resepi ni..blend 6 helai daun pandan ngan 1/2 cawan air, telor 2 biji, air suam 1 cawan, 1 cawan santan pekat, tepong gandum 1 1/2 cawan, gula 1/2 cawan (ni tak manis sangat, nak manis ubuh 1 cawan gula). Pas tu blend je seme bahan-bahan ni, masuk dalam loyang dan bakar. Kalau suka letak bijan...memang best...cuba la.....
Ayam Goreng Quacker Oats


Aku sedang cuba nak ambil quacker oats setiap pagi as my healthy beakfast. Beli pulak pack oats yang besar, kalau guna untuk breakfast mau sampai berkulat oats tu. Surfing tenet, terjumpa resepi ni....ayam goreng quacker oats ni, ok jugak rasanya, just tambah quacker oats dan gaul ngan ayam yang nak digoreng selain kunyit, garam, rempah kari, telor dan oats. Then just goreng.



Makan pulak dengan nasi lemak sambal kerang. Hmmmm, memang best.....Yang ni lagi healthy, lepas makan, tidor gitu............



Oh ye, ini kek aku buat petang Jumaat kelmarin. To the suprised, kek ni diblend menggunakan blender (ye! yang blend cili boh tu!!!) Sebabnya mixer rosak dan tak boleh guna, barang buat kek pulak banyak lagi. Sayang kan!...last-last aku mix kan seme dalam blender dan aku blend, susah jugak hati mentara tunggu kek ni masak, sebab takut bantat, mana la tau over do pukul dia..... tapi hasilnya memang menakjubkan.....cantik gebu je dia naik, dan best je....ok, meh amek resepi nya, ndak-ndak pulak sesapa yang tak de mixer tu.....Blend 1 biji butter ngan 1 kotak susu segar (kotak kecil) ngan gula 1 cawan ngan telor 5 biji. Blend je sampai dia betol-betol sebati dan mesra. Pas tu tuang dalam mangkuk, masuk esen vanila dan seterusnya masuk 2 1/2 cawan tepong kek. Kacau sebati, masuk dalam loyang dan bakar sampai masak.....Senangkan!!!!!...........
Roti jala ni buat minggu sebelum ni. Saja je nak menyebok.......
Fish & Chips ni bukan aku yang buat. Malam minggu hari tu kitaorang masih lagi ambil supper kat luar walau kat umah dah kenyang makan macam-macam. Saja je, panas badan kalau tak keluar. Tepek gambar kat sini just untuk tatapan biji mata je.....Makan di restoran Chop & Steak, Sri Serdang.

Mar 30, 2009

Pertandingan Mewarna Uncle's Jerry


Ada pertandingan mewarna hari Ahad semalam di Sekolah Rendah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3). Nampaknya ada banyak lagi sekolah lain yang join dalam pertandingan mewarna ni. Budak-budak ni pun participate. Bagi sokongan la sikitkan untuk program yang dianjurkan sekolah dorang. Tapi kalau tengok, tak ramai pun kawan-kawan yang lain datang. Sebelah, Qeila dan kawan dia.....






Aqel & d geng.... bermain tak berhenti.......



Mewarna bermula. Dorang ni banyak main dari buat kerja.... Bila dorang dah penat, dorang main taram je kaler kertas tu.....




Qeila tekun.... dengan hasil kerjanya...





Aqel dengan hasil kerja nya....
Kalau ikutkan buang karan je pergi, ye lah, anak-anak aku ni tak bersungguh-sungguh langsung. Aku yang beria-ria. Masa diberi 2 jam.... 15 min pertama tu punya lah bersungguh-sungguh. Lepas tu terus drop. Bila dah banyak mewarna, mula lah jari-jari lenguh. But yesss!!!...as i mentioned juz now, juz to support school in whatever program they had organized!!!!....

Cerita Hari Sabtu

Hari Sabtu lepas, kitaorang pergi melawat pakteh di HTAR, Klang. Dia sakit mata yang ada kena mengena dengan urat di bahagian otak. Sorry ler, tak boleh komen lanjut sebab aku sendiri pon tak tahu apa sebenarnya penyakitnya itu.


Kalau tengok dia ok jerk. Siap makan pulut ngan rendang kegemaran dia lagi. Tu cu yang bawa dari Bentong. The most famous pulut called Pulut Baghdad. Tak sedar sekejap tengah sakit. Dapat pulun, baik punya....



Ini sedara mara kitaorang. Ramai lagi yang tak masuk dalam frame. Well riuh rendah sat spital....hehehe.. maklum ler lama dah tak berjumpa. Macam raya la pulak.....

Kebetulan dah ke Klang, kitaorang pun ambil kesempatan pergi ke Tanjung Harapan, Klang. Tapi tiba kat situ je dah nak gelap...Air pun tengah pasang... takut pulak rasa dok kat tepi tangga tu.... air naik sampai atas tangga.....



Dah senja....... matahari pun dah menghilang....


Kapal sedang bergerak keluar, besar kapal ni. Kagum anak budak-budak tu tengok. Sebok tanya, bila kita nak naik kapal tu....hmmmm... tunggu dulu ok....

Dah sampai ke Tanjung Harapan tu, tak sah lah kalau tak singgah plak ke Muara Ikan Bakar, Klang. Sementelah pulak nak qada' balik kekecewaan makan kat Umbai, Melaka tu hari....
Hmmm...terasa memang jauh bezanya....Puas hati sangat-sangat walau aku terpaksa la akur yang harga memang dah mahal la skang ni..... Hari ni je kitaorang kena charge lebih kurang RM120.00. Kitaorang makan berempat je, tapi kalau ikut dishes yang kitaorang amek ni boleh makan up to 6 person. Let's check it out...




Kangkung belacan 2 orang makan...



Udang goreng tepung. Sedap yang ni nak compare ngan Umbai tu hari. Nak udang goreng tepung, tapi cam bogel je udang/sotong nyer tu.....





Sotong goreng tepung....





Ikan bawal 3 rasa. Ada siakap bakar tp tak ambil pun gambarnya.......






Hmmm...nyum! nyum!. Ekceli kitaorang tak berapa lapar waktu makan disini. Tu sebab minta masak yang goreng2 tepung je sebab ala-ala meratah, dorang tak mo makan nasi......


Malam minggu tukan ada kempen padam lampu sejam kan!...aku ingat restoran ni tak de la take part. Rupa-rupanya kol 8.30 diaorang tutup lampu (lebih kurang 10 min je). Kebetulan plak aku ke bilik air ngan Qeila, tiba-tiba gelap. Puas aku cari Qeila tak jumpa. Mujurlah suara Qeila tu kuat.... At least sound la nak tutup lampu, boleh orang standby. Buatnya ada budak terjun deck ke.....dah lah air tengah pasang.....urrrggghhhh...... akai ada ka!!!!!........



Mar 20, 2009

Trap to Melaka : Umbai Ikan Bakar

Ohhh..tu bukan typing error ok...... At last ampai jugak kitarang ke Medan Ikan Bakar Umbai selepas sesat barat. Orang kata 45 min boleh sampai tapi kitaorang lebih 2 jam baru tiba. Dah naik give up rasa nak balik je. Budak-budak semua dah tidor dalam kereta.













Disebabkan tak pernah sampai, maka kitaorang tak de lah memilih gerai. Mula-mula pergi ke satu gerai yang peniaga dan pelayan buat derk je, rupa-rupa lauk-lauk dorang dah abeh...Aikkk!!! baru pukul 10 malam dah abeh...awat tak bagitau, ingat orang datang duduk takat nak minum je ke???....orang datang dari jauh tau!!!....cuti sekolah ni takkan tak budget betul-betul kot!!!...anyway, kitaorang masuk pulak ke kedai seterusnya, ok lah seme lauk masih ada..




Tengah mengadap rezeki. Bagi aku Umbai ni tak de mana la best nyer pun.... Indah khabar je dari rupa.....mahal pulak tu... bagi aku la, jauh lebih sedap Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan yang mana harganya pun lebih reasonable. Servis kedai ni punya la lembab. Satu - satu dia hantar... masakan nya kurang 'kick'..antara yang kitaorang order malam tu, ikan siakap masam manis, udang sambal, sotong goreng tepung, ketam black papper, kailan ikan masin.....
Sebahagiannya yang dah hampir licin...... anyway, aku x berapa recommend ler korang ke sini. Tapi kalau nak cuba sendiri, why not, no harm trying...... Bill kitaorang for the dinner malam tu jer RM350++..........

Mar 17, 2009

Trip to Melaka: Naik Beca

Wahhh, so wonderful dapat naik colorful beca dengan irama dangdutnya...ewahhh!!!.... RM10 per beca untuk 5min perjalanan. Saja nak merasa dan seronok-seronok je. Semua ada dalam gambar ni kecuali adik & famili sebab dia tak ikut route yang kitaorang ikut.............


me & Qeila


Aqel, ayah dan Adib



Long & famili




Uda & famili






Mak & abah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...