Jun 3, 2009

Cuti Sekolah Bermula Part 3: Jom Tengok Gajah....

Dah lama sebenarnya nak pergi tengok gajah di Kuala Gandah ni. Tempat untuk menjinakkan gajah. Ni semuanya last minute punya plan. Dah pukul 3 petang baru keluar rumah. Perjalanan dari Bentong lebih kurang 1 jam. Sampai Kuala Gandah tepat jam 4 petang. Gajah semua dah berikat. Pukul 2.00 hingga pukul 3.30 petang ada show bersama gajah-gajah di situ, tapi ini tak sure hanya weekends sahaja atau weekdays pon ada (kena call tanya). Antara aktiviti-aktiviti nya ialah 'Gajah Rides', mandi bersama gajah dan ada a few aktiviti lah. Ini seperti yang diberitahu oleh kaunter disitu. So, sapa nak join show, kena call dulu sebab hanya 120 orang pengunjung sahaja dibenarkan berada pada setiap show.. Lebih-lebih tak boleh sebab takut gajah naik minyak...tu aku lah yang kata....


Kitaorang sampai-sampai je, gajah dah siap mandi, dah hensem dah. Dah berikat, mungkin tunggu waktu nak tidor...hehehe...kitaorang dah terlambat...dah terlepas show ngan gajah-gajah tu.... Bersih je tempat ni...ada 6 ekor gajah yang berikat, rehat time.....1 kaki je berikat...tali pun halus je, cuak jugak...buatnya, dia nak merayau-rayau ke!!!...aku ni semuanya cuak.... Right pic tu, ada ala-ala pondok untuk rehat gitu, boleh la buat berkelah-kelah...ada lebih kurang dalam 5 6 pondok ada disitu...sebelah nya ada sungai yang digunakan untuk mandikan gajah...nt lah next time pergi awal sket..
Berdepan je...gajah tu main sembur-sembur serbuk tebu yang dorang makan....nakal jugak ek!!!... babap kang!!!!.....


Ada 2 ekor gajah besar dan macam gajah tua je, dok luar dari kawasan....2 ekor ni tak berikat, tak tanya plak penjaga kat situ, kenapa dia di isolated jauh 2 ekor ke dalam hutan.... mungkin dia liar kot, atau yang dah dijinakkan atau dia dah tua, atau ada penyakit...dan bermacam-macam lagi lah.... right pic..adib dan aqel....suka dorang dapat tengok giant animal ni dari jarak dekat...
Mak dan makngah berehat di pondok yang disediakan...

left pic : Our group...
right pic : adik and family
Tak puas pergi sebab tak dapat tengok show...next time nak pergi lagi...taman ni dalam kawasan kampung orang asli... ada sungai dan anak-anak orang asli seronok bermandi-manda sambil berbogel walau umur dah macam 12 tahun gitu...x amek pics nya.......lupasssss.....
Ni alamat Taman Gajah Kuala Gandah, sapa-sapa yang minat boleh ler pergi, aku dok Pahang pon aku tak tau bila tempat ni dibuka untuk orang ramai. Masuk percuma.... 2 km dari sini ada Taman Rusa. Ada entrance fee. Tapi tak sempat nak pergi sebab tutup pukul 5 petang. Next time ler........ Kalau nak ke Lanchang, follow LPT, keluar exit Lanchang dan heading Kuala Gandah....All the way memang ada signboard. Senang dan takkan sesat.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...