Oct 13, 2009

Jumaat malam Sabtu kelmarin Adik Roi buat birthday anaknya Qaseh Nursufyia di Restoran KFC Bentong. Memang seronok dan berbaloi. Seronok untuk kanak-kanak lah sebab banyak sangat hadiah yang telah diberi.... pendek kata masing-masing bawa balik berpunjut-punjut gift....Dengan itu, gua recommend sangat-sangat kalo korang nak buat birthday party kat Restoran je, banyak hadiah, budak lebih enjoy, ada maskot, paling best, walaupun harganya lebih tinggi sket dari kita masak2 di rumah, yang penting, rumah tak kecah, and yet, semua heppi dan berbaloi....
so moh tengok gambo sambil bercerita k...
Info:
Venue dah mention tadi, Restoran KFC, Bentong
Date : 9/10/2009 Jumaat Malam Sabtu
Time: Pukul 8.30 malam hingga 10.30 malam
Jemputan: Sedara-mara aje!!!...

Dia ni event manager kot...aku pon tak tau sapa ke dia tp yang pasti dia dari KFC yang mengelolakan kanak-kanak ni...blok satu seksyen di bahagian atas untuk birtday party kitaorang ni...kusssmanggatt bingit dan bising...riuh-rendah suara kanak-kanak nih.... So kira orang yang berdating malam tu memang wrong timing ler...

Ekceli, gambar-gambar aku tidak mengikut turutan, kira main boh je la ek...aku pon citer ikut gambo bukan ikut krono...paham2 je la ek...TANGKAP MUAT je!!!....
Gambar disnap kira-kira dah nak abeh majlis dah, budak-budak pon dah lesu selesai makan, berlari, berambat..ada a few games yang diorganised oleh KFC..semuanya menyeronokkan...

Birthday Girl..tak de gambar yang steady...semuanya candid...sebab masing-masing teruja dengan kehadiran si Chicky....


Ketika mula-mula Chicky datang, bertepiaran lari budak-budak itu, lebih-lebih si Aqel lah...dia memang takut kat maskot2 ni...bila dia dah lari, budak-budak lain pon turut lari jugak. Yang herannya Aqeila siap menangis lagi, walhal, selalunya dia tak kesah pon kat maskot2 tu sumer....hmmm... budak2!!!...

Putri dan chicky...bila tau yang Chicky ni cuma jelmaan manusia, baru lah kanak-kanak ni berani bergambar dengan Chicky...

Hilang takut dah....Siap kena buli lagi Chicky ni dengan budak-budak kat situ. Cian pulak dia.. Dia datang poun kejap je lebih kurang 15 min. Aku rasa, orang kat dalam tu dah berpeluh-peluh tu.........

kek dari KFC....

Amin dan mama.....

Time to say gud bye....

Heppi moment.....
Aksi Birthday Girl....



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...