Ni cerita 2 minggu lepas, walau dah lama, tapi nak jugak masuk entry...Ye la, esok-esok boleh tengok-tengok balik, buat kenang-kenangan. Buat sambutan raya selepas puasa 6. Mak, Abah dan asben semua dah selesaikan puasa sunat 6 Syawal. Buat la makan-makan sikit. Dalam sikit-sikit tu jadi banyak lah pulak. Orang tu buat ini, orang ini buat itu, dah jadi penuh satu meja. Abah siap order sate lagi. Nak mengembalikan keseronokan sambutan raya pertama hari tu. Ye la, masa raya tu hari, tetamu ramai datang, plak tu kitaorang kelam kabut berkemas-kemas sebab sebelah petang nya dah bertolak ke rumah Opah di Sungkai Perak. So, kali ini, selepas masak-masak, kitaorang ada banyak masa di meja makan dengan famili semua. Sambil makan-makan tu borak-borak. Kejap tu, Cu dan keluarga dengan makngah datang join sekali, borak-borak dan makan-makan. Pendek kata kita orang makan sampai ler ke petang. Ngadap makan itu aje, tak perlu dah hidangan tengahari.....
Di meja makan. Long sampai terlopong, sedap sangat mengadap hidangan. Gambar kanan uda tengah memangku Qaseh yang tengah menarik rambut Shahmin. Dasat lah gegirl ni, suka sangat menganiayakan abangnya...Amin memang cuak je nampak Qaseh....
Atok tak pandang kiri-kanan makan....Apa yang Amiin terkejut tu???...
Antara juadah pagi itu
Lemang yang atok beli di pasar dan rendang ayam mak buat. Memang best rendang tu...Mak masak!!!!...sapa tak mengakukan emak sendiri is the best cooker in the world...Korang???..
Lontong ni pon mak buat....
Kue-teaw tomyam, special dari long...hmmm nyum-nyum.....menu pertama yang habis...
Ha...ni akan yang buat...nasi dagang + ikan tongkol + jelatah...
Best jugak ni....heheheheh (puji diri sendiri)
Yang ni atok order...........
Sekian.....
No comments:
Post a Comment