Feb 2, 2011

Tak boleh lelap

Aku menulis entry ni pukul 5.00 pagi. Awal terjaga pagi ni. Pukul 3.00 tersedar terus tak boleh nak lelap. Esok, Khamis, plannya subuh-subuh sapiee nak memulakan perjalanan ke Kota Bharu Kelantan. Famili trip. Kami ada tabung. Sejak 2006 lagi acara ni kami buat untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami. Setahun sekali. Ada bajet lebih 2 kali setahuni. Setahun sekali tu pun sudah memadai. Takat ni kami dah pergi bersama-sama ke Bukit Merah Laketown, Sunway Laggon, Bukit Gambang Resort City, Kuala Terengganu/Kuantan dan Melaka. Jadi tahun ni kami ke Kelantan, juga bagi memenuhi hasrat abah untuk kesana. Kalau ikutkan hati kami nak ke Penang. Tapi bila dipikir-pikir dah l semula dah lah cina raya, pergi pulak ke lubuk dorang kat Penang tu, sure havoc punya. So kita corner ke Kota Bharu. Boleh jugak Mr. hubby melawat emaknya. Sambil-sambil kan!!!.....

Tapi biasalah, bila nak berjalan-jalan ni sure ada sesuatu yang mengganggu jiwa aku ni. Tu memang dah penyakit aku dari dulu lagi. Cannot help much. Kena pulak 3 4 hari ni asyik hujan aje... kain baju pun tak kering. Jalan sure licin kan?.....hmmm...bawak slow-slow insya-Allah semuanya baik-baik aje kan!!....

Mokde, pakteh dan makngah plan hendak ke Penang. Dah dapat bilik katanya. Tapi semalam mokde call bagitau tak jadi lah dorang nak ke sana. Kereta dilanggar dari belakang. Habis kemek belakang dan tepi pintu belakang. hmmmm....... apa nak buat. Dari suaranya terserlah kekecewaan. Ye lah! dah berangan kan nak berjalan-jalan aleh-aleh tak jadi. Ada lah hikmahnya, kata mokde. Yuppp!!!....things always happened for a reason. Selalu lah ayat ni digunakan pakai untuk menyedapkan hati.

Perjalanan kami tetap akan diteruskan. Moga perjalanan kami diberkati Allah. Sebab perjalanan kali ini lebih islamik di mana kami akan singgah dari masjid ke masjid. Maklum ler melaway negeri yang digelar Serambi Mekah. Insya-Allah.

Doa kami juga agar cuaca akan cerah dan terang sepanjang perjalanan. Amin

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...