Aug 27, 2009

Bacaan Yassin

Sehari sebelum puasa, buat baca Yassin di rumah mak sempena mak dah pun selamat keluar dari IJN. Buat sehari sebelum puasa. So kira bersekali lah dengan menyambut puasa. Buat minum petang yang ringan-ringan. Panggil kawan-kawan mak je. Adalah dalam 30 orang. Selepas je selesai bacaan Yassin, sambut pulak belated birthday Muhammad Adib, tapi yang kesemuanya ada di keliling meja dok meniup lilin kek tu. Kek kecil je, sesuai untuk majlis kecil-kecilan. Gembira sebab semua makanan yang dihidang habis dimakan dan dapat lah sorang sikit kawan-kawan mak bawa balik makanan yang ada. Selesai sudah, moga-moga dengan doa-doa kalian mak akan bertambah sihat. Amin.


Antara juada petang tu, ada popia, karipap, apam kukus, kueh sagu, honey dew, tembikai disamping mi basah dan mi hun goreng...(takde dalam gambar)


Tiup lilin

Antara kawan-kawan mak yang hadir

Gembira tengok mak dah sihat semula........walau tak segagah dulu....

Aug 24, 2009

SALAM RAMADHAN

Aku panjatkan berjuta kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya, dapat sekali lagi aku dan keluarga menyambut dan menjalani ibadah puasa bulan Ramadhan AL-Mubarak pada tahun ini. Hari ini dah masuk hari ke tiga umat Islam berpuasa. Sabtu dan Ahad bercuti, maka kesempatan itu diambil untuk bersama-sama keluarga berbuka bersama-sama, lepas tu pergi ke masjid, bersembahyang terawih....Moga Ramadhan kali ini lebih banyak ibadah dapat dikerjakan...

Salam Ramadhan untuk semua........

Aug 18, 2009

Selamat Hari Lahir Aqeila

Malam minggu baru ni aku lepak temankan emak di IJN. Sian kat abah dari hari Selasa tidor atas lazy chair yang disediakan oleh wad IJN. Since Sabtu Ahad tidak bekerja, aku minta tukar lah dengan abah. Biar abah balik dan lurus-luruskan pinggangnya. Sejuk gila dalam wad IJN. Air cond dia centralized satu building so tak boleh lah nak adjust sesuka hati. Memang macam dalam freezer. Orang yang sihat pun boleh jadi sakit dengan suhu macam tu. Dah lah petang Sabtu tu hujan lebat sangat di Kuala Lumpur. Hmmmm....syok la tidor. Tapi sakit belakang gitu tidor duduk.....
Aqel di IJN, ikutkan budak bawak 12 tahun tak dibenarkan masuk ke wad. Senang-senang je kena kelentong sekurity tu sebab Aqel bersaiz besar. Percaya aje la dia kalo bgtau Aqel dah 12 tahun...heheheh bohong sunat.....

Ahad abang datang ambil lebih kurang pukul 5 petang. Lepak-lepak kat Taman Tasik Titiwangsa kejap. Lama dah tak kesitu. Lepak sekejap je tengok orang lumpa kereta control. Budak-budak ni suka la...busuk lah bau minyak..naik pening kepala hidu minyak tuh.........Jom balik lah......malas dok situ lama-lama...

Depan litar lumba kereta kontrol........
Sampai je ke umah baru perasan hari Ahad tu 16 Ogos...birthday Qeila rupanya....ibu termiss plak ler....ibu penat lah sayang ...bukan ibu lupa tapi tak ingat...............

Terus je soh abang gi beli kek untuk Qeila. Dapat tiup-tiup je jadi ler, bagi dia hepi....ingat nak beli Piza sekali, tapi perut kenyang lah pulak....baru je lepas makan kat IJN (mokde bawa lauk ayam masak merah, sup sayur + cendawan ngan singgang tenggirii....kenyang dah!!!!)..pas tu masa kat Titiwangsa tadi makan pulak rojak mamak ngan pekena cendol mamak tu.....memang kenyang siol...........


Selamat Hari Lahir yang ke 7 untuk Qeila...
Abang Aqel tumpang sekaki...sian dia tak kesampaian nak tiup kek Ben 10...........nanti ler tahun depan k........

Aug 14, 2009

Mak, IJN + Nasi Lemak Antarabangsa

Sejak Selasa mak dimasukkan ke IJN. Punya lah payah nak masuk ke IJN la ni disebabkan katil yang penuh. Nampaknya semakin bertambah pesakit jantung kat Mesia ni sampai hospital pon dah tak tertampung dek ramainya pesakit..... So Rabu emak bersiap sedia nak buat angiography nak kenal pasti sekali lagi apakah gerangan yang membuatkan dia mengalami serangan jantung kali ini. Tepat jam 4 petang mak masuk makmal kardiovaskular. Tengah-tengah menunggu kuar sorang nurse panggil " siapa ahli keluarga Puan Salmah"...memang berderau darah beb!!!.....dia kata doktor nak jumpa...so aku masuk ler ngan long....Doc kata jantung mak ada 3 blockage yang besar dan serius. Ada dua options je iaitu pertama masukkan belon and 3 stand (aku pon tak paham yang ni) dan kedua bypass - yang ni aku paham lah, paham-paham gitu je. Dengan condition mak yang sangat lemah ni, ktorang kesian pulak nak biarkan dia buat bypass. Ya lah, kena consult dengan dia juga sebab dia yang nak menanggungnya. Takkan nak suka-suka hati buat keputusan untuk dia, kurang-kurang kasi dia tahu. Berbalik perbincangan dengan doc tadi... dia nak keputusan time tu juga, katanya dua-dua options pon punya risiko...(mesti ler the worst screnario is death la kan???....).. keliru jugak nak buat keputusan. Kata doc kalo masukkan belon dia akan buat masa tu juga dan ambil masa 2 jam ke 2 jam setengah. Tapi kalo pilih untuk buat bypass kena tunggu lagi 2 3 bulan dan perlu berjumpa dengan surgeon dulu sebelum procedure.
Untuk adhock punya action, kitaorang pilih lah yang minor sket, dari mak kena tunggu another 2 3 months, better ambil yang quick action ni. Lagipun doc boleh buat terus. Dan kata doktor lagi, sekiranya belon ni pun tak boleh membantu, last sekali kena buat pembedahan open chest tu jugak. Ye doktor, itu pilihan terakhirlah. Tepat jam 8 malam mak keluar dan selamat masukkan belon untuk masukkan stand dalam saluran darah tu. Macam ko clearkan longkang tersumbatlah supaya air senang lalu. Malam tu emak tak dibenarkan membengkokkan kaki selama 6 - 7 jam, sebab ada tebukan besar paha kanan mak. Kesian mak, terseksa aku tengok dia.....
Hari ini Jumaat, mak rasa lega sket dada dia, nak tarik nafas pun tak tidak sesesak dulu. Alhamdullillah. Harap-harap mak cepat sembuh. Tapi semalam doktor detect benda lain plak fail. Mak mengalami kerosakan buah pinggang yang serisu. Lagiii????.....Nak mengeluh pun tak boleh sebab mak memang ada kencing manis dan selama 30 tahun ambil berbagai-bagai jenis ubat.....So mak tak boleh balik lagi, sebab doktor nak monitor closely buah pinggang mak selama 24 - 36 jam.

Susahnya bawa kanak-kanak ke IJN, sebab kanak-kanak memang tak dibenarkan masuk ke wad lebih-lebih lagi dengan gejalan H1N1 la ni. Tapi kena bawak jugak sebab budak-budak ni tak de tempat nak ditinggalakn.



Balik dari tengok mak malam Rabu hari adik Roi belanja makan nasi lemak antarabangsa dekat Ampang tu.....hmmmm...tak de le best sangat, nasi nya sejuk ngan sambal nya yang over rasa belacan...selain reger yang mahal......sanggup gak org makan nasi lemak mahal-mahal gitu kan....
ok ler....populariti makes it booommm.....







tengah Q


Mi kari ni best sket.....


Gelap plak gambar, ni set nasi lemak dengan 2 lauk.....+ ice lemon tea RM9.90


Menjamu seleras


Tukang sponsor....Time kaseh ayah teh.........

Aug 11, 2009

House Warming + Kenduri Doa Selamat

Ahad kelmarin ada buat kenduri doa selamat di rumah long sempena naik rumah bersekali dengan kenduri menyambut Ramadhan. Meriah sungguh. Tetamu yang datang, selain dari sedara-mara adalah kawan-kawan cikgu long dan abang zaidi....
Antara makananyang dimasak sendiri yang menjadi jamuan tetamu yang datang. Tak sempat nak ambil gambar satu-satu sebab tak ada time. Semua ni masak sendiri dengan bantuan mak-mak sedara semua. Menu hari tu Ayam Masak Kurma, Sambal Udang Petai, Pajeri Nenas, Goreng Ikan Masin Talang, Acar Timun, Masak Tempoyak Daun Kadok, Ulam-ulaman dan sambal belacan. Pencuci mulut plak, serawa durian dan pulut serta buah-buahan. Memang lebam la makan hari tu...hehehehehhehh.....

Ni masa 1st badge tetamu yang start makan....patutnya doa selamat buat pukul 12.30 tp disebabkan tok imam ada hal maka doa selamat dipercepatkan ke pukul 12.00. So ada lah dua tiga puntung orang je yang bertahlil. Tetamu yang dijemput start berduyun-duyun sebaik je tok imam mengamin doa terakhir....Takper ler...join makan je la....
Start 12.30 tu ramai ler sampai tak menang tangan ler long dan abang zaidi menyambut tetamu...(tak sempat ambil gambar crowd to seme)....lebih kurang pukul 3 petang tetamu mula surut. Semua kawan2 sekolah dorang belaka....katanya dia menjemput cikgu2 dari 4 sekolah selain dari jiran tetangga...perrrgghhh ..
Ini adegan didapur....makngah dengan pakteh selap melayak durian..........

Semasa tahlil. Sempat ambil gambar yang pompuan nya aje....Malas nak menyebok kat depan-depan tu nak ambil gambar tok imam...pelik pulak dia nanti....
Didalam rumah.....Nani and Adik. Right pic - Pakteh dan Makteh

Ni semua gambar sedara-mara... Cu dan pakcu....Aku dan ana...

Ni Ima, semakin tembun sejak beranak kecik nih.......kasi kurus sket....nak puasa ni boleh ler tahan napsu makan sket........
Aku rasa aku ni tak reti nak ambil gambar yang menarik sebab aku x reti nak catch up adegan-adegan yang menarik untuk dimasukkan dalam blog aku nih sedangkan betapa banyak snap-snap yang menarik yang patut aku ambil. Ntah, tak berapa pandai mengambil gambar...Macam contoh, patut aku ambil gambar masa tetamu tengah crowd. Long and the gang.....Ambil gambar rumah dan ruang-ruang rumah...ye ler, dah namanya house warming kan....bila tengok balik gambar-gambar yang aku ambil, ntah apa-apa punya gambar semenya....
nanti lah lain kali aku akan dptkan shot yang lebih menarik untuk dijadikan tatapan semua....

Aug 5, 2009

Cempedak Goreng atau Goreng Cempedak

Mana satu betul ni, cempedak goreng ke goreng cempedak...ngeh 3x...dua2 pon cempedak kena goreng.....heheheheh....so doesn't matter la, what ever yang korang panggil...
Dua tiga hari ni terasa-rasa sangat nak makan cempedak goreng tapi yang digoreng sendiri la...tak mo yang jual2 kat gerai-gerai or kat pasar malam tu...sebab nya aku teringin nak makan cempedak goreng my mum style...boleh gitu........ye la..kalo mak aku goreng cempedak, tepung nya tebal gitu ala-ala cekodok... Cempedak goreng yang jual kat gerai2 tu nipis aje tepungnya sampai ada staller yang x letak tepung lansung...bantainya goreng buah cempedak tu gitu2 je...isyyy... u alls bayang kan lah bertapa berminyaknya buah tu.........
Tu la yang aku teringin sesangat cempedak yang dicelup dalam tepung yang tebal and masin sket, pas tu goreng...emmmmm...nyum nyum..........
Ni cempedak yang dah dikopek... Tak teringat pun nak ambil gambar buahnya itew.. mahal jugak cempedak kat Putrajaya ni RM3.50/kg. Sebiji kecik aku beli tu harganya RM5.00 Kalo kat kampung-kampung je sah-sah rege x sampai RM2/kg kan?... tapi buahnya rapat-rapat dan dengan RM5 tu dapat banyak sangat buah-buahnya.......
Ni my homemade tepung...senang je dong!!!....tepung campur tumeric powder + salt.. as aku mention tadi aku mmg suka yang ala-ala masin sket (bukan masin sgt k) dan tebal-tebal ala-ala cekodok.... bancuh ngan air suam supaya nanti dia crunchy sangat-sangat....

Tengah digoreng....Bau cempedak memang ler tak boleh nak sorok-sorok, sama jugak ler ngan bau durian....sampai senak-senak perut hidu buah cempedak yang dah dikopek tu. Terpaksa bungkus dengan sotkabar sebelum masuk ke plastik sampah.....kalo idak, menyegat bebenor bau nyer!!!.

Ni ler cempedak goreng yang menjadi kegilaanku. Aku tau, ramai yang tak minat kalau tepung nya tebal-tebal, termasukler suami kiter tu, dia pon x minat tepung tebal-tebal.....tapi lanyak jugak kasi habis....


Bijinya pun aku tala, goreng lama-lama sket. sure biji nya pun akan jadi empuk. Ada gak yang heran bila dengan biji-biji nya pun aku tibai......
Lepas sudah hajat aku nak makan cempedak goreng a.k.a. goreng cempedak semalam....
heheheheee....BEST......

Aug 3, 2009

Kursus Di Kelantan

Aku baru je balik dari kursus di Kelantan, Kursus Keperibadian Unggul. Kursus ni sebenarnya untuk PA-PA tapi ada juga sorang dua kerani yang dipilih untuk join kursus ni. Mula-mula dapat berita yang kursus ini akan dibuat di Kelantan, agak dah yang doran gni buat kursus ni "serampang dua mata", sambil menyelam sambil minum air. Ye lah, sambil berkursus sambil ler bershopping walau memang bershopping tu lebih lagi diberi penekanan berbanding kursus tu sendiri. Apa-apa pun walau bershopping sakan, masih boleh lagi dikategori mengeratkan silaturrahim sebab shopping pun masih dijalankana dalam team...."teamwork" la kira....... Masa aku mula-mula dapat tahu kursus ke Kota Bharu Kelantan, dalam hati, "alamak!!!...balik kampung"...ye la tempat dah biasa pergi gitu..............
Yang seronoknya, kursus kali ini, semua PA-PA ni dibenarkan naik kapal terbang MAS...wah!!!..seronok tu...mula-mula urusetia dah sediakan bas, tapi bodek bos masing-masing, so dapat ler naik belon...ye la!!...asek buat booking ke bos je, sesekali bagi la assistant plak naik kan?...baru ler fair and square gitu!!!........
Sampai-sampai je ke airport Pengkalan Chepa dah ada bas dari KADA yang menunggu....terus di bawa ke Rantau Panjang, punya la senyum melebar acik-acik tu semua......balik dari RP terus pulak ke Pasar Siti Khadijah. lebih kurang pukul 6.30 petang baru check in ke hotel. 8.00 malam start taklimat kursus, 10.00 abeh...sambung balik aktiviti shopping...malam pukul 11 pergi pulak ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh...wah!!!!...merembeh-rembeh acik-acik semua bershopping....mmg dahsyat ler.....

Bas dah siap menunggu.....


Di RP...aku tak beli banyak sangat barang...ye ler, aku dah biasa pergi..dah tak tau nak beli apa..takat beli kacang tin dari Thailand tu je....kalau orang tak pernah sampai ke RP ni memang seronok giler bershopping sebab harganya sangat murah-murah kalau dibandingkan dengan bandar Kota Bharu tu sendiri................ok girls...shop till u drop.......


Ni sebahagian dari rakan-rakan sekursus. Kebanyakannya datang dari Kementerian sendiri. Walau dari tempat yang sama, kebanyakannya antara kitaorang ni belum pernah berjumpa, takat kenal nama je saja... Kadang-kadang berjumpa pun tak memandang, mula lak nak kata orang tu sombong, orang ni sombong.... so girls, lepas ni ramai dah kenal kan!!!... maka baru lah betul, "tak kenal maka tak cinta"....



Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa kursus. Semua kelas semasa kursus sangat menarik dan seronok. Ni aktiviti tiup belon, ikat kat kaki... Ingat kan nak suruh letup sendiri, sapa yang boleh letupkan cepat-cepat akan menang. Maka aku pun tiup ler belon tu besar-besar dan tegang-tegang tu. Dalam pikiran aku, sekali aku hentak terus pecah. Rupa-rupanya, telahan aku melest. Cikgu tu soh ikat belon dikaki dan minta orang lain kejar belon kita dan letupkan. Kita kena selamatkan belon kita sendiri supaya tidak mudah meletup...so what to do???....

Bergambar dalam kelas....


Sempat jugak aku snap..aksi sendiri ketika berkursus...........hehehe...
tahun depan buat lagi ye!...kasi jauh sket lagi......



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...