Dec 24, 2010

Lots Of Love..............





Dulu berempat, sekarang dah berlima. (Sorang takde kena keluar cari duit). Hidup bertambah indah sebab anggota bertambah ramai. Mohon pada Allah, dikurniakan rezeki yang murah dan melimpah ruah rahmat dariNya...

Dec 20, 2010

Luka Pembedahan Terbuka.....

Kali pertama dan kedua melakukan pembedahan ceaserean tak pernah pun ada apa-apa malang yang berlaku. Semuaya ok. Memang betul kedua-duanya dilakukan di hospital swasta. deal dengan specialist. Jadi kesan pembedahan tu sangat cantik dan sangat berpuashati. Proses penyembuhan pun sangat-sangat cepat. Kurang dari 3 minggu luka dah sembuh sepenuhnya. Kesakitan dari dalam pun sudah tidak terasa selepas dari 3 minggu.

Berbeza dengan pembedahan ceaserean kali ini. Bersekali dengan BTL (Ikan peranakan), dalaman perut terasa sangat-sangat sakit bagai dihenyak-henyak lebih-lebih lagi bila ubat bius penahan kebas tu semakin hilang. Kali ni aku buat di hospital kerajaan. Pertamanya, hospital sangat dekat dengan rumah, kurang dari 5 minit. Kedua, dulu aku kerja swasta, skang aku dah dok ngan gomen, biar lah merasa Hak Kerajaan pulak. Ketiga, Hosp. Putrajaya ni kategori hospital pakar (walau pakar mmg tak cukup pun!!)...Keempat, TIADA - tu aje alasannya.

Bukan nak menyalahkan hosp kerajaan tapi mungkin kebetulan kot luka aku kali ni terbuka lebih kurang 2 inci dan ada 3 tempat yang terbuka. Mak aiii...aku punya lah takut. Plak tu luka tu terbuka bila dah 10 hari. Itu pun aku terperasan seperti ada lendir terlekat di kain batik. Mulalah jantuk dup dap dup dap....Ye lah dah ada diabetik dan luka adakala menggerunkan.

Gambar ni diambil diwaktu pagi. Sebenarnya luka ni ternganga dan kelihatan merah putih isi daging. Mak tak berani nak tengok, long pulak ngeri aje. Nak tak nak aku terpaksa buat sendiri. Aku pergi klinik swasta minta ubat cuci dan minta sekali antibiotik. Masa discharge, hospital tak bekalkan apa-apa pun pada aku, tak sama dengan swasta yang bekalkan dengan ubat tahan sakit dan antibiotik serta appointment post natal. Kat sini, dah keluar, lantak ko la, pandai-pandai ler ko cari ubat sendiri..huhu!!!...pengalaman yang berbeza betol...

Mulai dari hari tu jugak aku terpaksa ambil buah oren. Kalau ikut orang tua-tua buah oren ni kategori buah masam dan orang dalam pantang tak boleh makan benda-benda masam. Tapi this time mak terpaksalah pejam mata sebab dari apa yang aku baca buah oren tinggi vitamin C dan cepat menyembuhkan luka. Aku ambil 2-3 biji buah oren sehari. Makan jugak ikan haruan masak bening ngan celur sawi. Ni ler menu aku hari-hari selepas luka tu ternganga. Aku sangat berfikiran positif. Ada diabetik dan luka sungguh menakutkan. Apa-apa pun kawal gula pada paras paling minimum.

Alhamdullillah, luka yang besar tu kembali bertaut selepas 6 hari. 2 tempat yang kecil tu 3-4 hari dah tertutup. Paras gula aku pun sangat terkawal dan cantik bacaannya sepanjang aku berpantang ni.

Tapi scar kali ni memang kurang cantik. Senget-benget. Mujur ini yang terakhir. Aku tak mempengaruhi sesapa. Swasta o Kerajaan tu semua nasib masing-masing. Tapi aku memang ada 2 pengalaman yang cukup berbeza bermula dari dalam appointment antenatal, dalam OT hingga proses penyembuhan. Tapi dari segi layanan, sama saja. Dua-dua aku kira pun tip-top.

Dec 18, 2010

Permata Hati Kami.........Nur Aqeisa

Nur Aqeisa...lahir 19/11/2010....Dilahirkan di Hospital Putrajaya melalui elektif ceaserean. Pada hari Jumaat 9.52 pagi. Kehadirannya disambut dengan penuh kegembiraan oleh ayah ibu abang dan kakak. Semoga menjadi anak yang solehah....






Dec 14, 2010

Aidil Adha Nan Lalu....

Tak kira, nak gak tepek gambar masa raya haji baru ni. Buat julung-julung kalinya beraya di rumah sendiri. Bukan apa, besoknya kan aku nak kena admit dah dan ceaserean akan dibuat pada Jumaat tu. Well, mak, abah dan long sekeluarga akan datang dari Bentong untuk sama-sama meraikan Aidil Adha bersama-sama aku di Putrajaya. Walau pun tak berapa larat aku buat jugak nasi dagang dan nasi impit untuk jamuan sepanjang hari tu. Ekceli aku arah aje, selebihnya Mr Hubby yang buat....sama la tu...hehehhe



Set Nasi Dagang of the day....



Sebenarnya aku lebih suka nasi dagang kelantan yang warna perang tu, tapi tak de dijual di Putrajaya ni, kalau ada pun mungkin di KL dan aku sendiri pun tak tahu dimana adanya kedai tersebut. So yang putih ni jadi ler..Meh check resepi ni yang aku cilok dari internet ni. Ni kali ketiga buat nasi dagang dan aku & famili suka........


Nasi Dagang - 5 put beras wangi/siam, 1 put beras pulut. Rendam dengan halba lebih kurang 4 jam. Santan 2 mangkuk besar. Mayang bawang merah, bawang putih dan halia. Masak dengan api perlahan atas dapur. Tambah garam sikit. Kukus beras kali pertama lebih kurang 15 minit, angkat dan gaulkan dengan santan tadi. Bila dah sebati kukus semula beras sampai masak. Senangkan.


Jelatah timun - Ni semua orang reti...heheheh senang aje...potong timun ngan karot. Hiris bawang dan lada besar warna merah (hijau pon boleh - ikut suka la). Tambahkan garam dan gula sesedap rasa. Curah cuka sket lebih kurang 2 sudu makan. Done...


Hari tu aku buat dua lauk. Kari ayam dan kari ikan tongkol. Dah tentu anak-anak aku suka makan ayam. Moh cek it out my resepi...


Kari Ikan Tongkol - Ikan tongkol 3 ekor kecil. Malam sebelumnya rebus dengan asam keping berkeping-keping (banyak) dan garam. Rebus sampai hampir kering k. Biar sejuk dan bermalam untuk menambah kesebatian dan kelazatannya. Tumis bahan kisar ni - bawang putih, bawang merah, halia dan lengkuas dengan minyak panas dalam periuk. Bila bahan tumis dah garing masukkan rempah kari ikan. Lepas tu masukkan ikan, santan 1 magkuk dan kerisik lebih kurang 3 sudu besar. Tambah garam dan gula sesedap rasa. Bila dah mendidih masukkan lebih kurang 10 batang cili padi warna hijau. Siap....
Kari ayam pun lebih kurang resepi di atas. Cuba la....feveret tu....


Untuk menyemarakkan hari raya, yang ni mesti lah ada, kalau tak rasa raya.....
Hari tu penat rasanya menunggu mak & long datang. Hadoi!!!!....memang tak best beraya tak balik kampung. Cukup ler tahun ni aje!!...Tahun depan MESTI BALIK KAMPUNG!!!.....








Dec 7, 2010

Satu Perjalanan Part III

Pergi ambil result rasa macam tak percaya, bacaan TSBnya 364umol/l bersamaan dengan 21mg/dl. Alamak punyalah aku terkejut. Itu dah sangat tinggi. Masa Aqeila dulu pun dalam 18mg/dl ada doktor kata dah dekat nak kena tukar darah. Aku mula berbelah bagi antara nak duduk di wad atau refuse admission. Jam 6 petang aku jumpa doktor, seorang doktor cina. Punyalah sombong, tau lah kau banyak keje tapi please la senyum sket....rasa nak campak aje ke muka dia poster-poster yang soh senyum yang bertampalan kat dinding dinding hospital tu. Tak cakap banyak. Dia kata kena tahan wad. Itu procedure...lebih dari 280 mesti kena tahan wad. Aku kata no doktor, I refuse admission, but tommorrow i will come again to repeat test. if the result still high, i will admit. So doktor tu kata boleh juga tapi kena sign surat. Alamak, ngeri jugak nak sain surat tu. yang berbunyi, penerangan telah diberikan tetapi pesakit tidak mahu rawatan lanjut. Nak tak ndak aku sign aje lah tapi aku masih lagi minta surat dari doktor untuk dapatkan test for the next day.

Bawa balik anak aku dengan rasa yang lemah dan berbelah bahagi. Betul ke tindakan aku ni????.... Well, pengalaman dulu mengajar aku kan!!!!...aku akan cuba buat seperti masa Aqeila kena demam kuning dulu. Terus singgah kedai sensei, beli herba untuk budak kuning, beli jugak halwa kundur. Balik rumah terus masak herba tu dan mandikan Aqeisa, basuh jugak halwa kundur tu dan rendam dengan air panas bagi dia sejuk. 2 jam sekali aku sudukan Aqeisa. Sepanjang malam 2 jam sekali aku kunci jam dan kejutkan dia untuk breastfeed. Pendek kata malam tu Aqeisa memberikan kerjasama yang baik. Senang betul aku kejutkan dia. 2 jam sekali jugak dia terberak-berak yang berwarna kuning. Aku senang dengann keadaan tu. Lagi banyak dia menyusu lagi banyak dia berak. Kata doktor dan nurse, kuning akan keluar dari najis dan air kencing. Esok paginya, bangun pagi aku terus letak Aqeisa di tepi tingkap bagi kena matahari pagi. Jangan letak dia terus secara lansung kepada matahari. Sekarang cuaca pun dah tak ok, katanya lapisan ozon pon dan menipis tak bagus untuk kulit bayi. Continue susukan dia dan bagi air halwa kundur tu.

25 November 2010 - Petang pergi semula ke hospital untuk buat repeat test. Menunggu pulak lagi sejam dengan penuh debaran. Menjadi ke tidak usaha aku ni. Aku tak ingat mana aku dapat petua ni tapi benda ni aku dah amalkan masa Aqeila kena kuning 8 tahun dulu. Bukan aku tak mahu bawa Aqeisa masuk wad tapi keadaan di wad sungguh tak selesa. Dengan aku yang baru aje ceaser ni, dengan hypertension yang aku ada ni ha!!!.....plak tu sure baby meragam duduk dalam lampu biru tu. parah aku nanti. Tapi sekiranya usaha aku ni tak berjaya, aku terpaksa lah masuk jugak wad sebab semalam doktor tu ada pesan, kalau kuning terlampau tinggi, boleh menyebabkan kecacatan otak pada bayi.

Lepas sejam ambil result. You know what?????......test tu turun dari 21mg/dl ke 12 mg/dl. Bermakna usaha aku ni berjaya. So kat luar sana yang gusar anak-anak kena demam kuning tu cuba amalkan petua yang macam aku buat ini. Insya-Allah tak payah dok ward dok bawah lampu.

Tapi 12 tu doktor masih tak puas hati. Aqeisa kena repeat test di Klinik Kesihatan sehinggalah resut nya turun bawah 10. Setelah turun naik bacaan SB dia antara 12 - 14 mg/dl...akhirnya hari ke 17 result nya benar-benar turun ke bawah 10. Alhamdullillah. Sekarang ni satu part dah selamat. Aqeisa dah bebas dari kuning. Syukur......Lepas sudah satu azab.

TAMAT

Nov 29, 2010

Satu perjalanan Part II

21 Nov 2010 - Ahad, aku dibenarkan discaj. Yang tak best nya, baby tak boleh discaj sebab doktor masih memantau sekiranya ada wujud kuman dalam darah. Macam-macam test la pulak. Since di NICU tiada bilik kosong untuk rooming in ibu dan anak, maka aku terpaksa lah balik rumah aje. Nasib la rumah dan hospital tidak jauh. Memang satu kemudahan. NICU cuma dibuka untuk ibu bapa datang melawat disebelah petang dari pukul 6 petang hingga 8 malam aje. So aku dok ler bertemu tangga di wad NICU. Balik bila waktu tamat. Boring la balik rumah bila baby tiada, rasa macam nk menangis.

22 Nov 2010 - Mak & long dah pack untuk balik. Long ada banyak hal di Bentong. Hal sekolah lagi, hal PJJ di lagi. Mak dan abah terpaksa turut balik, kalau tidak nanti tak muat kereta pulak nak balik Bentong. Ye lah anak-anak aku kan dah besar-besar. Takpe....biar dorang balik dulu, insya-Allah baby akan discaj hari ni...dan kitaorang akan balik esok.

Pukul 6 petang doktor confirmkan yang baby boleh keluar. Semua clear. Jaundis clear, tiada kuman dalam darah. Gula pun stabil. So semuanya Ok. Seronok sangat sebab kitaorang semua boleh balik ke rumah.

23 Nov 2010 - Petang jam 2 bertolak balik ke Bentong. Perjalanan lancar aje....... Petang abang gi submit borang yang diberi oleh Hospital Putrajaya ke Klinik Kesihatan Bentong untuk lawatan Jururawat Masyarakat ke rumah. Ini first time aku bersalin di Hospital kerajaan. Seronok jugak dapat menikmati home nurse visit. Swasta pun tak pernah buat sebegini. Cuma aku rimas dengan kerajaan ni sebab dorang ni terlampau detail. Kalau tengok buku baby dorang punya lah tebal dan lengkap segala info di dalamnya. Dari 0 - 2 tahun. Hmmmmm.....too details pon mencuakkan. Ndak-ndak pulak yang ada kes macam aku ni......

24 Nov 2010 - First nurse home visit - dia sahkan baby ada jaundis...Alamak!!!!...ni yang lemah sesangat ni. Abang dah beli tiket balik ke KL sebab dia tak mau bawa balik kereta. Nanti dia akan gunakan motor untuk balik ke Bentong. Lebih senang dan ekonomi katanya. So long hantar aku ke KK untuk buat cek darah baby. Bila dapat keputusan...mak aiiiii 16.5mmol...tingginya. Dorang soh pergi hospital jugak untuk jumpa dengan doktor. Oh!!!....aku sungguh melemahkan semangat aku. Dalam mahu tak mahu tu aku pergi jugak ke hospital dan buat lagi ujian darah melalui vein... Dan keputusannya selepas 1 jam.

nanti sambung lagi......

Nov 27, 2010

Satu perjalanan - Part I

18 Nov 2010 - aku check in di Hospital Putrajaya. Duduk di wad 2A Bed 23. Jumpa dengan pakar bius, sign surat mengatakan yang aku paham akan penerangan doktor bius tu. Berjumpa dengan MO menerangkan komplikasi pembedahan ceaserean untuk kali ketiga. Yang ni semua komplikasi diberitahu. Memang menakutkan tapi.....nak takut pun tak guna. jus in the corner. Sign pulak surat mengatakan aku paham penerangan doktor tu. Datang lagi sorang doktor sebab aku akan but BTL (ikat peranakan atau buat pemandulan). Ngeri aje bunyinya kan...hehehhe....Sign pulak lagi satu dokumen. Yang ni husband kena sign sekali. Pendek kata ada 4 dokumen yang aku kena sign hari tu. 1 lagi dokumen tak igt dah....

Malam tidor macam biasa tapi banyaknya la gangguan. Kejap kejap kang nurse datang amek darah, kejap-kejap cek gula, kejap-kejap cek tekanan darah....isyyy pendek kata memang tak berapa nak lena la......
19 Nov 2010 - Pagi-pagi buta lebih kurang pukul 5.00 pagi, kena pasang cateter, tiub kencing tu ler...tapi aku minta untuk mandi dan bersihkan badan dulu baru nak pasang. ok selesai semua nurse datang pasang tiub tu......sakit jangan cerita lah...aku igt dia akan pasang tiub tu di bilik OT nanti. Adoi sakitnya. Aku tahankan aje lah. Pukul 7 aku dah diarah tukar baju dan standby. Call hubby bgtau soh dia datang. Nak jumpa dia minta hampun maaf, mana lah tau tak berjumpa lagi...huhuhuh!!!!....
8.30pagi - Dengan penuh debaran aku diusung ke bilik OT. Oh! Sungguhlah gabra. Takut! Kecut! Nak nangis! Walaupun ini kali ke3 tapi takut nya bagai kali pertama.....Sesampai dibilik pintu bilik OT, hubby diarah menunggu di bilik menunggu berdepan dengan bilik OT. Aku pun diusung ke dalam. Ada 6 orang menunggu untuk buat pembedahan. Masing2 menunggu Q masing-masing. Sesampai di sana aku pasal beg warmer supaya tidak sejuk sangat.
9.10 pagi - Semua petugas bersedia menjalankan tugas masing-masing. Semua ditolak kebilik OT masing-masing. Masa ni aku tetiba aje jadi terketar-ketar. Badan tak sejuk mana tapi ketarnya sampai gigi pun berlaga-laga. Aku pulak patient yang pertama, dlam tu semua petugas tengah menyusun alat-alat pembedahan yang akan digunakan. Alamak!, tengok itu pun aku dah jadi sangat-sangat takut. Doktor bius memperkenalkan diri dan doktor yang akan membuat pembedahan tu nanti. Doktor india, Pavani namanya. Doktor bius tu lelaki muda tak ingat la pulak sapa namannya, baik sangat-sangat, very supportive. Suka sangat-sangat kat dia masa kat dalam OT. Perasaan aku masa ni Allah aje yang tahu. Masa doktor suntik jarum ke spinal aku tetiba tekanan darah aku jadi tinggi. Doktor tanya, 'akak takut ke?', aku reply 'ya!'....Doktor tu pujuk-pujuk lah soh aku tenang-tenang sebab tekanan darah akan naik ni, relex aje, jangan takut. Lepas tu doktor tu tanya macam-macam, borak2 dengan aku untuk legakan ketakutan aku.
Masa cucuk ke spinal tu agak menyakitkan dan kemudiannya lega dan kebas. Doktor pon memulakan procedure. Eh! aku heran sebab aku rasa apa yang doktor tu buat. Aku dapat rasa masa doktor hiris perut aku. Cuma ketajaman pisau tu yang tidak dirasa. Masa dia menyiat kulit perut aku pun aku rasa. Aku bagitahu doktor bius yang aku rasa ngilu dan doktor tambah dos ubat..... Hingga time closing tu aku betul2 tak tahan menahan kesakitan. Dah lah aku terketar-ketar sampai berlaga-laga gigi aku. Aku rasa macam nak terkancing gigi. Doktor suntuk satu ubat katanya untuk melegakan aku. Memang lepas suntikan tu aku rasa tidak menggigil lagi. Tapi sekejap je. Lebih kurang 10 minit terketar-ketar tu datang semula. Aku takut sangat tergigit lidah.
Tepat pukul 9.52 pagi, Nur Aqeisa selamat ke pangkuan ku. Alamak!...keluar sudah permata hati yang dinanti. Sungguh lah terharu!!....Dengar suaranya cukup membuat aku rasa nak menangis. Petugas menunjukkan baby kepada aku..it's baby girl dan meletakkan pipinya ke pipiku...Aduh!!!!...macam kali pertama lah pulak menimang cahaya mata....
And the closing part of my abdomen....Aku tak tahu kenapa aku rasa sangat menyakitkan. Aku bagitau doktor bius yang aku dapat rasa kesakitannya. Dia tambah lagi dos epidural.....(doktor berikan dua suntikan, spinal bius dan epidural untuk kurangkan sakit - tak tahu apa alasan doktor sehingga 2 suntikan ini diberikan pada aku - malas nak tanya)....
Selesai aje, aku ditolak ke Recovery Room. Baby sudahpun dipertemukan dengan ahli keluarga lain yang menunggu. Dah lebih kurang pukul 11.30 aku dibawa ke wad. Sesampai di wad aku diberitahu, baby terpaksa di bawa ke NICU sebab kekurangan gula. Dugaan!!!!........
3 hari 2 malam aku diwad tanpa baby. Petang, hubby tolak aku ke NICU untuk bertemu baby. Dia kelihatan ok ok aje......cuma doktor nak pantau gula nya yang sangat-sangat rendah.....
Bersambung nanti...dah panjang sangat....

Nur Aqeisa....kini selamat ke pangkuan bonda.....

Oct 30, 2010

Peasant Blouse for Aqeila

Terasa giannya nak menjahit-jahit la.... gatal sangat tangan-tangan ni. Walau pun badan kurang larat, tapi sebab hati punya pasal, digagahkan jugak. Tu ler kuatnya kata hati. Lagi pun aku memang tercari-cari cara nak buat peasant blouse ni. Kebetulan pulak ada tutorial berkenaan dengannya terus aku print dan buat sendiri. Beli kain koton yang murah-murah aje yang banyak terdapat di Nagoya. Aku rekomen sangat sesapa yang beli koton, pergilah Nagoya. Kotonnya lebih murah dan banyak berbanding store yang lain. Aku buat untuk Aqeila. Buat masa ni tak boleh buat untuk diri sendiri, tengah mengembang kan ni...Kalu tak???....hmmmmm, lebih baik buat baju akak aje...


Taraaaa...ni lah hasilnya. Yang besnya aku siapkan dalam 1 jam setengah aje. hahaha...nak punya pasal. Disebabkan aku guna koton yang murah so jadikan dia baju tidor aje....puas hati buat sendiri. Ni koton yang rm2.50 semeter untuk percubaan. Aku ada beli 5 helai koton yang mahal sket, rm8 semeter. Ni dah jadi ni boleh lah buat lagi untuk baju jalan-jalan pulak.....
Ok kalau ada sesapa yang teringin boleh ler google sendiri Tutorial Peasant Blouse.....

Bau dari Syurga....


17hb Oktober baru ni, Iffahani Iman Nur selamat dilahirkan ke dunia ini. Ini anak uda (adik aku) yang kedua.. Sepasang dah anak dia. Hmmmm...bes dapat cium bau dari syurga ni. Indah sungguh perasaan dapat baby kan? tak sabar menanti yang sendiri punya...hehhehe masih berbaki 3 4 minggu lagi.... harap-harap semuanya selamat. Selit iklan pulak.
Iffa dilahirkan secara normal di Hospital Temerloh. Menurut kata doktor, iffa kecil dari saiz yang sepatutnya. Masa scan 37 minggu tapi bentuknya baru 34 minggu. Katanya takut pertumbuhan dia tidak seperti yang sepatutnya. Dengar kata-kata doktor ni memang ler menakutkan tapi tawakall aje lah dengan kuasa Allah.


Ternyata ketika dilahirkan Iffa tidaklah terlalu kecil, 2.62 kg adalah sesuatu yang normal untuk saiz seorang bayi. Kena pulak mama Iffa bukanlah besar mana pun nk compare dengan saiz ipar-iparnya ni ha!!!....Apa pun Alhamdullillah syukur kepada Allah, Iffa dilahirkan sihat dan sempurna. Kehadirannya menyerikan lagi keluarga kedua-dua belah pihak. Cucu ke 7 dipihak kami dan cucu ke 2 di pihak mamanya.
Selamat datang Hani........Luv you....

Brownies

Teringin nak makan brownies buatan sendiri. Lama dah!... Masa banyakkkkkk!!!...tapi MALAS!!!....hehhehe standard la alasan tu kan..hehehe....banyak dah ambil dari internet resespi brownies ni tapi paling berkenan dekat resepi yang tertulis kat sotkabar Utusan Malaysia. Kebetulan pulak semua yang diperlukan ada di rumah lebih-lebih masa raya puasa baru ni. Buat pun ala-ala senang aje. So try la....................


Kualiti gambar sangat teruk.....tapi rasa sedap....tekak aku ler kata...


Meh semak resepi dan cara buatnya sekali ok..
Cairkan 1 biji butter dengan 2 cawan coklat masakan. Dah cair masukkan 1 cawan gula. Sejukkan sekejap. Dah ala-ala sejuk masukkan 5 biji telur, hand whisk, masuk 6 sudu besar serbuk koko, hand whisk, 1 sudu teh esen vanilla dan seterusnya 1.5 cawan tepung gandum. Semuanya mix ngan tangan aje. Tak perlu pemutar elektrik apa bagai. Senangkan....
Bila dah mix well, masuk dalam dulang pembakar dan bakar sampai masak tengok keupayaan oven masing-masing. Aku bakar 180 C selama 1 jam.
Hmmmm..... rasanya aku suka....sangat suka....next time boleh mentry lagi....

Oct 23, 2010

Entry Terkumpul

Hari Sabtu, hari rehat sampai lebam. Apa ke tidaknya. bergolek aje. Tak kemana-mana. Tapi tadi pagi, awal-awal dah marayau mencari breakfast sampai ke Bangi. Haha!.. kau!...jauh jugak tu... jugak BFF la, Syam...laki masing-masing keje..so mak-mak ni bawak anak-anak bersarapan... sampai laki aku pun perli, "amboi, tak larat-larat pon sampai ke Bangi mencari breakfast"...hai abang!!...kalau dah ndak, merangkak pon ku gagahkan...hihihi......

Borak-borak-borak sambil makan di Islamic Cafe, aku pon tak berapa familiar apa nama tempat tu, nama jalan ke...main follow aje.....dekat 2.5 jam jugak ktorang kat situ, budak2 tu semua dah buat macam rumah dorang dah restoran tu........kami beredar lebih kurang jam 11 pagi. Ok....cerita mana habis beb!!!....kalau jumpa my BFF ni, cerita tak pernah habis.... tak ambil gambar lah pulak kan!!!.....kalau ambil pun malas nak upload...

Sementelah rajin menaip ni, nak citer beberapa kisah.

Kisah 1

Alkisahnya, hari Rabu 13/10 hari tu, dengan tidak semena-menanya kerusi plastik yang aku duduk tetiba aje pecah/patah. Bayangkan lah kerusi tu pun dah tak mampu menampung keberatan badan ahkak ni. Mak ai!...betul-betul terhentak kat bahagian tulang punggung yang paling bawah tu. Memang terasa sangat terhentak. Aku ni idak ler risaukan diri aku ni sangat-sangat tapi risaukan baby kat dalam ni. Suspen giler beb!...tetiba aje dia senyap!...menggelupur dalam -kesusahan aku menegakkan diri dengan bantuan budak-budak berdua tu. Dari muka dorang terselah kekhuatirannya. Masih belum terasa sakitnya. Dalam hati takut jugak tapi aku berserah pada Allah dan berdoa tanpa henti. Tapi malam time aku nk tidor tu aku dengar baby bergerak-gerak dan menendang-nendang secara kerap sekaligus menggembirakan hatiku..hehehhe...kebetulan esoknya ada appt dengan doktor so bagitau doktor dan scan. Alhamdullillah, doktor kata tiada apa-apa yang membimbangkan...semua ok, no blood clot ke apa ke.....Syukran....

KISAH 2

Syukur ke hadrat Allah bila ija (isteri adik no. 3, Uda) selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel. Semua baby comel kan!!!. So kitaorang pun bergegas dari Putrajaya ke Hospital Temerloh sebab dah tak sabar-sabar dah nak tengok hantaran dari Syurga itu. Ija bersalin normal. Alksiahnya, dari Hospital Bentong, ija di arahkan membuat pemeriksaan pakar di Hospital Temerloh sebab babynya kecil...Owhh?????..... aku bayangkan kalau baby besar aje yang dikhuatiri sebab takut mengganggu proses kelahiran. Baby kecil pon doktor takut ambil kes ke?.....sampai kena jumpa pakar...dan yang besnya siap soh buat ceasar lagi kalau ada problem....Hmmmm musykill tol ahkak!!!!...... kalau ikutkan Ija ni proses mengandung dan melahirkan anak pertama dulu tidak ler ada masalah apa-apa dan melahirkan di Hospital Bentong aje. Memang la Hosp Bentong ni kurang kelengkapan dan Hospital Temerloh segala kelengkapan dan kepakaran ada kat sana tapi macam menyusahkan orang la pulak. Kelahiran baby baru ni ternyata tidaklah sekecil yang doktor tu bayangkan. 2.6 kg...ok lah kan??...dah size mama dia pon kecil aje...Abangnya masa lahir pon lagi kecil 2.2 aje... hmmmm... Macam-macam betol lah.... Apa-apa pun Alhamdullillah semuanya sudah selesai dan selamat....Amin..

KISAH 3

Ni citer last, nak emosi sket....Sakit hati lah, bila orang masuk lif selalu dok kat depan tpt panel button tu. Dah picit button blah lah dok belakang, perhal ko mengadap panel...kalau ko sorang aje naik lif tu boleh lah buat cam gitu. Ni ramai beb!....geram aje nak sound kan. Aku ni tak dok tinggi sangat, kat tingkat 2 aje.....sakit lah hati aku dibuatnya. kang tersentuh buah anu kang mesti tak suka kan???....isyyyyyy...geram sungguh la....tu pasal aku suka naik tangga dari guna lif....kecuali time balik sebab mendaki tangga tu menggunakan tenaga yang banyak dari turun tangga....sementara beban tinggi ni naik rumah kena lah guna lif.... Ni bukan aje berlaku kat umah ni aje tapi kat tempat keje pun gitew jugak...dah masuk dok menghadap panel button tu.... adoi lah hai...naper lah orang ni tak pikir ke orang ek.......hmmmmmmmmm......

Cukup 3 kisah untuk tengahari sabtu ni...Lain kali citer lagi....

Oct 11, 2010

Cerita hari-hari biasa....

Salam....lama dah tak tulis apa-apa kat blog ni kan...lama dah kena tinggal, berhabuk bersawang segala dah ha!!!...kalau rumah lama ditinggal kosong, jadi rumah berhantu...kalau blog, boleh jadi blog berhantu jugak ke???....hehheheheh.... nt kita posting yang ala-ala seram-seram gitew ek...

Hari ni tak gi kerja...EL....sakit dan penat...biasalah kan...naman aje ada hujung minggu - guna untuk berehat dan merehat....tp tu ler, hari minggu ler nak kejar itu ini...balik kampung, attend wedding - kenduri, kemas umah...macam-macam ler aktiviti hujung minggu.....membuatkan tiap kali hari Isnin, rasa cam blues aje nak pergi kerja or nak memulakan hari........ so hari ni EL lebih kurang ler antara sakit-sakit badan dan MALAS!!!...hehehhe...

Pagi tadi gi Petronas beli nasi lemak (sedap oi nasik lemak kat Petronas tu...2 bungkus mmg sah dan wajib...hehehhe), beli sotkabar.....kat headline, terpampang 12 MAUT DALAM KEMALANGAN....(di hiway berdekatan Alor Gajah, Melaka).... Masya Allah.....sungguhlah ngeri tengok gambar tu, bilamana bas melambung menghempap 2 buah kereta....KESIANNYA......... dah lah bas tu melambung menghempap kereta dan van di laluan bertentangan...sah-sah lah orang dalam van dan kereta tu mangsa keadaan. Mungkin dorang membawa kereta dengan berhati-hati tapi masih kena 'lutu' dengan orang lain....SEDIH betul lah....rasa berderai-derai air mata ni dalam hati....tu jangan citer lah penumpang-penumpang dalam bas ekspress tu lagi....beratur mayat beb!!!!.... Bayangkan lah, kalau ada saudara mara kita yang beratur ditepi-tepi jalan tu...tidak ker meruntun jiwa..... Macammana nak digambarkan perasaan tu, sedang aku yang takde kena mengena ni pon sungguh lah sedih sekali..... itu bahagian diaorang, namun aku berdoa sangat-sangat ke hadrat Illahi, minta dijauhkanlah bala malapetaka sebegitu kepada keluarga kami. Mohon selamatkanlah perjalanan hidup kami ini...Amin...

Aku ni lagi 5 minggu untuk melahirkan. Doktor kata 28/10 ni boleh lah tetapkan tarikh elektif tu. Mungkin dalam minggu ke2 atau ke3 bulan November ni.....menurut kata doktor semuanya ok tinggal berdoa banyak-banyak kepada Allah semoga dipermudahkan segala-galanya dan semuanya berjalan dengan baik. Itu lah doa aku siang dan malam, bukan aku sahaja, malah suami, mak dan keluarga mendoakan perkara yang sama.

Aku ni banyak citer sebenarnya tapi bila ngadap aje PC, mata pon ngantok, ngadap aje PC mata pon ngatok...maka aku nak bagi laluan kat biji mata ni kejap, maklum ler hari ni aku EL nak cover rehat yg tak cukup semalam... hik hik....kain baju dah siap basuh tinggal nk jemur aje...

Tidor dulu ye!!!!.....9.00 pagi.....tata..

Sep 18, 2010

Road to Cameron

Masih dalam mud raya kan???....Ye betol...16/9 bersempena dengan Hari Malaysia dan bersamaan dengan 7 Syawal, kitaorang konvoi ke Cameron Highland. Sedara-mara terdekat dah habis kami kunjungi. So tibalah masanya dan bercuti-cuti pulak. Day trip aje...More to jalan-jalan. Kena pulak katanya ada jalan baru yang masih belom digazetkan lagi. Jalan ke Cameron Highland melalui Sg. Koyan-Pos Betau. Mmmm...mmg selesa jalan ni..jalan baru, masih dalam ujian lagi katanya....sangat indah pemandangannya dan sangat selesa perjalanannya. Cuma lepas dari Pos Betau ada banyak tanah runtuh dan tanah mendap...Pendek kata kalau perjalanan dalam hujan lebat agak seriau lah jugak. Mujur perjalan pergi kami terang benderang....tak banyak kereta yang melalui jalan ni. Ye lah masih baru. Tapi sungguh amazing sebab perjalanan sangat singkat...Keluar dari rumah di Bentong lebih kurang pukul 10.30 pagi. Melalui Sg Koyan dan tiba di simpang Post Betau lebih kurang pukul 11.45 pagi. Menyusuri jalan Pos Betau yang sangat selesa dan lebar itu dan tiba di Ringlet pukul 1.00 petang...ahhh sungguh best...no tol no jem.... biasanya kitaorang ikut highway, dan ke Tapah. Dengan tol yang ntah berapa (x ingat) dan perjalanan yang lebih kurang 4 jam dari Bentong, Pahang. So sesapa yang nak melalui jalan ni, pi lah cuba.....anda pasti teruja.... Jom tengok gambar...

Ni konvoi kitaorang. Ni dah masuk jalan Pos Betau...macam highway kan??...tapi percayalah, tiada tol akan dipacakkan disini. Senang bangat nak ke Cameron atau ke Utara tanpa banyak mengeluarkan wang untuk membayar tol dan jimat petrol kerana dapat menjimatkan juga masa perjalanan.

Dah banyak kali dah ke Cameron, balik-balik mengunjungi tempat yang sama. Ni di kedai bunga...sambar lah jugak 2 3 bunga idup...sungguh cantik dan segar...

Tak sah kan kalau tak singgah minum teh. Masa ni dah hujan renyai-renyai gitu...Renyai2 tak pe jangan lebat udah!!!....seram jugak. Maklumlah jalan bercerun ni ngeri jugak akak....
Ni di Bharat Tea Plantantion...lain macam pulak rasa teh dia...aku kureng berminat la pulak...

Perjalan balik di Pos Betau baru lepas hujan, screnery sungguh lah cantik bila kabus memutih keluar dari celah-celah hutan....OOHhhh suka sangat, rasa macam nak berhenti aje dan menikmati suasana petang..... Tapi kitaorang berkonvoi kan!!!...dan tak boleh nk mengontek sesama sendiri sebab tiada signal hp di sini...Nway nt boleh gi lagi dan lalu jalan ni....

Nice ha!!!...tp kualiti gambar terok sebab ambil dalam kereta, kenderaan pon sambil jalan kan.......kalau dapat saksikan live...mmmmm mmg menyeronokkan...

Sep 10, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Selamat sudah Ramadhan kali ni. Alhamdullillah..... merasa ke Syawal tahun ni. Dengan itu, diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat anda semua....Maaf Zahir Dan Batin.... Nanti aku update2 lagi ye!!...Kejap lagi nak balik umah Opah kat Sungkai Perak. Tahun ni plan banyak tempat nak pergi...moga dipermudahkan segalanya.....
Hati-hati dijalan raya ye!!!....

Aug 31, 2010

Birthday Adib, Qeila & Umi

Weekend lepas adalah hari gathering kitaorang satu famili. Semua berkumpul di umah long. Macam2 yang long masak bagi merai adik beradiknya. Tapi dah laparkan tak teringat nak snap snap...lepas tu baru ler teringat...hehehehe...
Selesai solat teraweh, kitaorang buat potong kek untuk Qeila Adib dan Long...Buat sekali, dah semua lahir bulan Ogos...maka buat majlis harijadi terkumpul. Kena pulak bulan puasa so sambut anak beranak aje lah....tak pun memang hadiah diterima dari anak beranak aje...Moh ler tengok gambor aje.....

Blueberry kek...memang sedap kek ni. Beli yang kecik aje. dapat sepotong sorang jadi ler. Bulan puasa, bukan nak makan banyak sangat pon...


Birthday girl and boy..Yang ke 8.. Umi tadak...Qeila lahir 16/8 adib pulak 17/8...selang sehari aje...teringat masa mula2 dorang lahir. Memang meriah rumah mak sebab ada 2 baby....plak tu masa dua2 kena kuning, dok dalam wad sebelah menyebelah..sampai orang igt aku dan long kembar... Size lebih kurang, nama pun beza 1 huruf aje......Sekarang ni budak2 ni semakin membesar...tp ingatan kat dorang masa baby tak pernah padam....

Missing sorang....abang aqel..kononnya dia dah besar...


ha...tu pun abang aqel....baru nak join bila beria di ajak bergambar...ye lah, nk join orang dewasa pulak......tak mo dah join adik adik nya yang konon masih kanak-kanak....

Kepenatan....ini aje lah cerita seadanya....tahun ni semua kanak2 ni puasa.....kagum kat anak sedara aku Haziratul Husna....baru umur 5 tahun tapi sungguh semangat berpuasa.......Syabas...

Aug 25, 2010

14 Ramadhan - Break Fast at Grand Blue Wave and I-city

Semalam berbuka di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam. Pukul 6 petang keluar rumah. Perjalanan sangat lancar. 6.45 sampai hotel. Sungguh la ramai manusia. Crowded giler dalam restoran tu. Aku rasa kebanyakkan company & staff datang buat majlis berbuka untuk company mereka. Makanan pun boleh lah tahan jugak, variety tapi tidak sehebat harganya. Buffet Ramadhan dia RM89 per person. Mahal kan!!...Ho ho......kitaorang pun orang belanja semalam. Rugi rasanya pergi anak beranak abeh cam tu aje...mcm tak berbaloi.... Kalau kuar RM sendiri, byk lagi bajet corner yang lain...Tak ambil pun gambar makannan, segan lah orang punya majlis kan....tengok gambar aje lah ek...






Banyak dia ni makan udang hari tu, memang kasi baikk punya....dia kata dia makan udang hampir 30 ekor....bedal je la aqel.....
Setelah selesai makan & sembahyang maghrib segala, alang-alang dah ada di shah alam kan, ajak hubbyround-round ke I-city. Dgr citer n tgk gambar aje, teringin jugak nak gi tengok. Masing masing macam takde mud aje, ye lah, perut dah kenyang, matapun cam layu je. Nak balik Putrajaya jauh lagi ni. Demi menyempurnakna hasrat aku, hubby turutkan jugak, kang ada yg merajuk plak. Well, sampai aje situ, masing-masing teruja la pulak....round-round kejap dah lupa diri esok hari sekolah @ kerja. Lagi best adalah esok hari periksa....jawab & tawakal aje la esok ye anak-anak...
So moh ler tengok gambor aje!!!...tempat nya cantik dan menarik, tpi tak round abeh sebab penat dan mengantuk....Next time nak datang lagi sini...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...