Jul 29, 2008

Selasa - 29 Julai 2008


Aku puasa hari ni.. hari kedua dah untuk minggu ni. Melepek betul aku rasa hari ni, dengan cuaca yang panas....hmmmm... tapi hari ni hari last untuk aku ganti puasa, lepas hari ni lega rasanya... Bukan senang nak bayar hutang puasa ni. Lebih-lebih lagi maghrib cam lambat je, pukul 7.30 baru bunyi azan. Dengan keadaan sekeliling yang makan, ketar la gigi nak menghabiskan puasa ni... Whatever, tamat je hari ni selamat ler sudah aku melunaskan semua hutang-hutang puasa aku. Kome cam ner?....
Minggu lepas sempat jugak aku menyiapkan baju kawan aku. Baju moden pendek, ala-ala blaus la. Ekceli aku memang malas nak jahit baju selain baju kurung, bukan apa, nanti tak kena, aku cukup malas nak buat alterations....aku memang tak minat kerja-kerja meng'oter' ni. Tp disebabkan kawan aku ni insist nak jugak, aku buat kan jer la. Dan aku suka sangat sebab dia pun suka kat baju yang aku buat tu... Siap jahit manik lagi... Tengok ler kat bawah ni...
Sejak 2 menjak ni dan akan datang seterusnya, kalau kome masuk blog aku ni, kome mesti akan baca citer-citer menjahit aku je, maklum ler dah dekat-dekat nak raya ni, aku memang sibok sangat menjahit. Aku nak kejarkan cepat-cepat sebab bila time puasa je aku dah siap menjahit baju-baju orang, tinggal baju-baju keluarga aku je nanti. Aku ingat nak tukar langsir tahun ni, nanti nak kena jahit langsir ler pulak.


Hijau bebenor ye tak baju dia ni...ada macam baju PAS kan..he he he...jgan marah ek!..


Close up!!!.......

Jul 24, 2008

Argggghhhhhhhhhh...............

Pagi-pagi buta seawal 4.30 pagi aku dah tersedar, walhal semalam tidor tidak la awal cam biasa. Kol 12 jugak rasanya aku tidor. Dah terbiasa berawal-awalan....tu yang rajin tersedar pada waktu yang sama biarpun tidor lewat malam. Semalam kitaorang keluar ke Kajang. Aku nak cari getah kain. Habis stok langsung dah kat rumah aku ni. Memang dah janji ngan budak kat ofis ni nak bagi baju kurung riau yang dia tempah hari ini (24/7) jugak. Maklum ler hari ni kan hari gaji (org gomen je). Putrajaya ni memang takde satu kedai pun yang jual peralatan menjahit. Kalau ada pun memang mahal. Baik aku keluar ke Kajang atau Serdang beli barang-barang tu sumer. Sambil-sambil dinner kat luar semalam.Dah bangun tu terus la aku lekatkan getah kat kain tu tadi. Aku memang tak kesah bangun dan menjahit awal-awal pagi sebab time ni ler aku rasa tenang sket. Lagipun budak-budak masih tidor lagi kan!!.... siap satu kain!!!. Bila nak buat satu lagi kain, mak aiii, lembiknyer la kain budak sorang, ni, licin bukan main, aku angkat, dia jatuh, aku angkat dia jatuh, penyudahnya senget-benget jahitan tu....sakit betol la hati aku, aku campak je kain tu, memang confirm aku kena bukak balik jahitan tu, kalu tak kang maunya customer aku komplen plak....... lagi pun azan subuh dah bunyi. Terus je aku tinggalkan........ balik keje ni confirm aku kena bukak balik jahitan tu...arrrggghhhh.....benda ni la yang paaaalllling aku malas sekali nak layan.....................

Jul 22, 2008

Cerita-Ceriti Hujung Minggu......

Sorry ler, tak tau nak letak entry apa, main belasah je la!. Before tu aku nak highlight beberapa perkara. Semalam aku diserang sakit perut yang amat sangat masa di office, bukan membuang ke bilik air, tapi macam angin menyerang gitu. Aduh!...punya la sakit sebab macam angin tersumbat tak boleh nak keluar, siap terketar-ketar satu badan, nasib time nak balik tu kurang sket. Kalau tak sure aku tak boleh drive.....Sampai je rumah terus tidor, nak gi klinik tak larat....beli pack dinner siap2 untuk budak2 berdua tu, terus membungkang!!!. Semalam jugak Che Su call, ingat boleh borak lama-lama dengan dia, tapi nak cakap pun macam tak larat je, so kejap je boleh bual ngan dia...sorry che su, nanti kita borak panjang-panjang ok.

Sebelum tu jugak, welcome to ummu, sy pun tak de la terror sangat menjahit ni, cuma ambil baju kurung aje, malas nak ambil yang lain-lain sebab saya ni buat part time je, ambil yang mudah-mudah.... kurang risiko..................

Well!!!!back to cerita hujung minggu aku tadi. Memang tak kemana-mana melainkan melayan budak berdua ni aje. Ye la, hb keje sabtu dan ahad. Dia janji nak bawa ktorag ke Pasar Malam TAR, penyudahnya aku langsung tak menjejak ke tanah pun sabtu hari tu sebab hb balik sampai rumah dah pukul 9 malam. Apa lagi! banyak benda yang di buat dek Qeila mengisi masa hujung minggu kitaorang bersama. Ni ha budak qeila tengah menayang rambut dia yang aku tocangkan kecik-kecik. Macam-macam aje idea dia soh aku buat, pakai kan dia tudung la, siap soh aku ambil gambar dia berposing macam model......


konon-konon nya tengah memusingkan kepala la.....


Naik lengoh tangan aku menocang rambut dia ni. Sepanjang hari tak bukak, siap mandi ngan rambut2 ni, basah dan kering cam tu jer!.......

My model.......

Hari Ahad lewat petang, hb balik terus ajak dia pergi Kamdar, aku tak sabar-sabar nak membeli baju raya dorang. Bukan apa, aku tak nak la tergesa-gesa menjahit nanti. Tak lama lagi dah nak puasa. Kalau boleh bulan puasa aku tak nak lah terkejar-kejar menjahit. Kalau korang nak tau, macam mana banyak pun aku menjahit, baju raya aku tetap kena maintain 5 pasang...hik! hik!... biasa tukang jahit tak de baju raya, tapi tukang jahit yang ini lain sket. Baju hb, anak-anak mesti siap! Kadang-kadang makcik aku pelik, bila time aku boleh jahit banyak-banyak....tu la, meh dok ngan aku, baru tau..heheheheh.....
Yang hijau ni untuk hb ngan aqel, tahun ni aku nak buat tema hijau...aku dan qeila blom dapat lagi baju hijau.... igt weekend ni aku nak potong.......

Ni yang aku jumpa untuk aku dan qeila, mungkin untuk raya ke 2 dan ke 3......sebab kaler hijau blom berjumpa lagi...... so tunggu la ek, mungkin week end ni aku potong, nanti boleh la aku post ke sini... boleh ajar korang yang berminat untuk jahit baju kurung kanak-kanak..jimat belanja, tak payah mengupah dah...upah jahit baju pon mahal la ni, kain murah-murah je!...




Jul 18, 2008

Turn The Hobby To Money....

Biasa la..dah masuk bulan Rejab ni, time sibuk aku bermula la balik. Dua minggu sudah, mokde dah siap-siap hantar sebeban baju dia untuk raya. Mulanya aku malas nak menjahit dah tahun ni, tapi dia macam merajuk je, siap kata tahun ni dia malas nak berbaju raya sebab aku tak mau jahit baju dia. Kesian la pulak, ok la mokde, takpe la, tahun ni aku jahit jugak la baju awak. Tu yang dia hantar sampai 15 pasang tu...kain lining je 7 pasang...... mak aiii, betul2 punya nak raya nih............... since aku je tailor yang sedap dia pakai, dengan aku je la dia berani hantar banyak-banyak gini.... dekat2 nak raya sok baru aku hantar ke dia. Aku bukannya apa, aku ni ikut mood, kalo mood baik siap cepat la baju2 tu, bila berjumpa mood tak baik tu yang payah sket. Tapi aku suka menjahit sebab menjahit ni hobi no. 1 aku sejak bertahun-tahun lamanya. Yang membuatkan aku lebih suka ialah bila aku boleh tukar hobi aku ni to making money. Lebih-lebih lagi aku dapat galakan yang baik dari emak dan suami. Kalau ikutkan aku ni memang takde langsung asas menjahit ni. Aku sekadar tengok emak je menjahit. oh ye!, mak aku dulu full time tailor - kiranya mak dulu home maker la.....Hari-hari aku tengok mak menjahit, menimbun-nimbun sekali mak potong baju. Mungkin sebab minat dan terang hati, dengan tengok macam tu je aku dah boleh tangkap macam mana nak potong kain tu jadi baju... well, sekarang ni aku pun dah jadi part time tailor. Memang dulu aku ada niat nak buat full time tailoring tapi aku dah biasa keluar bekerja dan makan gaji + aku blom ada self confidence yang tinggi, rasanya part time ni pon dah cukup buat aku seronok. Aku pun tak ambil dalam kuantiti yang banyak, cukup sekadar dari saudara terdekat dan kawan sekerja.


Kain dari mokde, aku keluarkan sebab esok (sabtu) aku nak operasi memotong baju. Ni kain dari dia je, blom campur baju raya aku and famili lagi + kawan-kawan aku yang dah booking tu..... Cadangnya ahad ni aku nak pergi beli baju raya untuk anak-anak dan suami. Baju melayu suami dan anak aku pon aku buat sendiri je...Banyak jimat kalau kita pandai menjahit ni... kira je la kalau nak upah dah berapa, upah menjahit bukan murah sekarang ni...... Untuk raya ni, awal-awal buat takper, bulan puasa nanti boleh releks je!!!....
Ni baju kawan office. 3 pasang yang siap dipotong, ready untuk hantar kedai jahit tepi.

Final touch-up, baju mokde jugak, janji dgn dia weekend ni nak kena siapkan... nak collect dah....wahhhh!!!...banyak tol assignment aku weekend ni...terlarat ke??????......

Aku ingat nak buat siri memotong kain untuk dibuat baju kurung kanak-kanak. Kalau korang minat, rajin-rajin la jengah kat sini. Nanti aku buat part by part.... Ok till meet you again.


Jul 16, 2008

Lagu Jiwang Karat............

Takat ni dah dekat 20 kali aku pusing lagu yang kat sebelah nih...korang dah dgr x?....ntah macam mana lagu ni sedap pulak didengar time-time macam ni. Kalau ikutkan lagu ni dah berbelas tahun, tapi tak pernah pulak aku rasa lagu ni sesedap yang aku dengar sekarang ni. Status aku sekarang ni bukan tengah frust tau!!!. Tapi adakalanya bila aku layan lagu-lagu frust macam ni sedikit sebanyak menerawang jugak fikiran aku ni ke masa lampau, time-time remaja, mengalami saat-saat percintaan pertama yang indah dan frust menonggeng bila berhadapan dengan kegagalan dalam percintaan. Ahhh...syok jugak bila buat flash back ni.... kenangan ....payah nak dipadamkan dari lubuk hati yang paling dalam...... simpan je la jadi kenangan yang paling indah biar pun pahit bila dikenang. Sesekali teringat juga pada all the x's....(ramai tu!!!!!), tapi ada la seorang dua yang terlekat di hati, tak boleh nak tanggal, mungkin kena telan klorok baru tertanggal..... sedangkan orang tua dalam cerita Titanic tu pun masih ingat cinta remaja dia walhal cinta dia tu cuma semalaman je!!!!!.....Well, itu lah kenangan........payah!...payah!!!.......................

Jul 10, 2008

Rejab The 7th

Aku mengambil kesempatan Rejab ni untuk membayar saki-baki hutang puasa aku yang masih ada. 4 hari aje lagi. Memang selalunya kalau bulan Rejab a.k.a. sebelum Ramadhan datang, aku akan settlekan semua puasa-puasa aku. Sambil-sambil berpuasa sunat sekali ler!!!... Bersempena puasa ni jugak, aku berazam nak turunkan sket berat badan aku nih. Nak buat weight loss journal kat sini malu la plak, mana lah tau tak menjadi. Aku ni bukan sekali ni aje dah try turunkan berat, berpuluh-puluh kali dah. Tapi aku rasa, kaedah kira kalori apa yang kita makan macam ada perubahan pulak tapi kesannya lambat la sikit. Dan aku rasa, biar la turun lambat-lambat tapi berkualiti maknanya, berat yang hilang tu takkan datang semula. Aku rasa sejak tahun lepas aku adalah turun dalam 3kg gitu....

So today, bersempena aku start puasa ni, aku pun semat sekali la azam aku tu. Well, this is what i had for my sahur this morning @ 5.30 am. Sandwich telor, nanti aku cari dalam satu website tu, untuk dapatkan berapa agaknya kalori sandwich telor ni. aku amek 4 keping, takat 2 keping tu tak jalan kat perut aku nih. Hik!..hik!!...doakan aku berjaya ngan mission aku nih.


Jul 8, 2008

It's My BIRTHDAY

Ahad 6/7 baru ni hari jadi aku yang ke tuttttt......isyyy...no rahsia-rahsia la...hari lahir aku yang ke 35 tahun.........ooooppppssssss......tua dah aku!!!!....semoga aku akan tabah menghadapi hari-hari yang akan datang. Well!...lama jugak aku tak masuk blog ni, bukan tak de citer...bannyakkkk sangat cerita sampai tak tahu nak mula yang mana. Tu yang jadi stuck tak tau nak cerita yang mana satu. Lagipun aku la ni buat apa-apa pon mesti follow aku punya mood. Mood baik, rasa macam-macam nak bercerita. Tak de mood kalu...... tu yang berminggu2 tak menjengah. Berbalik pasal besday aku tadi, cuma wishes je yang aku terima dari hubby dan anak-anak. Hari ni pon kitaorang sibuk sket, grill rumah di Bandar Saujana Putra baru je selesai dipasang. Pas tu sibuk la pulak membasuh rumah tu. Ingat nak sewakan kalau ada yang sudi nak menyewa. Aku bagi 'can' la setahun. Kalau takde jugak orang yang nak menyewa, so aku akan fikir la balik samada nak tinggal di rumah ni ke tak!!!......

Sempena hari lahir aku ni, abang belanja kitaorang semua di Kenny Rogers dekat IOI Mall. Dorang ni payah la nak bergambar. Nak-nak plak bila meal dah sampai...Masa ni dah lebih kurang pukul 4 petang. Masing-masing memang dah lapar. Lagipun dah penat cuci rumah tadi.
Punya la lama tak pergi Kenny Rogers. Rasanya ada la 4 tahun kot!!... Memang lama sangat. Tapi tempat ni memang mahal bapak tiri la...Meal yang kat atas ni je dah 16.90 ++. Air pulak dalam RM5.50++ (tak de dalam gambar).... Pergghhh... aku ingat kalau bukan aku punya birthday, mampos, laki aku nak belanja kat sini. 4 org makan je dah dekat RM100. Yang best nya, sampai je rumah, siap aku kena masak nasik lagi sebab masing-masing gadoh lapar........
Keadaan rumah yang baru je pasang grill. Developer rumah ni buat rumah macam guna kaki. Terlalu banyak defect. Aku ingat kalau aku nak duduk sini memang banyak benda yang aku nak ubah. Sayangnya RM tak cukup lagi. Tahun depan la kot. Insya Allah. Tahun ni aku nak sewakan dulu, kalau penyewa nak duduk lama pun x per, duduk la.....

Budak-budak ni yang terlebih seronok, basuh rumah...........main air sebenarnya yang syok...

Aktiviti Sabtu
Hari Sabtu, biasala...hari makan-makan dan makan. Semua waktu dihabiskan dengan masak, makan dan makan sampai ke hari Ahad pun makan-makan lagi...penyudahnya Isnin kena amek MC sebab overdose.................
Sedapnya durian ni, D24...RM12 sekilo.....aku amek 2 biji je, RM36....... segala-galanya mahal sekarang ni..Beruntung la orang yang ada kebun durian.

Ni begedil yang aku buat, dipadankan dengan mi sup dibawah ni. Resepi nya amatla senang, ubi kentang goreng dan lenyek, daun sup, lada potong, bawang goreng, lada hitam sket. Pas tu goreng ngan telor..dah jadi......feveret mak aku ni...........

Ni la home made lina's mi sup..... dua kampit mi kuning abeh sepagi untuk kitaorang 4 beranak. Jangan terkejut tau...keluarga aku memang kuat-kuat makan belaka........ berminyak ler mulut makan pagi tu... Oh ye!!... Mi sup ni aku buat untuk kitaorang punya breakfast. Lunch menu lain pulak... Tak larat dah la nk cerita kat sini. Len kali la ek...






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...