Jul 8, 2008

It's My BIRTHDAY

Ahad 6/7 baru ni hari jadi aku yang ke tuttttt......isyyy...no rahsia-rahsia la...hari lahir aku yang ke 35 tahun.........ooooppppssssss......tua dah aku!!!!....semoga aku akan tabah menghadapi hari-hari yang akan datang. Well!...lama jugak aku tak masuk blog ni, bukan tak de citer...bannyakkkk sangat cerita sampai tak tahu nak mula yang mana. Tu yang jadi stuck tak tau nak cerita yang mana satu. Lagipun aku la ni buat apa-apa pon mesti follow aku punya mood. Mood baik, rasa macam-macam nak bercerita. Tak de mood kalu...... tu yang berminggu2 tak menjengah. Berbalik pasal besday aku tadi, cuma wishes je yang aku terima dari hubby dan anak-anak. Hari ni pon kitaorang sibuk sket, grill rumah di Bandar Saujana Putra baru je selesai dipasang. Pas tu sibuk la pulak membasuh rumah tu. Ingat nak sewakan kalau ada yang sudi nak menyewa. Aku bagi 'can' la setahun. Kalau takde jugak orang yang nak menyewa, so aku akan fikir la balik samada nak tinggal di rumah ni ke tak!!!......

Sempena hari lahir aku ni, abang belanja kitaorang semua di Kenny Rogers dekat IOI Mall. Dorang ni payah la nak bergambar. Nak-nak plak bila meal dah sampai...Masa ni dah lebih kurang pukul 4 petang. Masing-masing memang dah lapar. Lagipun dah penat cuci rumah tadi.
Punya la lama tak pergi Kenny Rogers. Rasanya ada la 4 tahun kot!!... Memang lama sangat. Tapi tempat ni memang mahal bapak tiri la...Meal yang kat atas ni je dah 16.90 ++. Air pulak dalam RM5.50++ (tak de dalam gambar).... Pergghhh... aku ingat kalau bukan aku punya birthday, mampos, laki aku nak belanja kat sini. 4 org makan je dah dekat RM100. Yang best nya, sampai je rumah, siap aku kena masak nasik lagi sebab masing-masing gadoh lapar........
Keadaan rumah yang baru je pasang grill. Developer rumah ni buat rumah macam guna kaki. Terlalu banyak defect. Aku ingat kalau aku nak duduk sini memang banyak benda yang aku nak ubah. Sayangnya RM tak cukup lagi. Tahun depan la kot. Insya Allah. Tahun ni aku nak sewakan dulu, kalau penyewa nak duduk lama pun x per, duduk la.....

Budak-budak ni yang terlebih seronok, basuh rumah...........main air sebenarnya yang syok...

Aktiviti Sabtu
Hari Sabtu, biasala...hari makan-makan dan makan. Semua waktu dihabiskan dengan masak, makan dan makan sampai ke hari Ahad pun makan-makan lagi...penyudahnya Isnin kena amek MC sebab overdose.................
Sedapnya durian ni, D24...RM12 sekilo.....aku amek 2 biji je, RM36....... segala-galanya mahal sekarang ni..Beruntung la orang yang ada kebun durian.

Ni begedil yang aku buat, dipadankan dengan mi sup dibawah ni. Resepi nya amatla senang, ubi kentang goreng dan lenyek, daun sup, lada potong, bawang goreng, lada hitam sket. Pas tu goreng ngan telor..dah jadi......feveret mak aku ni...........

Ni la home made lina's mi sup..... dua kampit mi kuning abeh sepagi untuk kitaorang 4 beranak. Jangan terkejut tau...keluarga aku memang kuat-kuat makan belaka........ berminyak ler mulut makan pagi tu... Oh ye!!... Mi sup ni aku buat untuk kitaorang punya breakfast. Lunch menu lain pulak... Tak larat dah la nk cerita kat sini. Len kali la ek...






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...