Jul 29, 2008

Selasa - 29 Julai 2008


Aku puasa hari ni.. hari kedua dah untuk minggu ni. Melepek betul aku rasa hari ni, dengan cuaca yang panas....hmmmm... tapi hari ni hari last untuk aku ganti puasa, lepas hari ni lega rasanya... Bukan senang nak bayar hutang puasa ni. Lebih-lebih lagi maghrib cam lambat je, pukul 7.30 baru bunyi azan. Dengan keadaan sekeliling yang makan, ketar la gigi nak menghabiskan puasa ni... Whatever, tamat je hari ni selamat ler sudah aku melunaskan semua hutang-hutang puasa aku. Kome cam ner?....
Minggu lepas sempat jugak aku menyiapkan baju kawan aku. Baju moden pendek, ala-ala blaus la. Ekceli aku memang malas nak jahit baju selain baju kurung, bukan apa, nanti tak kena, aku cukup malas nak buat alterations....aku memang tak minat kerja-kerja meng'oter' ni. Tp disebabkan kawan aku ni insist nak jugak, aku buat kan jer la. Dan aku suka sangat sebab dia pun suka kat baju yang aku buat tu... Siap jahit manik lagi... Tengok ler kat bawah ni...
Sejak 2 menjak ni dan akan datang seterusnya, kalau kome masuk blog aku ni, kome mesti akan baca citer-citer menjahit aku je, maklum ler dah dekat-dekat nak raya ni, aku memang sibok sangat menjahit. Aku nak kejarkan cepat-cepat sebab bila time puasa je aku dah siap menjahit baju-baju orang, tinggal baju-baju keluarga aku je nanti. Aku ingat nak tukar langsir tahun ni, nanti nak kena jahit langsir ler pulak.


Hijau bebenor ye tak baju dia ni...ada macam baju PAS kan..he he he...jgan marah ek!..


Close up!!!.......

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...