Dec 31, 2008

Selamat Tinggal 2008 dan Selamat Datang 2009....

Lama tak masuk blog... Lately sibuk sangat, pasal kerja, pasal personal, seme sekali lah... Dua tiga hari ni keadaan di ofis ni tak berapa nak stabil. Rentetan dari moment perselisihan faham bos aku dengan 'bos' dia, keadaan agak stress jugak. Mungkin juga sebagai hukuman bila bos aku 'terpaksa' dan 'dipaksa' bertukar bahagian dengan notis 24 hours. Kalau dulu dia 1st man in the dept, la ni dia kena jadi 2nd man....walau gred jawatan masih sama tapi authority dikurangkan. Begitu la seadanya...kadang-kadang walaupun kita akui yang kita ini punya prinsip dan pantang kalo ada yang mengganggu gugat a.k.a. melanggar prinsip hidup kita itu, maka kita pun dengan lantang suara bertindak melawan walau kadang kita tahu orang yang kita bersuara itu yang sangat besar 'power'nya. Well, bila bos aku diarahkan pergi ke dept baru, secara tak langsung yang PA2 ni pun turut bertukar-tukar. Mana yang bos mahu dia ikut, maka ikut la, jika tidak, bersedia lah serve boss baru...Begitu lah seadanya kalau kita ni makan gaji, tak boleh buat kepala sendiri......kalau tidak, ada 2 je pilihan, stay or leave.....sementelah pulak slogan disini ialah SYMP - SAYA YANG MENURUT PERINTAH....so, no hal la, awal2 lagi dah ikrar kan...

Well anyway....'alah bisa tegal biasa'... (betul ke ni???), aku sekarang ni belajar berfikiran positif, bila usia dah meningkat paling penting kena jaga kesihatan, sentiasa hepi dan belajar mengawal stres. Tutup citer tu, skang mari bukak cerita baru. Hari ini, hari terakhir dalam tahun 2008. Banyak kenangan yang ditinggalkan, begitu lah bila tahun baru menjelma, macam-macam kenangan yang ditinggalkan. Dan sekarang memulakan azam baru. Aku jarang berazam yang luarbiasa, melainkan aku sentiasa mendoakan agar dipermudahkan segala urusan aku didunia dan akhirat, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, hidup lebih gembira dan tenang, dikurniakan suami yang baik dan anak yang soleh dan solehah. Amin...


Sambil2 tu ada beberapa babak-babak cerita yang tak sempat diceritakan disini...Semuanya adalah kenangan-kenangan yang indah-indah belaka bersama keluarga....



Semalam hari orientasi murid tahun 1. Pendek kata kebanyakan sekolah memulakan orientasi tahun satu. Seronok qeila pakai uniform sekolah. Uniform tu buat sendiri, so itu pun menyumbang kesibukan aku lately. Aku sendiakan baju kurung putih 5 helai dan kain biru 3 helai untuk qeila. Untuk aqel aku beli je!!.....
Sempat beritahu qeila macam mana nak berbelanja di kantin. Kantin sekolah pun dah mahal sekarang ni, nasi lemak tu je RM1.50 sebungkus. Air tu standard la RM1.00. Belanja sekolah sekarang ni kurang-kurang RM3.00. Tu pun boleh dapat dua benda ni jes. Kalau rajin boleh ler bawa bekalan dari rumah. Pagi ni qeila bangun awal sangat sebab dia kata dia nak pergi sekolah. Ehh!!!....semalam je sekolah la qeila, hari ni belum start sekolah lagi. Tunggu 5hb baru sekolah. Macam tu la bila mula-mula nak masuk sekolah. Teringat aku mula-mula masuk darjah 1 dulu, tak tidur malam beb!!!!...........
Ni kitaorang punya famili day ke Sunway Lagoon, 13 Disember yang lalu. Kelihatan, Atok and the cucus bermain air. FYI, masa ni water park ni belum buka lagi, jam 10.00 tepat baru bukak, tapi kanak-kanak ni memang tak sabar-sabar nak main air. Seronok nya dorang hari tu, tak naik-naik sampai kembang muka masing-masing dek air yang tinggi kandungan klorin ni......

Uda and famili...sikecik ni pun sampai biru-biru muka main air...

Gambar kenangan masa balik Hari Raya Haji baru ni ke kampung abang di Kota Bharu, Kelantan. Bergambar beramai-ramai lepas makan daging korban. Raya this time, tak kemana-mana sangat sebab hujan. Tak kuasa nak berjalan dalam hujan-hujan nih......

For the first time setelah banyak kali mencuba, aku berjaya buat donat yang sangat lembut. Aku impressed sangat dengan donat ni sebab ianya sangat gebu dan lembut......aku dapat resepi dari FP mana ye!!!....aku lupa la, tp resepinya aku masih ingat di kepala aku lagi...
Resepinya:
Rebus kentang sederhana besar, blend dengan secawan air suam
1/2 paket yis kering mauripan
1/2 cawan air suam
1/2 cawan minyak masak
1 sudu besar susu
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
500g tepung gandum
Gaul semua bahan diatas dan jadikan doh yang lembut. Lagi lembut doh lagi lembut donat tu... Well selamat mencuba....
Aku jadikan dia pau sambal jugak....Memang best giler makan....kui... kui... kui....
Tu la dia seadanya posting aku kali ni. Selamat Menyambut Tahun Baru 2009, Selamat jugak Maal Hijrah Baru ni. Moga-moga kita akan dirahmati semuanya dari Nya....



















Dec 5, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam. Petang ni berpusu-pusu le kot orang bandar ni keluar dari ibu kota bagi menyambut Hari Raya Korban. Maklum ler, apa-apa perayaan pun, memang lebih seronok meraikannya dikampung. Sementelah pulak cuti-cuti sekolah ni. Lebih ramai rasanya yang balik ke kampung esok, Sabtu. Kalau hari ni balik kerja rasa macam kelam kabut la pulak nak buat itu ini, lebih-lebih orang yang berkeluarga besar. So balik nanti boleh packing segala baju dan esok baru lah tenang sikit dalam perjalanan. Tu pun kalau tiada kesesakan jalanraya. Tapi rasanya jalan pasti sesak lebih-lebih lagi jalan-jalan utama yang menghubungkan pantai timur dan utara semenanjung. Well, tahun ni aku akan menyambut Aidil Adha di kampung hubby di KB, Kelantan. Esok balik rumah mak dulu diBentong. Pagi-pagi Ahad kami akan bertolak ke KB. Mungkin kami ikut Terengganu kot. Suka ikut jalan tu sebab menyusuri pantai, tidak lah jemu sangat perjalanan. Kiri kanan jalan pun ada banyak tempat nak berhenti. Senang nak ke tandas ke atau ke gerai-gerai makan dan makanan di sepanjang jalan. Berbanding jalan Gua Musang yang agak sunyi dan keadaan jalan yang kurang selesa. Biar pun jauh dan kos yang lebih tapi demi itu untuk keselesaan kami sendiri la (kami rasa). Apa-apa pun aku mengucapkan Selamat Hari Raya Korban untuk anda semua datang singgah sini. Nanti kita bercerita pasal balik kampung raya korban plak ye di next posting. Salam.

Nov 25, 2008

Selasa, 25 nov

Cuti sekolah dah masuk minggu kedua. Minggu lepas seminggu mak abah datang lepak rumah aku. Long and uda pon join sekali kecuali adik. Jenuh la juga pusing-pusing Putrajaya sampai pening....Seronok je ramai-ramai ada dirumah....Skang ni semua dah balik.....Abang Aqel pon ikut jugak wan balik ke Bentong. Boring dok taska katanya. Memang la boring sebab dia takde kawan baya-baya dia yang tinggal kat taska. Kebanyakan nya semua kanak2 yang belum sekolah dan babies. Aku pon kena izinkan dia ikut wan dan atok balik kampung sebab kesian kat dia. Bila dia tak de ni, rasa sunyi la pulak.... ye la!!...kawan bergaduh takde. Mujur Aqeila ada, boleh teman-temankan. Itupun dia selalu merajuk, bila merajuk mula lah dia menangis dan ulang ayat "baik qeila ikut wan".......hmmmm....

Cam tu ler selalunya, kalau ada selalu nak marah-marah anak... dah jauh-jauh ni rasa sunyi dan rindu la pulak..hu! hu!....tu baru anak kecik lagi, bila dia dah besar, keadaan pun pasti turut berubah kan!!.... bila makin membesar mesti lama-lama org tua akan ditinggalkan jugak kan?... pasti dia teruskan dengan kehidupan dia jugak..ni dengar khabar aqel ikut Ayah De dia ke Cameron Highland. Seronok la dia!!!.........hmmm... apa nak buat!!!....Macam tu la jugak agaknya yang mak abah rasa dulu kan??!!!.... bila dah dewasa nanti pasti mereka pun ada kehidupan mereka sendiri...tak per la, pujuk je la hati dan selalu berdoa agar anak-anak yang dibesarkan sentiasa mengingati kedua ibu bapa nya walau dimana mereka berada...(macam kitaorang adik beradik..hmmmm...).......Amin....

Nov 20, 2008

Bekam Lintah

Ngeri gitu bunyinya ek.!!!..eeeee...memang la geli...........anyway, ni kisah hubby aku yang buat bekam lintah untuk mengeluarkan darah kotor due to resdung yang amat teruk. Kalau ikutkan dah banyak kali plan nak pergi ke klinik ni tapi baru je last weekend menjadinya. Bekam ni diperkenalkan oleh sepupu aku yang mana dia jugak merupakan pengidap resdung yang tegar (betol ke ayat ni....ntah!!). Memang teruk, katanya sejak buat treatment di Klinik Rozmie Homoepathic ni, resdung dia dah nampak sangat kesan-kesan penyembuhan walau baru sebulan je ambil ubat, dan menurut doktor tu insya-Allah dalam 3 bulan akan sembuh. Tu yang menguatkan lagi ajakan aku pada hubby untuk buat treatment di klinik tu. Ekceli ni klinik homoepathy macam klinik biasa jugak tp semua ubat-ubatan dia berasaskan herba. Bekam lintah ni dibuat untuk sesiapa yang nak sahaja tp doktor rekomen buat bekam ni untuk mempercepatkan proses penyembuhan resdung tu. Tau je la tugas lintahkan sedut darah kotor dan mencairkan darah. Hubby aku memang dah lama mengidap resdung, jangan salah makan! atau tak cukup tidur, mesti dia akan terbersin dan sinus yang berpanjangan dan kerap-kerap. Banyak dah tempat kami pergi untuk mengubati resdung tu dan harap-harap kali ni ada perubahan. Insya-Allah menurut sepupu aku dia pun dah banyak sangat perubahan selepas buat bekam lintah dan ambil ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor tu.... Bekalan ubat untuk sebulan dan tengok hasilnya macam mana. Takat ni baru je seminggu hubby makan ubat tu. Pagi tadi aku tanya dia kata memang ada perubahan...Tunggu je la sampai sebulan nanti. Ni kat bawah ada gambar masa hubby aku buat bekam lintah tu...kalo kome tak tahan baik toksah tengok. Aku tiap kali tengok gambar ni, sure malam kang aku termimpi lintah dok kat muka aku plak....hu..hu..hu aku memang takut benda2 yang kecik dan menggedik-gedik..eeee..... By the way, lupa nak bagitau, bekam ni doktor tu hantar ke spa pulak yang diusahakan oleh isteri dia. Cantik spa tu dan macam2 rawatan ada, yang best nya lintah tu dah macam kawan-kawan dia, siap main jentik2 lagi, idakk lerrr aku!!!!.....

Ok check it out............

Gambar ni diambil dalam masa lima minit selepas lintah diletakkan dan menggigit, yang tak tahan tu, sekor yang kat pipi kanan tu dengan rakus cam kebuluq je!!... tengok dia dah gemok... masa mula2 letak lintah ni semua kurus2..ni aku kumpul kekuatan untuk ambil gambar...walau sebenarnya aku terasa-rasa dia dok kat pipi aku..eeee....

Harga bekam ni ialah RM20 untuk seekor lintah, maximum 3 - 4 ekor je. Tapi hari tu dia caj ktorang RM60 untuk 4 ekor. Sebelum buat bekam doktor akan rawat dulu tahap keseriusan resdung seseorang tu baru dia rekomen brp ekor lintah yang boleh diambil. Menurut pemilik spa tu seekor lintah akan menghisap lebih kurang dalam 1 sudu besar darah. Tapi aku tengok macam lebih je sebab lintah tu memang jadi besar sangat sebelum dia tergolek-golek kekenyangan.......... Kalau resdung, lintah akan di letak di muka, kalo migran di kiri kanan kepala, begitu jugak la yang lain-lainnya. Kata owner spa tu lagi, ramai pengidap kencing manis yang datang buat bekam lintah, especially yang dah luka-luka dikaki dan ada yang tahap nak dipotong.

Ni ler selepas rawatan....kesan darah keluar memang banyak. Darah keluar sampai malam. The next day tu baru darah betul-betul kering. Kesan luka gigitan lintah tu boleh tahan jugak la besarnya. Hari ni hubby aku kata lepas buat bekam tu dia memang rasa lega sangat-sangat. Tidak macam selalu dia rasa hidung dia macam ketat (mcm org kena selsema) dan bengkak setiap pagi. So, dia bagitau, nak buat lagi next month. Well, doktor tu rekomen untuk buat next bekam ialah another 2 months. Dia rekomen 2 3 b ulan sekali buat bekam ni.... Dan kalau dah pulih, tak perlu buat kerap-kerap sangat. So we'll see, ada perubahan ke tidak?...
Kalo kome nak cuba bekam ni boleh ler bgtau aku...nanti aku bagi alamatnya............. dan bajet untuk sekali datang bekam + ubat untuk sebulan lebih kurang RM150.00. Setiap penyakit tu pasti ada ubatnya kecuali mati......no harm trying..............



Nov 10, 2008

Dia dah Grad...................


Sabtu 8/11 hari tu, Nur Aqeila telah menamatkan pra persekolahan dengan jayanya. Yang bestnya, 'graduation day' memang menarik sebab ala-ala grad dari U gitu. Tinggal lagi acara budak-budak, so gamatlah sket. Graduation ni di buat di Auditorim, Parcel E. Sori ler gambar dalam auditorium tidak dibenarkan sebab dah ada professional cameraman. Kena bayar tu!!!...RM18 2 keping...mak aiii...mahal sungguh kan!!... Gambar tu nanti akan diedarkan oleh cikgu kelas. So yang ada ni yang aku tangkap sendirik. Ada gak curi2 ambil kat dalam auditorium tu, tp cahaya tak berapa bagus so gambar nya amatlah gelap...... Graduation ni buat untuk semua pra sekolah di Putrajaya, disebabkan dewan yang kecil so sesi graduasi ni dibahaga kepada 2 bahagian la...pagi dan petang. Mujur sekolah Qeila yang mula-mula sekali ambil scroll, so ktorang chow terus la...malas tunggu-tunggu lagi..........

Aqeila dan kawan-kawan sebelum acara bermula



Siap dah berjubah!!!....
Di tempat duduk, tunggu turn. Harap-harap 15 tahun akan datang Aqeilah akan berjubah sebegini lagi ye!!...Masa tu ibu lah yang paling gembira..............


Lots of fun............

Dah selesai...........

Masa balik tu sempat singgah ke Presint 6. Ingat nak tengok International Waterski yang diadakan di Putrajaya bermula 7 - 9 Nov. Tapi tak kuasa lah nak duduk kat grand stand tu dengan berbaju kurung, so ktorg duduk ler opposite tp jauh la sket, tak berapa nak nampak... berkelah-kelah kat situ kejap ngan cuaca yang terik. dalam 40 min je, kitaorang terus balik.






Nov 4, 2008

Apa yang baru.........

Ha..apa yang baru ni?????.....org dah berkurun pakai tp aku baru je beli..fresh lagi kat rumah tu. TV LCD Philips 5series 32"...ngeh3x............. kalau ikutkan hati memang aku tak mahu ganti dah TV yang sedia ada tp last sekali aku terpaksa mengaku kalah sebab TV tu dah x nampak gambarnya sebab IC dia dah rosak - katanya lah...aku pon tak tahu tapi memang TV tu tak boleh nak di tengok..memang menyakitkan biji mata. Sementelah pulak, peti keramat ni memang betul-betul keramat sebab anak-anak aku amat-amat meminati tonton TV sampai aku pun selalu bertekak kat umah tu sebab TV. Tp kalo pergi balik ke zaman aku kecik2 dulu pun, mak and abah aku pun selalu memekak ngan ktorang pasal TV jugak. It's juz a rotation of time, dulu kita kena bebel skang ni kita membebel, so i knew la, what is inside their mind thinking of me nagging them!!!!!............
Sekarang ni musim periksa dah habis, lagi la no homework at all. Balik umah tak de keje lain la, ngadap TV. Kena lak skang dah ada TV baru lagi la syok tengok......... Lagipun kalau tetamu datang selalu tegur TV lama aku yang ala-ala putih semua sebab warna nya dah rosak..segan jugak rasanya.........kali ni ok ler......dah boleh pandang dengan clearnya....aku tak guna braket sebab dah x de dinding nak lekat TV tu...Nt ler pindah rumah yang besar sket!!!!....

Lupa nak on kan dia...


Something new at home..........


This is another new things at home, cheap2 only mehhh!!!!!!.............ngeh3x....

Grilled Chicken & Black Papper Sos

Masa pergi open house lalu, aku selalu teruja nak tengok/makan apa yang tuan rumah hidangkan. Paling best kalau hidangan tu tuan rumah yang buat sendiri. Mula la menyibuk tanya/mintak resepi. Biasanya tuan rumah masak yang dorang punya specialties, jadi biasanya jugak tetiap tahun dorang akan masak benda yang sama, mungkin ada 1 2 pertambahan resepi baru. Masa pergi open house sorang kawan ni aku teruja dengan ayam bakar ngan black paper sos yang dia buat + coslow and kentang putar. Ekceli resepi ni dia bagi since tahun lalu lagi. Bawak ke tahun ni, mintak lagi. Tapi baru last week aku try. Memang terangkat. Aku alter sket resepi tu ikut selera aku....... Memang sehingga menjilat jari. Sekor ayam sekali hadap je aku ngan anak2....(Ayah dapat kepak je sebab ayah kerja saturday tu, x de la berebut2 ngan ktorg, lagi pun ayah dorang ni dah sampai tahap loya tgk ayam!!!)..Anak2 siap soh buat lagi next day tu..... cukup la tu mungkin bulan dpn kita buat lagi ye... nanti hilang esklusif makan chicken grilled with black paper sos....kui! kui! kui!... Well, meh tgk gambar nyer, kalo korang terliur leh cuba resepi yang aku bagi ni k...........

Chicken Grill

Sekor ayam, bawang putih chop2, halia also chop2, garam + kunyit secukupnya, sos lada hitam, nak pedas lagi taruk lada hitam yang ditumbuk. Pas tu perah dengan lemon 2 biji....sapu rata dan kulit lemon tu sumbat dalam perut ayam. Perap dalam 4 5 jam ke dan bakar dengan suhu 200 C sampai masak la.........

Black Pepper Sos - Sos lada hitam setengah botol (refer to botol kecik). Nak pedas tambahkan lagi serbuk lada hitam. 2 kiub pati ayam knorr (or whatever brand). Secawan air. 1 sudu corn flour. kacau samapi mendidih. Done.

Sebelah nya tu mashed potato. senang je tu, rebus kentang ngan 1 kiub pati ayam and lenyek la......... air rebusan tu korang buatkan sos black pepper tu..jgn membazir.....

Last sekali, coslow....kubis ngan karot dihiris halus + dengan sikit susu cair + dengan mayonis 2 sudu ke.....sayur aku ni kasar je nampak nya kan..korang nanti potong ler halus2 sket, ikut citarasa masing-masing..........
Ok Selamat Mencuba. Pas ni x payah dah makan kenny rogers sebab dah boleh buat sendiri dan rasa nya pun lebih kurang and value for your money.....

Oct 30, 2008

Dan Syawal pun berlalu pergi......

Pergi sudah Syawal tahun ini meninggalkan kita....kiranya Syawal tahun ni tak de apa-apa kenangan yang sangat booom melainkan biasa-biasa aje. Selama 9 tahun berkahwin, aku blom pernah lagi menyambut raya di rumah mertua melainkan hari yang kedua onwards je ktorang di sana. Mungkin tahun depan nak cipta kelainan kot, sambut raya di sana... tengok la nanti cam ner!!!!.... Walaupun Syawal dah pun pergi tp open house masih ada lagi...hari ni je ada 2 department kat kementerian ni yang buat open house. For the last one kot!!!. ye la, kalo ikutkan hari ni je dah 1 Zulkaedah. Mana nak dan buat awal2 sebab mmg byk rumah/pejabat buat open house. Weekend jgn citer la sampai 4 5 jemputan. Mau naik penyakit kencing manis.....hu hu......

Aku dah tak boleh nk upload gambar dari camera sbab kabel camera aku ntah ke mana-mana. Kalo nak upload pun kena pinjam member punya. Sementelah plak aku x de apa2 nak di uploadkan. Bosan la lately ni...penyakit bosan aku datang balik la...payah la nak halau pergi....

Well tak lama lagi cuti sekolah bermula lebih kurang 2 minggu lagi kot..hik hik, bagi mak-mak yang fulltime dok umah, ni ler masanya temperature mendidih je.................sabor2 ler yer. Ok ler jumpa lain kali.......

Oct 16, 2008

QASEH NURSUFYA

Hi..I'm a girl.........Hik hik!...Ini anak adik aku yang bongsu. Kalau ikutkan dia nak boy tp keluar girl. A very cute baby girl....... So at the moment, genap la cucu mak 3 pasang. 3 lelaki & 3 perempuan. Makin bertambahlah ahli keluarga kitaorang, 10 dewasa & 6 kanak-kanak. Seronokkan!..keluarga yang kecik telah pun menjadi besar. Well adik beradik aku 4 orang pun rasa macam kecik je kan. Apatah lagi anak aku yang ada dua orang je ni. Kalau ikutkan hubby nak soh tambah lagi ahli keluarga aku, tp, no la darling.......cukup la kita berempat je!!!... Bila tengok baby mcm ni memang la keinginan tu ada tp....welll...let's stop talking 'bout this...
Berbalik pada baby yang diberi nama Qaseh. Dia lahir tru ceasarean, due to breech....2.8kg.. very cute and small little girl. Baik je dia ni, tidor memanjang, menangis pun perlahan je. Dah namanya perempuan. Bagus juga menyulung anak perempuan, nanti boleh bimbing adik2 dan adik2nya nanti mungkin tidak seganas kalau yang sulung lelaki sebab pengalaman aku ngan kakak aku yang sulung lelaki, adik2 nya pun turut boyish jugak ikut abang2 nya. Well ada la 'pro' and 'cons' nyer kan!!!!......... Ok ler, to Qaseh NurSufyia..Selamat Lahir Ke Dunia, semoga kehadiranmu akan menyerikan lagi kehidupan mami & abahmu serta kedua ninda dan unties semua.....

GELAGAK ABANG AQEL & KAKAK QEILA MAKAN MCFLURRY..........
Dok mencangkung depan TESCO Puchong

Kongsi tak nak, nak satu sorang, end up tak habis pun...tu la budak sekarang, mewah... nak semua benda pun dapat, rasa aku masa aku kecik-kecik dulu, ais-krim siap kena kongsi2 lagi & kami berpakat je!!!..............






Oct 7, 2008

LAGI GAMBAR AIDILFITRI 2008

Adik & Nani. Dorang tengah tunggu kelahiran anak sulong, due at any time now.

3 orang budak nakal, buat periuh rumah. Sorang lagi tengah bersiap, sorang lagi masih kecil lagi.... tunggu besar, jgn bagi peruntuh umah atok udah!!!!....

me & mak

x mboh dok diam............payah nak men'konon' budak sorang ni, marah sgt dipakaikan songkok...

mmmmmm............sayang atok ngan wan!!!!!!!!!!.......

long & mak

while waiting..................
Punya la asyik, sekeping gambar juadah raya pun x snap.....pagi raya tu macam-macam ada, mi kari, sate ayam & daging, rendang ayam pencen, rendang daging, rendang ayam, ketupat, lemang, kek dan kueh-mueh, seme x berambil gambar nyer... kenapa ek???..........






Oct 6, 2008

AIDILFITRI 2008

Selamat kembali bekerja mana yang dah masuk kerja, yang masih sakan beraya tu teruskan je la. Kalau ikutkan hati aku ni memang aku nak cuti lagi, tapi apakan daya cuti aku ada 7 hari je lagi, tu ler nak aku simpan untuk raya haji dan cuti sekolah ni nak rai sekali ngan anak2 aku... Well moh ler tengok gambar raya aku ni, tak seberapa bergambar tahun ni sebab malas...yang ada ni pun kira dah ok ler tu............

Ni di ambang syawal, petang tu ktorg ber BBQ, uda yang jadi tukar bakar, tekun di membakar. Petang tu ktorg bakar ayam, ikan, sotong dah sosej. Ada gambar ayam je, yang lain mmg x ambil pon.... camera woman nya asek jem je....kui!..kui!..kui!!!

Ni gambar ayam yang dibakar, ada yang terhangus sekali.......

Kek coklat yang aku buat, memang sedap. Resepi dari Ima.

My beloved son Muhammad Aqel and doter Nur Aqeila

3 stooges.......... Baru aku pasan, tahun ni x de gambar long and famili dalam kamera aku. Ye la, baru aku maklum yang dia pun dah ada digi cam tahun ni, x yah la nk kongsi2 ngan aku lagi...tp x de la gambar korang nak masuk dalam blog aku nih.

Me and Qeila, sakan nak bermake up jugak anak dara aku nih

My famili.....alamak!!!....aku nampak biru....ekceli ni bukan baju raya aku, tp apakan daya, baju raya hijau aku masih di kedai, tak bercari pun kain hijau, no time.... so ada kain biru yang ada daun2 hijau sket, boleh la kan!!!!...........


Adik, nani, mak n abah

Muhammad Shahmin Hani

Uda & Famili, tak de gambar yang steady........ yang ni pun jadi ler
Hazie ngan Atok ngan Tok yang ngan Mak Kecik. Yang kecik tu sepupu aku, so pangkat mak sedarala ngan Hazie montel...........

Masa sebelum balik dari rumah Opah, abah bermaafan dan berciuman ngan mak dia, al-maklum ler, sama-sama dah cecah warga emas.... dan abah aku pun selalu kata tak tau ler sapa yang dulu 'pergi'...issyyhhh abah ni, x semestinya org tua yang sakit je akan pergi dulu...yang muda belia, sihat walafiat ni pun belum tentu lagi............

Tu aje ler yang ada, nanti ler kalu rajin , aku upload yang lain2....byk lagi nih...tp takut x leh posting...maklum ler besor sgt kang, ditendang nye pulak........





Sep 25, 2008

SALAM AIDILFITRI

Lama dah tak masuk ni, skang ni dah tinggal hari-hari akhir kita berpuasa. Kejap je rasa, tak puas lagi dalam bulan Ramadhan, Syawal dah melambai-lambai. Kerja-kerja yang berlambak-lambak tu baru je aku settlekan. Ada la 2 3 pasang baju sendiri yang nak dibuat, final touch up je....Lebih kurang je la raya ni, yang penting ada. Takat hari ni aku blom berkesempatan lagi nak shopping baju2 budak-budak tu, betul-betul lelah kejar masa. Budak2 tu pun suspen je, bila la ibu ni beli baju kita. Tunggu!!!... ibu mesti belikan untuk anak-anak ibu, jangan risau...

Kawan-kawan seme dah sibuk buat biskut raya, sama la dengan aku, mana boleh tinggal, since isnin hari tu aku dah siap beli barang-barang dan start selasa aku buat biskut tart dan semalam aku buat chocolate cornflakes. Cari biskut yang senang-senang je.....tapi lazat......
Di kesempatan ini aku mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. Bagi korang yang beraya balik kampung, hati-hati ya di jalan raya. Nanti tunggu cerita raya dari aku plak!!!...
~ babai ~




Sep 4, 2008

Selamat Berpuasa

Assalammualaikum....

Pejam celik pejam celik dah pun puasa yang ke 4 hari ni. Tak terlambatkan mengucapkan kat kita semua selamat menjalankan ibadah puasa. Syukur pada Allah kerana masih memanjangkan usia kita untuk menjalankan ibadah puasa sekali lagi pada tahun ini dan insya-Allah menyambut Syawal tak lama lagi. Wei!!!!...Belum apa-apa dah nyebok sebut pasal raya ye!!!... hik! hik!... Macam tu la aku, masuk puasa aku dah cukup seronok dah, lebih-lebih lagi tahun ni aku melatih qeila berpuasa. Masa sahur yang pertama, memang semangat la dia bangun, siap makan nasi tambah-tambah lagi. Aleh-aleh pukul 10 pagi dah sebok lapar.... punya la aku beria pujuk-pujuk dia bawak jalan2 pagi tu dan siap belikan toy lagi supaya dia lupa pasal makan, at least bertahan la sampai pukul 2 petg ke. Bila dah dapat toy tu siap janji qeila takkan makan. Dalam pukul 12 tu aku tertidor, biasa la, time makan, bila puasa apa lagi nak buat tidor ler... tak sampai 10 aku terlayang, bila bukak mata tengok dia tengah makan biskut...terkejut aku.....dia kata qeila lapar....la!!!...qeila, ibu ingat qeila nak puasa hari ni....pas sekeping biskut dia telan, terus menangis2 mintak ampun mintak maaf.......... cam tu ler bebudak, takat hari ni dia blom pernah fail bangun sahur tapi belom lagi berpuasa, pukul 8 je dah lapar...ntah ler!!!.......................Aqel pulak cam biasa, sentiasa bertenaga...dia darjah 1 dulu pun dah tamat puasa, jadi kali ni memang takde alasan untuk dia tak berpuasa.

Ok ler, jumpa lagi nanti......Selamat Berpuasa semua ye!!!....

Aug 11, 2008

Nasi Goreng Kerabu & Pengat Keledek

Walaupun sesibuk manapun, masak-masak and makan-makan tetap ada masa. Dah namanya suka makan!!!...hik! hik!... ..Ha ni aku nak share ngan kroang resepi nasi goreng kerabu. Sedap!!!! I tell you........kalau teringin cuba la resepi ni. Aku dah tak ingat resepi ni aku ambil dimana....
Nasi Goreng Kerabu
5 batang cili api - tumbuk dengan
2 ulas bawang kecik, 2 ulas bawang putih, halia sikit - tumbuk
sebatang bunga kantan - hiris
seikat daun kesum - hiris
2 btang serai - hiris
2 ekor ikan kembong, ambil isi dan tumbuk halus. (nak tukar ikan bilis goreng pon best jugak - goreng dan tumbuk halus)
sebiji telor
semangkuk nasi
garam secukup rasa.
Cara buatnya, kalau dengan aku senang je sebab aku ni campak2 je. Panaskan minya, campak bahan2 tumbuk tadi, dah garing, masuk bahan hiris tu, campak telor, garam, pas tu letak nasi, last sekali baru letak ikan. Ha!!...goreng ler sampai ala-ala garing gitu. Dan makan panas2...ada keropok lagi best.....hmmmm...walahhh!!!....selamat mencuba..........
Pengat Sagu Keledek

Keledek - Potong kecil-kecil ikut suka
Gula Merah - 1 cawan
Sagu - 50 sen
Santan - RM1
Gula secukupnya
Rendam sagu dan tos. Masukkan keledek, santan, gula merah dalam periuk, kacau perlahan lahan sampai didih. Masukan gula ikut suka korang, suka manis letak la dalam 3 4 sudu besar, tak suka kurang kan la sebab gula merah tu dah cukup manis. Bila dah didih masukkan sagu... kacau sampai sagu kembang....hidangkan... sedang dihirup panas-panas sambil lepak petang-petang hari.................

KARNIVAL PRA SEKOLAH


Hari Sabtu yang lepas ada Karnival Pra Sekolah-Sekolah Putrajaya di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (3). Ada macam-macam acara hari tersebut. Pertandingan bercerita (english & malay), mewarna, tarian tradisional dan banyak lagi la. Persembahan semuanya dijalankan serentak, so tak de la kesempatan nak tengok yang lain2 tu. Qeila ambil bahagian geraktari Anak Ayam yang dirapkan................ Bukan main lagi cikgu dorang ni ajar budak-budak kenit geraktari rap... hip hop gitu..........Sungguh mencuit hati gelagat budak-budak ni...
Sebelum acara bermula, sakan budak-budak ni, tak sabar-sabar nak buat persembahan

Dalam kelas, hmmmm...seronok nya jadi kanak-kanak.........

Qeila berdiri dibaris depan.............



Masa persembahan........ cute-cute semuanya... Siap ada breakdance lagi...Sayang!!!, tak dapat nak capture banyak-banyak.........

Merahnya makngah!!!................


Lepas je persembahan 'Anak Ayam'.....

Sempat bergambar dengan badut, nak bodek baloon.......




















a

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...